Rabu, 18 Januari 2017
 
+
 
-
 
:
  • Laman Utama
  • Transformasi
  • Inisiatif Transformasi
  • Ziarah Transformasi

Perpustakaan Negara Malaysia

    19 Mei 2015 (Selasa) – Lawatan kerja ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini adalah bertujuan untuk meninjau dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan inisiatif-inisiatif transformasi PNM, khususnya pencapaian inisiatif transformasi PNM yang dikenalpasti berimpak tinggi. Lawatan tersebut diketuai oleh Dr. Rose Lena binti Lazemi, Pengarah Bahagian Transformasi Sektor Awam (BTSA) JPA bersama 4 pegawai BTSA dan dua pegawai INTAN Bukit Kiara. PNM merupakan agensi yang paling awal mengambil inisiatif membangunkan Pelan Transformasi selain Kementerian.

Baca Lagi

Cetak

Content Malaysia Pitching Centre

    Content Malaysia Pitching Centre merupakan sebuah pusat sehenti (one stop centre) yang ditubuhkan untuk merangsang percambahan kandungan kreatif di Malaysia. Diseliakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), pusat ini berperanan untuk menyediakan penggiat seni kreatif dengan pembiayaan yang bersesuaian, memadankan pembeli dan saluran pengedaran yang betul, mengadakan bengkel dan program kelas lanjutan serta acara komuniti kreatif kepada penggiat seni kreatif.

Baca Lagi

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  1mcsrs  spa  jpm