Senarai Kelayakan dari Dalam dan Luar negara

 1)      Senarai Kelayakan yang diiktiraf oleh Badan Profesional

Bagi pengiktirafan kelayakan Ijazah Pertama yang melibatkan badan profesional, sila rujuk senarai akreditasi yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai setaraf dengan kelayakan profesional oleh lembaga profesional yang berkaitan seperti berikut:-

1.1            Lembaga Arkitek Malaysia

1.2            Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia

1.3            Lembaga Jurutera Malaysia

1.4            Lembaga Juru ukur Tanah

1.5            Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah

1.6            Lembaga Perancang Bandar Malaysia

1.7            Majlis Perubatan Malaysia (MMC)

1.8            Majlis Pergigian Malaysia

1.9            Lembaga Farmasi Malaysia

1.10         Majlis Optik Malasia

1.11         Lembaga Kelayakan Profesyen Undang-undang

1.12         Institut Akauntan Malaysia

 

2)      Senarai kelayakan yang diiktiraf dari luar negara

 2.1) Kelayakan Kejuruteraan

Kerajaan secara dasarnya telah bersetuju untuk mengiktiraf kelayakan-kelayakan yang dinilai oleh badan profesional berkenaan diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari IPTA tempatan. Badan profesional berikut adalah:

Negara

Badan Profesional

Australia

Engineers Australia

(http://www.engineersaustralia.org.au/)

Canada

Engineers Canada

(http://www.ccpe.ca/)

Chinese Taipei

Institute of Engineering Education Taiwan

(http://www.ieet.org.tw/)

Hong Kong China

The Hong Kong Institution of Engineers

(http://www.hkie.org.hk/)

Ireland

Engineers Ireland

(http://www.iei.ie/)

Japan

Japan Accreditation Board for Engineering Education

(http://www.jabee.org/)

Korea

Accreditation Board for Engineering Education of Korea

(http://www.abeek.or.kr/)

New Zealand

Institution of Professional Engineers NZ

(http://www.ipenz.org.nz/)

Singapore

Institution of Engineers Singapore

(http://www.ies.org.sg/)

South Africa

Engineering Council of South Africa

(http://www.ecsa.co.za/)

United Kingdom

Engineering Council UK

(http://www.engc.org.uk/)

United States of America

Accreditation Board for Engineering and Technology

(http://www.abet.org/)

 

2.2) Kelayakan Sastera dan Sains Kemasyarakatan serta Sains Am

Kerajaan telah bersetuju untuk mengguna pakai senarai kelayakan dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan serta Sains Am dari Institusi Pengajian Tinggi dari luar negara. Pengiktirafan kelayakan ini masih tertakluk dengan syarat-syarat seperti berikut:-

  • Pengiktirafan hanya diberikan kepada kelayakan/program pengajian dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan serta Sains Am
  • Pengiktirafan diberikan kepada Ijazah Pertama yang dijalankan secara sepenuh masa di kampus university berkenaan
  • Pengiktirafan ini tidak melibatkan Ijazah Pertama yang dijalankan secara Ijazah Berkembar (Double Degree) atau Ijazah Pelbagai Bidang (All Other Streams Degree).
  • Bagi kelayakan/program pengajian profesional, pengiktirafan adalah mengikut perakuan dari badan profesional yang berkaitan.

Senarai kelayakan tersebut boleh disemak melalui laman:

Negara

Agensi/Badan

Australia

Commonwealth Register of Institution and Courses for Overseas Students (CRICOS)

(http://cricos.deewr.gov.au/)

United Kingdom

Universities and Colleges Admissions Service (UCAS)

(http://www.ucas.ac.uk/)

 

2.3) Pengiktirafan Kelayakan dalam bidang Pendidikan dari Amerika Syarikat:

Bagi pengiktirafan Ijazah Pertama dalam bidang Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi di Amerika Syarikat, Kerajaan telah mengguna pakai senarai National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE)/ (http://www.ncate.org/)Pengiktirafan adalah diberikan kepada program sepenuh masa yang dijalankan di kampus universiti berkenaan.