Cetak PDF

BAYARAN INSENTIF WILAYAH

 

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Siapakah pegawai yang layak diberi bayaran tersebut?

Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah. Pegawai yang bertukar wilayah adalah:

a. Pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung
b. Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
c. Pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertukar di negeri-negeri itu.

 

2. Adakah pemberhentian Bayaran Insentif Wilayah ini melibatkan kursus (bercuti belajar jika tergolong dalam takrifan kursus) di luar negeri sahaja atau pun tidak kira di mana kursus (cuti belajar jika tergolong dalam takrifan kursus) diadakan yang tempohnya melebihi 3 bulan?

Ya. Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri, Bayaran Insentif Wilayah ini akan diberhentikan.

3. Adakah pegawai yang telah diberi Bayaran Insentif Wilayah juga layak diberi Bayaran Bantuan Sara Hidup?

Tidak. Pegawai yang dibayar Bayaran Insentif Wilayah tidak layak menerima Bantuan Sara Hidup seperti tertakluk di bawah perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005.

Rujukan:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2001
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007

Rujukan:

Pegawai Pemantau Informasi Tel Emel
Puan Siti Ainul Basyirah binti Ab Ghani 03-8316 4473 Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya
Cik Nurulhuda binti A. Padzil 03-8316 4471

Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya