Khamis, 28 Mac 2024
18 Ramadan 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Rosilawati binti Budor
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

  1. Memastikan maklumat sumber manusia Sektor Awam sentiasa terkini;
  2. Memastikan agensi Sektor Awam melaksanakan HRMIS mengikut jadual yang ditetapkan;
  3. Memastikan HRMIS dan aplikasi teras sentiasa dapat dicapai sepanjang masa dan mempunyai tahap keselamatan selaras dengan dasar dan standard yang ditetapkan;
  4. Memastikan HRMIS, aplikasi teras dan infrastruktur ICT sentiasa relevan melalui penambahbaikan berterusan; dan
  5. Memastikan pelaksanaan dasar penggunaan ICT melalui penyediaan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JPA 2021-2025 yang dinamik, prosedur keselamatan ICT dan peraturan ICT.

 

  1. Bertanggungjawab untuk memastikan HRMIS dilaksanakan di semua agensi dalam perkhidmatan awam selaras dengan visi sumber manusia perkhidmatan awam dan matlamat kerajaan elektronik;
  2. Menyedia dan membekal maklumat personal Sektor Awam yang menyeluruh;
  3. Menyediakan kemudahan infrastruktur yang dipercayai dan selamat;
  4. Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi berlandaskan PSP;
  5. Melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT; dan
  6. Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang ICT.

 

  1. Bertanggungjawab dalam pembangunan, perolehan dan penyelenggaraan semua sistem dan aplikasi teras, generik dan sokongan yang diperlukan oleh JPA
  2. Mengkaji, mengenalpasti, merancang melaksana, memantau dan mengurus keperluan infostruktur ICT sama ada melalui kaedah perolehan daripada pembekal atau pembangunan menggunakan kepakaran dalaman bagi menyokong operasi harian serta pembangunan dan pelaksanaan aplikasi teras, generik dan sokongan di JPA
  3. Mengenalpasti dan menguatkuasa penggunaan kerangka kerja serta piawaian yang telah ditetapkan dari segi pemilihan platform, bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data dalam melaksanakan pembangunan sistem dan aplikasi
  4. Memastikan bahawa keutamaan diberikan dalam penggunaan teknik serta teknologi terkini dalam pembangunan sistem dan aplikasi
  5. Memantau penyenggaraan semua sistem dan log meja bantuan bagi semua sistem dan aplikasi yang telah dilaksanakan
  6. Menyediakan panduan pelaksanaan sistem aplikasi BDTM
  7. Menyediakan khidmat konsultasi berkaitan aliran proses sistem aplikasi BDTM
  8. Melaksanakan Product Verification bagi sistem aplikasi BDTM

 

  1. Mengkaji, mengenalpasti, merancang, melaksana, memantau dan mengurus keperluan infrastruktur ICT bagi menyokong operasi harian serta pelaksanaan aplikasi teras, generik dan sokongan di JPA
  2. Menyediakan keperluan dan kemudahan rangkaian (WAN & LAN) bagi capaian ke Internet dan semua aplikasi yang dibangunkan dengan mengambilkira faktor kos, keupayaan untuk berkembang (growth potential), mudah untuk digunakan, cekap dan berkesan
  3. Menyediakan keperluan dan pengurusan perkakasan dan perisian untuk kegunaan operasi harian serta sistem dan aplikasi yang dirancang untuk dibangunkan dan dilaksanakan
  4. Memastikan operasi harian ICT di JPA tidak terganggu dengan menyediakan perkhidmatan Meja Bantuan serta sokongan teknikal bagi semua perkakasan dan sistem serta aplikasi yang dilaksanakan di JPA
  5. Memastikan semua kemudahan ICT yang disediakan sentiasa berada pada tahap yang optimal dan sedia untuk digunakan
  6. Menyedia, menguatkuasa dan melaksanakan Dasar Keselamatan ICT di JPA
  7. Mengurus dan memantau kitaran hayat data HR Sektor Awam, Penajaan dan JPA
  8. Mengurus, mentadbir dan menyelenggara gudang data dan data mart bagi keperluan penyelidikan, perancangan dan membuat keputusan
  9. Mengurus dan memantau pelaksanaan integrasi data HR Sektor Awam, Penajaan dan sistem-sistem di JPA dengan sistem-sistem agensi
  10. Merancang dan melaksanakan strategi pengurusan maklumat yang mudah dicapai, dipercayai dan selamat
  11. Mereka bentuk, membangun, menyelenggara dan mengemas kini portal-portal JPA dan kandungannya
  12. Mengurus dan memantau kandungan media sosial JPA
  13. Menyediakan bahan-bahan multimedia seperti montaj, video klip, poster, banner, bunting dan lain-lain bagi majlis dan program rasmi JPA
  14. Menguruskan perkhidmatan rakaman video, foto dan live streaming bagi majlis dan program rasmi JPA
  15. Memantau pematuhan Garis Panduan Portal Sektor Awam bagi Portal JPA
  16. Memantau perkhidmatan online JPA

 

  1. Merancang pelaksanaan dan peluasan sistem aplikasi JPA di agensi
  2. Memantau, mengkaji dan menilai isu-isu pelaksanaan sistem aplikasi JPA di agensi
  3. Mengkaji keperluan latihan, menyediakan pelan latihan serta menguruskan pelaksanaan latihan berkaitan sistem aplikasi JPA
  4. Mengkaji keperluan latihan, menyediakan dan menyelaras pelan latihan untuk peningkatan kompetensi ICT pegawai BDTM
  5. Menyediakan medium yang interaktif di antara pihak BDTM dan pentadbir sistem aplikasi di agensi
  6. Melaksanakan program promosi dan publisiti menerusi platform seperti Media Cetak, Media Elektronik, Media Sosial, Pameran, Bersemuka dan lain-lain
  7. Menyediakan panduan pelaksanaan sistem aplikasi BDTM
  8. Mengurus dan memantau pelaksanaan standard, polisi dan prosedur berkaitan data
  9. Mengurus perkhidmatan penyampaian maklumat yang berkesan kepada pengguna
  10. Menyelaras pematuhan standard Kualiti Pembangunan Sistem
  11. Menyelaras pelaksanaan audit kualiti pembangunan dan pelaksanaan sistem
  12. Melaksanakan kerja-kerja keurus setiaan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) serta mesyuarat utama HRMIS
  13. Melaksanakan Technology Scanning bagi mengenalpasti teknologi
  14. Menyelaras pewujudan repositori dokumentasi sistem aplikasi BDTM (Knowledge Bank)
  15. Menyelaras kajian keperluan baharu dan penambahbaikan sistem aplikasi BDTM
  16. Menyelaras program-program inovasi dan KIK Bahagian

 

  1. Pengurusan Sumber Manusia
  2. Pengurusan Kewangan (Peruntukan Mengurus)
  3. Pengurusan Aset Bukan ICT, Stor serta Bekalan Pejabat
  4. Pengurusan Rekod
  5. Pengurusan Am Pejabat
  6. Pengurusan maklum balas minit dan pelaporan maklumbalas mesyuarat utama JPA/BDTM
  7. Penyelaras bagi :
    - Sasaran Kerja Tahunan (SKT) JPA & BDTM
    - Penyelaras Sasaran Kerja Utama (SKU)
    - Key Performance Indicators (KPI)
    - Outcome Based Budgeting (OBB)
    - EKSA
    - Laporan Tahunan BDTM