-
Apakah rasional bagi pindaan kadar Cuti Rehat (CR) tahunan yang dilaksanakan melalui PP 14/2008?
Pindaan kadar CR tahunan yang dilaksanakan melalui PP 14/2008 adalah bertujuan untuk menambah bilangan hari bekerja dalam setahun bagi seseorang pegawai supaya produktiviti dan hasil kerja dapat dipertingkatkan.
-
Bilakah kadar baru CR tahunan yang dilaksanakan melalui PP 14/2008 mula berkuat kuasa?
Kadar baru CR tahunan sebagaimana yang ditetapkan dalam PP 14/2008 adalah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009.
-
Apakah kadar baru CR tahunan bagi pegawai lantikan kontrak dan sementara yang dilantik mulai 1 Januari 2009?
Kadar baru CR tahunan bagi pegawai lantikan kontrak dan sementara yang dilantik mulai 1 Januari 2009 adalah sebagaimana yang ditetapkan di Jadual 2 dalam PP 14/2008.
-
Adakah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan/ Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang pada ketika ini menikmati kemudahan Cuti Penggal dan Cuti Rehat Khas perlu diberi tawaran opsyen?
Pegawai hendaklah ditawarkan opsyen tertakluk kepada peruntukan di perenggan 6 (iii) dalam PP 14/2008. Sekiranya pegawai bersetuju menerima opsyen dan memilih kadar CR tahunan sebagaimana yang ditetapkan dalam PP 14/2008, maka kadar Cuti Rehat pegawai (sekiranya dalam apa jua keadaan pegawai menjadi layak untuk diberi kemudahan CR, contohnya pegawai dinaikkan pangkat sebagai Pengetua) adalah ditetapkan seperti mengikut ketetapan dalam Jadual 1 atau Jadual 2 dalam PP 14/2008..
-
Apakah implikasi bagi pegawai yang menolak opsyen di bawah PP 14/2008?
Bagi pegawai yang menolak opsyen di bawah PP 14/2008, kelayakan kadar CR tahunan bagi pegawai adalah ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan/ peraturan semasa yang berkuat kuasa kepada pegawai.
-
Adakah pegawai yang telah ditawarkan opsyen pelanjutan umur persaraan wajib di bahawa PP 6/2008 dan telah memilih untuk bersara wajib pada umur persaraan 55 atau 56 tahun perlu ditawarkan opsyen di bawah PP 14/2008?
Pegawai hendaklah ditawarkan opsyen tertakluk kepada pematuhan terhadap penetapan di perenggan 7 dan 8 dalam PP 14/2008. Opsyen di bawah PP 6/2008 adalah bertujuan untuk memilih umur persaraan manakala opsyen di bawah PP 14/2008 adalah bertujuan untuk memilih kadar CR tahunan bagi seseorang pegawai.
-
Adakah pegawai yang menolak opsyen di bawah PP 14/2008 dan memilih untuk kekal diberi kemudahan CR tahunan mengikut Pekeliling Perkhidmatan/ peraturan yang sedang berkuat kuasa kepadanya layak diberi pertambahan maksimum GCR kepada sebanyak 150 hari sebagaimana yang ditetapkan dalam PP 18/2008?
Pertambahan GCR kepada sebanyak 150 hari sebagaimana yang ditetapkan melalui PP 18/2008 adalah terpakai kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam tanpa mengambil kira sama ada pegawai menolak atau bersetuju menerima opsyen dan memilih kadar CR tahunan di bawah PP 14/2008.
| Information Monitoring Officer |
Tel | Emel |
| Encik Mohd Saiful bin Mohd Zain | 03-8316 4461 | Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya |
| Puan Juliana Noremy binti Jaafar | 03-8316 4475 | Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya |






