Cetak PDF

    1. Apa yang dimaksudkan dengan penjelasan Pegawai yang diberi kemudahan Tambang Ehsan?

      Kemudahan Tambang Ehsan disediakan untuk pegawai Perkhidmatan Awam yang memenuhi takrifan pegawai "bertukar wilayah" berdasarkan peraturan perenggan 7, PP 5/1978. Kemudahan disediakan dari tempat pegawai bertugas ke ibu kota wilayah asal pegawai sekali bagi salah satu daripada dua tujuan iaitu sakit tenat atau meninggal dunia. Pegawai layak diberi 4 kali sahaja untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mertua dan bapa mertua yang sakit tenat atau meninggal dunia.

    2. Siapakah kuasa melulus bagi permohonan Tambang Ehsan?

      Kelulusan Tambang Ehsan adalah oleh Ketua Jabatan.

    3. Adakah permohonan Tambang Ehsan cuma boleh dilakukan SEKALI sepanjang perkhidmatan?

      Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1978, kemudahan Tambang Ehsan diberi kepada pegawai yang bertukar wilayah. Pegawai layak diberi kemudahan ini untuk tujuan menziarahi ibu, bapa, ibu mertua dan bapa mertua yang sakit tenat atau meninggal dunia tertakluk kepada 4 kali kemudahan sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan jika pegawai mempunyai ibu bapa dan ibu bapa mertua.
      Kemudahan Tambang Ehsan hanya diberi untuk seorang sahaja sama ada kepada pegawai dengan tambang mengikut kelayakan ATAU seorang ahli keluarga dengan tambang penerbangan Kelas Ekonomi.


      Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978