Piagam Pelanggan RSS

Piagam Pelanggan Umum, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

  • Kami berjanji :
    • Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
      • Cepat dalam semua tindakan;
      • Tepat dalam membuat keputusan;
      • Layanan mesra kepada pelanggan;
      • Menepati masa yang dijanjikan;
      • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
      • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi dan boleh dipercayai; dan
      • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.
    • Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum;
    • Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota perkhidmatan awam melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini;
    • Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan perkhidmatan awam melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut dasar latihan perkhidmatan awam;
    • Menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berpotensi ke arah prestasi yang cemerlang melalui pengurusan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang disediakan;
    • Memastikan hubungan yang harmonis antara majikan-pekerja melalui penyebaran maklumat secara lebih meluas bagi meningkatkan kesefahaman antara mereka dalam isu-isu berkepentingan bersama;
    • Mentadbir undang-undang pencen perkhidmatan awam dan memastikan faedah persaraan dibayar kepada penerima yang layak;
    • Membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan kaunseling serta latihan kepada anggota perkhidmatan awam secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan; dan
    • Memastikan respons kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra dan menepati tempoh-tempoh berikut:
      • Akuan penerimaan dalam masa 3 hari
      • Maklum balas awal dalam tempoh 14 hari
      • Laporan status aduan dalam masa 2 bulan