Institut Tadbiran Awam Negara(INTAN) RSS

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

  • Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

    Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

    Dato’ Dr. Muhamad bin Hamzah
    muhamad@intanbk.intan.my


    Perkhidmatan

    • Penolong Pengarah & Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Infrastruktur, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri - Nov. 1978 – Okt. 1987
    • Pengarah Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan, Kuala Lumpur - Okt. 1987 – Jan. 1988
    • Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Sosial, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri - Jan. 1988 – Sept. 1993
    • Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pertanian Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri - Okt. 1997 – Julai 1999
    • Penyelaras Projek Kanan Ekonomi & Dasar Unit Pengurusan Bandar, INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur - Julai 1999 – Okt. 2001
    • Ketua Pusat Pembangunan Ekonomi & Pengurusan Perniagaan (EKONOMI), INTAN Bukit Kiara Kuala Lumpur - Nov. 2001 – Julai 2005
    • Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Industri Suruhanjaya Tenaga, Kuala Lumpur - Julai 2005 – Ogos 2006
    • Pengarah Kanan, Bahagian Kawalselia Ekonomi & Pembangunan Industri Suruhanjaya, Tenaga Kuala Lumpur - Sept. 2006 – Ogos 2007
    • Pengarah, INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur - Sept. 2007 hingga kini
  • Visi

    Ke arah menjadi sebuah institut latihan sektor awam bertaraf dunia.

  • Misi

    Membangunkan potensi sumber manusia perkhidmatan awam melalui latihan yang berkualiti.

  • Objektif

    Membangunkan potensi sumber manusia sektor awam ke arah kecemerlangan melalui latihan. INTAN akan memastikan supaya semua kehendak pelanggan INTAN dipenuhi melalui perlaksanaan penambahbaikan yang berterusan berasaskan MS ISO 9001:2000.

  • Fungsi

    Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ialah sebuah institusi latihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang diberi mandat dan tanggungjawab untuk melatih kakitangan awam yang berkhidmat di agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.

  • Piagam Pelanggan

    Kami berjanji untuk:

    Merancang dan melaksanakan kursus yang berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan:

    • Memaklumkan pelanggan tentang sesuatu kursus yang akan dijalankan sekurang-kurangnya satu bulan sebelum kursus bermula.
    • Menjalankan sekurang-kurangnya 85% daripada kursus yang dirancang setiap tahun.
    • Menjalankan sekurang-kurangnya sepuluh 10 penyelidikan termasuk pembangunan sistem setahun.
    • Menghasilkan sekurang-kurangnya 10 penerbitan setahun.
    • Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu hari sebelum kursus bermula.
    • Memastikan perkhidmatan sokongan seperti sajian dan penginapan mendapat skor purata penilaian tidak kurang daripada skala 5.0 berasaskan MS ISO 9001:2000.
    • Menjalankan sekurang-kurangnya lima konsultansi setahun.
    • Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
    • Memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat dari dua hari bekerja.
  • Kedudukan Bahagian Dalam Carta JPA

    Kedudukan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dalam Carta JPA

Terakhir dikemaskini Oktober 8th, 2009 pada 9:44 am