Sabtu, 20 April 2024
11 Syawal 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

MBJ-JPA

Aktiviti - Aktiviti MBJ - JPA 2023

Bil.ProgramMaklumat Aktiviti
1.Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan-Jabatan Perkhidmatan Awam (MBJ-JPA) Bilangan 1 Tahun 2023

Tarikh :3 April 2023 (Isnin)

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 9, Blok C1, Kompleks C

2. Lawatan Kerja Ahli Majlis Bersama Jabatan (Pekerja) Yayasan Melaka Ke JPA

Tarikh :26 Julai 2023 (Rabu)

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 9, Blok C1, Kompleks C

3.Program Pengukuhan Pasukan MBJ-JPA

Tarikh :29-30 Julai 2023

Tempat: Hotel Flamingo, Pulau Pinang

4.Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan-Jabatan Perkhidmatan Awam (MBJ-JPA) Bilangan 2 Tahun 2023

Tarikh : 29 Julai 2023 (Sabtu)

Tempat: Hotel Flamingo, Pulau Pinang

5.Lawatan Ilmiah Ke Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Dan Centre For Marine Ann Coastal Studies (CEMACS) USM

Tarikh :30 Julai 2023 (Ahad)

6.Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan-Jabatan Perkhidmatan Awam (MBJ-JPA) Bilangan 3 Tahun 2023

Tarikh :22 November 2023 (Rabu)

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 9, Blok C1, Kompleks C

Bil.IsuPenyelesaian
1.Kadar Makan Minum Mesyuarat Di JPA

• Mesyuarat mengambil maklum bahawa kadar makan minum mesyuarat di JPA telah ditetapkan di dalam arahan pentadbiran dalaman iaitu Arahan Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2023 : Pengurusan Kewangan yang diluluskan oleh KPPA sebagai Pegawai Pengawal. Sebarang pengecualian untuk kadar yang telah ditetapkan boleh dikemukakan kepada BKP;

• Penyediaan makanan dan minuman bagi mesyuarat hanya disediakan bagi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), KPPA atau mesyuarat yang melibatkan jemputan pegawai dari luar JPA/ INTAN; dan

• Surat MOF bertarikh 22 November 2023 berhubung pemanjangan pemakaian perenggan 3.2(b), Pekeliling Perbendaharaan (PP) WP5.1 – Peraturan Mengenai Keraian Rasmi bersetuju bahawa mesyuarat yang dipengerusikan oleh TKPPA(P) dan TKPPA(O) boleh membuat penyediaan makan dan minum dengan menggunakan peruntukan sedia ada JPA.

Bil.IsuPenyelesaian
1.Cadangan Menyediakan Vending Machine Di Lobi Dan Kafe C3

• Mesyuarat mengambil maklum vending machine Coffee Star telah ditempatkan di lobi C2 pada 8 November 2023. Penyediaan mesin tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga JPA. Namum begitu, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak vendor seperti kekurangan biji kopi dan penutup cawan atas permintaan yang tinggi.

2. Sukan Antara Sektor

• Kelab JPA memaklumkan bahawa bagi Kejohanan Sukan Antara Sektor (KESAS) JPA Tahun 2023 yang sedang berlangsung, setiap sektor dikehendaki menghantar dua (2) pasukan bagi setiap sukan kecuali sukan e-sports dan catur yang akan dipertandingkan secara individu;

• Bagi meningkatkan penyertaan warga JPA, setiap pasukan dari sektor mestilah diwakili oleh gabungan 3 Bahagian/Unit, mempunyai sekurang-kurangnya seorang pegawai dan pemain veteran berumur 40 tahun ke atas.

• Mesyuarat bersetuju agar format Kejohanan Sukan Antara Sektor dikekalkan.

3.Penyelenggaraan Peralatan Gimnasium JPA• Kesemua peralatan gimnasium boleh digunakan sepenuhnya mulai 29 November 2023.
Bil.IsuPenyelesaian
1.Cadangan Memuat Naik Minit Mesyuarat Mbj Jpa Ke Dalam Portal MBJ-JPA

• Mesyuarat bersetuju agar minit mesyuarat MBJ-JPA tidak dimuat naik ke dalam portal MBJ-JPA kerana dikelaskan sebagai dokumen terperingkat. Selain itu, memuat naik minit juga akan memberi implikasi yang berbeza kepada pembaca berhubung sesuatu keputusan itu dibuat. Hanya keputusan mesyuarat dan maklum balas sahaja yang boleh dimuat naik ke dalam portal.

2. Pelaksanaan Mesyuarat MBJ JPA Bilangan 2 Tahun 2023 Di Luar Putrajaya

• Mesyuarat MBJ-JPA Bilangan 2 Tahun 2023 diadakan di Pulau Pinang pada 28 hingga 30 Julai 2023 bersekali dengan kursus Pengukuhan Pasukan MBJ JPA bagi tahun 2023 dan program lawatan sambil belajar ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Pantai Kerachut.

3.Lawatan Kerja MBJ Yayasan Melaka

• Ahli Majlis Bersama Jabatan (Pekerja) Yayasan Melaka telah mengadakan lawatan kerja ke JPA pada 26 Julai 2023 bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan serta fungsi JPA dan bagaimana ianya dapat memberi impak yang positif serta dapat membantu Yayasan Melaka dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dalam agensi Kerajaan; dan

• MBJ-JPA telah berkongsi pandangan dan pengetahuan mengenai pelaksanaan MBJ di JPA contohnya pengumpulan isu dan cadangan daripada warga JPA melalui google form dan pemakluman status isu dan cadangan melalui micro site MBJ-JPA.

Bil.IsuPenyelesaian
1.Laluan Pejalan Kaki Yang Selamat

• Mesyuarat mengambil maklum langkah pelaksanaan oleh pihak BKP bagi memastikan laluan pejalan kaki yang lebih selamat.

2. Penghargaan Kepada Warga JPA• Cadangan untuk memperkenalkan satu anugerah sebagai tambahan kepada kuota penerima APC ini bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai warga menerima penghargaan di atas pencapaian prestasi kerja mereka; dan

• Cadangan ini telah dibentangkan sebanyak dua (2) kali di dalam Mesyuarat Pengurusan Sektor Operasi (MPSO) Bilangan 2 Tahun 2023 pada 28 Februari 2023 dan Bilangan 3 Tahun 2023 pada 15 Mac 2023 serta Mesyuarat MPT pada 23 Mac 2023. Mesyuarat MPT bersetuju untuk menangguhkan cadangan ini.
3.Tempat Letak Kenderaan Di Basement

• JKR akan melaksanakan kerja menaik taraf pencahayaan lampu parkir yang dijangka bermula pada 2/2/2024 hingga 30/4/2024 (3 bulan); dan

• Kerja mengecat semula zebra dan petak parkir tela dilaksanakan pada bulan Ogos 2023.

4.Cadangan Mengecat Semula Bangunan• Pihak JKR telah mengecat semula beberapa bahagian bangunan JPA berdasarkan permohonan terdahulu. Sebarang aduan baru mengenai kerosakan cat bangunan boleh dikemukakan melalui kod QR aduan fasiliti.
5.Taska/Pusat Penjagaan Anak

• Mesyuarat mengambil maklum berdasarkan perbincangan awal dengan pihak pengusaha TASKA/Pusat Penjagaan Anak di JPA mendapati beberapa kekangan yang dihadapi iaitu ruang lantai TASKA di JPA adalah terhad kerana garis panduan Jabatan Kebajikan Masyarakat menetapkan bahawa nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai adalah 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak. Selain itu, pihak pengusaha TASKA juga menghadapi masalah untuk mendapatkan tenaga kerja pengasuh terutamanya untuk bayi.

6.Pakaian Seragam Koir

• Mesyuarat mengambil maklum bahawa cadangan perolehan pakaian seragam kumpulan koir JPA untuk dilaksanakan pada tahun 2024 berdasarkan kelulusan perancangan perolehan di bawah belanja mengurus.

7.Tuntutan Bayaran Tempat Letak Kenderaan

• BKP memaklumkan bahawa Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011 telah menetapkan syarat-syarat bagi pegawai yang layak menuntut kemudahan Bayaran Balik Letak Kenderaan iaitu menjalankan tugas rasmi yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus/mesyuarat yang dibenarkan yang memerlukan pegawai kerap kali keluar masuk pejabat.

8.Sudut Bergambar Di Blok C2

• Unit Komunikasi Korporat (UKK) sedang dalam proses untuk memindahkan kaunter khidmat pelanggan JPA dari lobi C2 ke aras 2 Blok C2 seterusnya mencadangkan agar kawasan kaunter khidmat pelanggan JPA sedia ada digantikan dengan sudut bergambar setelah proses pemindahan itu selesai. Pelaksanaan dijangka selesai pada tahun Julai 2024.

9.Cadangan Menambah Tombol Pada Pintu-Pintu Di Tangga Keselamatan

• Cadangan untuk menambah tombol di pintu tangga keselamatan adalah tidak dibenarkan memandangkan pintu keselamatan kebakaran digunakan bagi tujuan penghuni bangunan mengakses tangga keselamatan untuk terus keluar dari bangunan apabila berlaku kebakaran, dan tidak boleh digunakan sebagai pintu keluar masuk.