ELAUN GANGGUAN
-
Adakah pegawai yang berasal dari Sabah boleh dibayar Elaun Gangguan sepenuhnya di Sabah sebelum beliau bertukar ke Semenanjung?
Sekiranya perlu, Elaun Gangguan boleh dibayar secara pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang diterima pegawai ketika diarahkan bertukar ke wilayah baru (Semenanjung). Bakinya akan dibayar sejurus pegawai bertukar ke wilayah asal.
-
Bolehkah Pegawai menuntut Elaun Gangguan di wilayah asalnya (Sabah) setelah kembali dari wilayahnya berkhidmat (Semenanjung)?
Bagi pegawai yang bertukar dari Sabah ke Semenanjung, hanya akan dibayar sebelum ia bertukar semula ke wilayah asalnya (Sabah) dan pembayaran baki bayaran Elaun Gangguan hendaklah dibuat di Semenanjung kecuali dalam keadaan tertentu dimana pembayaran terpaksa dibuat setelah pegawai kembali ke wilayah asalnya.
-
Bolehkah pembayaran Elaun Gangguan dikebelakangkan sekiranya tempoh pertukaran telah lama berlalu?
Jika terdapat kes di mana pegawai tidak dibayar Elaun Gangguan semasa dan selepas bertukar semula ke wilayah asalnya, pembayaran boleh dituntut pada tarikh semasa dan tidak boleh dikebelakangkan dalam tempoh pertukaran yang telah lama berlaku.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988
| Pegawai Pemantau Informasi |
Tel | Emel |
| Puan Siti Ainul Basyirah binti Ab Ghani | 03-8316 4473 | Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya |
| Puan Faizatul Rahayu binti Zakaria | 03-8316 4474 | Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya |






