Cetak PDF

  1. Adakah pegawai yang diarahkan bertugas lebih masa pada hari-hari kelepasan am/ rehat mingguan/ rehat sabtu boleh dibayar tuntutan perjalanan dari rumah ke pejabat?

    Ya. Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan jika diarahkan secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk datang ke pejabat atau ke mana-mana tempat yang diarahkan bagi menjalankan tugas rasmi selepas waktu bekerja biasa atau pada hari-hari kelepasan am/ rehat mingguan/ rehat sabtu.

  2. Adakah pegawai yang menghadiri temuduga untuk ke jawatan lain boleh dibayar tuntutan seperti bertugas rasmi?

    Hanya pegawai yang menghadiri temuduga kenaikan pangkat atau kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) sahaja layak dibayar tuntutan tersebut.

  3. Adakah seorang Pemandu yang menggunakan kenderaan sendiri untuk mengambil kenderaan di rumah Pegawai Atasan/ penyelia dan seterusnya memulakan tugasnya dari situ boleh dibayar tuntutan perjalanan?

    Tidak. Tuntutan perjalanan dari rumah ke pejabat atau ke tempat pegawai biasa melapor diri untuk bertugas tidak boleh dibayar kepada pegawai.

  4. Adakah teratur tindakan Ketua Jabatan mengarahkan pegawai yang menggunakan motosikal bagi bertugas rasmi, membayar tuntutan perjalanan pegawai tersebut dengan Elaun Basikal?

    Tidak. Tuntutan perjalanan telah ditetapkan mengikut jenis kenderaan yang digunakan. Sekiranya pegawai menunggang motosikal  bagi menjalankan tugas rasminya, maka pegawai boleh menuntut Elaun Perjalanan dengan hitungan kilometer mengikut kelas kenderaannya. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan perlu memastikan tuntutan yang munasabah dibuat bersesuaian dengan tugas yang diarahkan bagi mengawal perbelanjaan di bawah peruntukan ini.

Rujukan:

  • Perintah Am Bab B
  • Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003
  • Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2Tahun 2006
  • Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010