Cetak PDF

TUNTUTAN PERTUKARAN/ PERPINDAHAN ATAS PERMOHONAN SENDIRI

 

1. Adakah pegawai yang diluluskan bertukar atas permohonan sendiri layak menuntut bayaran perpindahan?

Ya. Pegawai yang diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk bertukar atas permohonan sendiri layak dipertimbangkan bayaran perpindahan dan pertukaran sekiranya pertukaran dan perpindahan tersebut memenuhi salah satu daripada syarat berikut

a. telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen berkenaan atau 3 tahun di kawasan hidup susah; atau

b. bagi mengikuti suami/isteri yang telah bertukar terlebih dahulu dengan syarat pegawai telah berkhidmat melebihi setahun di pejabat terakhirnya; atau

c. atas sebab-sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (suami / isteri / anak-anak) dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau

d. bagi menjaga ibu / bapa yang uzur yang memerlukan jagaan rapi dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau

e. atas sebab-sebab ketidaksesuaian penempatan berdasarkan kepakaran ilmiah atau keadaan serba salah yang boleh memudaratkan pegawai.

 

2. Adakah pesara yang memilih untuk bersara awal layak menuntut bayaran perpindahan selepas bersara?

Ya. Pegawai yang bersara atas pilihan sendiri boleh diberi bayaran perpindahan ke mana-mana tempat yang dipilihnya dalam Malaysia.

Rujukan:

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995

Surat Edaran JPA (S) 63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994

Surat Edaran JPA (S) 63/163/(40) bertarikh 10 November 1994

Pegawai Pemantau Informasi Tel Emel
Puan Siti Ainul Basyirah binti Ab Ghani 03-8316 4473

Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Cik Nurulhuda binti A. Padzil 03-8316 4471

Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya