Cetak PDF

ELAUN GANGGUAN

 

  1. Adakah pegawai yang berasal dari Sabah boleh dibayar Elaun Gangguan sepenuhnya di Sabah sebelum beliau bertukar ke Semenanjung?

    Tidak. Sekiranya perlu, Elaun Gangguan boleh dibayar secara pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang diterima pegawai ketika diarahkan bertukar ke wilayah baru (Semenanjung). Bakinya akan dibayar sejurus pegawai bertukar ke wilayah asal.

  2. Bolehkah pembayaran Elaun Gangguan dikebelakangkan sekiranya tempoh pertukaran telah lama berlalu?

    Tidak. Jika terdapat kes di mana pegawai tidak dibayar Elaun Gangguan semasa dan selepas bertukar semula ke wilayah asalnya, pembayaran boleh dituntut pada tarikh semasa dan tidak boleh dikebelakangkan dalam tempoh pertukaran yang telah lama berlaku.


    Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988