PSD’s Quality Management System RSS

Sistem Pengurusan Kualiti JPA

  • Dasar

    JPA komited kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang dinamik, berkesan, cekap dan adil bagi mewujudkan sektor awam yang cemerlang.

  • Objektif Kualiti JPA

    Pengurusan penyediaan dasar

    • Menggubal dasar dan peraturan pengurusan sumber manusia dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh arahan dikeluarkan.
    • Menyediakan Pekeliling Perkhidmatan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan diterima.
    • Menyediakan Surat Pekeliling Perkhidmatan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan diterima.
    • Menyediakan Surat Edaran/Surat Pemakluman dalam tempoh 1 bulan dari tarikh keputusan diterima.
    • Menyediakan maklum balas keputusan Jemaah Menteri mengikut masa yang ditetapkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
  • Pengurusan Perjawatan

    • Menyelesaikan urusan kajian perjawatan mulai tarikh maklumat lengkap diterima seperti berikut:
      • Kajian penyusunan semula organisasi dalam tempoh lima (5) bulan.
      • Kajian pengukuhan perjawatan dalam tempoh lima (5) bulan bagi permohonan yang melibatkan jawatan utama (JUSA), Jawatan Gred Khas atau/dan jumlah jawatan dipohon melebihi 200.
      • Kajian pengukuhan perjawatan dalam tempoh empat (4) bulan bagi permohonan yang tidak melibatkan jawatan utama (JUSA), Jawatan Gred Khas atau/dan jumlah jawatan dipohon kurang 200.
      • Kajian Pengukuhan Perjawatan dalam tempoh satu (1) bulan bagi permohonan yang melibatkan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan.
  • Pengurusan Penempatan Dan Pertukaran Anggota Gunasama Persekutuan

    Membekalkan anggota perkhidmatan Gunasama dalam tempoh 3 minggu selepas tarikh keputusan pihak berkuasa yang berkaitan.

  • Pengurusan Penetapan Gaji Khas Untuk Penyandang Anggota Perkhidmatan Awam

    Menguruskan penetapan gaji secara Khas Untuk Penyandang (KUP) anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang terlibat dalam urusan peminjaman/pertukaran sementara dalam tempoh 3 minggu dan pertukaran pelantikan/kenaikan pangkat secara lantikan/penyelarasan pencen dalam tempoh 6 minggu dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.

  • Pengurusan Hadiah Latihan Persekutuan

    Memastikan urusan di bawah Hadiah Latihan Persekutuan diuruskan seperti berikut:

    • Mengeluarkan keputusan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan selepas tarikh akhir pencalonan diterima daripada Ketua Perkhidmatan dalam tempoh 3 minggu (21 hari).
    • Meluluskan permohonan pindaan syarat tajaan dalam tempoh 12 minggu (60 hari).
    • Menguruskan bayaran elaun, yuran dan tuntutan dalam dan luar negara dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh invois dari luar dan dalam negara diterima dengan dokumen lengkap.
  • Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Kaunseling

    Memberi perkhidmatan kaunseling individu kepada anggota perkhidmatan awam persekutuan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja bagi kes baru dari tarikh penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien.

  • Pengurusan Perhubungan Majikan-Pekerja

    Menguruskan hubungan Majikan – Pekerja melalui Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) sekurang-kurangnya sekali setahun bagi MBK Pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional, MBK Pekerja-pekerja Sains dan Teknologi Dalam Kumpulan Sokongan dan MBK Pekerja-pekerja Am Dalam Kumpulan Sokongan.

  • Pengurusan Bayaran Faedah Persaraan

    • Memastikan ganjaran dan pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) dibayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh persaraan wajib tertakluk kepada dokumen lengkap diterima mengikut jadual yang ditetapkan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4/2003).
    • Memastikan pencen dibayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh persaraan wajib tertakluk bahawa segala dokumen persaraan adalah lengkap diterima mengikut jadual yang ditetapkan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4/2003).
  • Pengurusan Aduan Pelanggan

    • Menentukan supaya 90% daripada bilangan aduan dibuat siasatan dan diberi maklum balas dalam masa 14 hari dari tarikh aduan didaftarkan.
    • Memberi maklum balas kepada setiap aduan mengenai kerosakan peralatan komputer yang diterima dalam tempoh 2 hari dan menyelesaikan masalah dalam tempoh 3 hari berikutnya bagi kes yang tidak melibatkan pembekal yang tiada ikatan kontrak penyelenggaraan.
  • Pengurusan Latihan Kakitangan JPA

    Memastikan pegawai JPA di semua peringkat mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.