Faedah Persaraan RSS

Perkhidmatan | Perjawatan | Gaji, Elaun & Kemudahan | Faedah Persaraan | Pentadbiran & Kewangan | Latihan | INTAN | Penyelidikan & Perancangan | Psikologi | HRMIS

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)
Suatu faedah untuk menggantikan apa-apa cuti terkumpul yang tidak dapat dihabiskan kerana kepentingan perkhidmatan dengan wang tunai. Award ini dibayar kepada seseorang pegawai yang bersara dari perkhidmatan Kerajaan.

Formula : 1/30 x cuti terkumpul x gaji akhir dan imbuhan tetap, tertakluk kepada maksimum 90 hari cuti yang dikumpulkan.

Elaun Tanggungan.
Suatu faedah bulanan yang dibayar kepada pegawai bankrap apabila bersara dari perkhidmatan Kerajaan. Faedah ini juga diberi kepada pesara yang diisytiharkan bankrap. Kadar Elauan Tanggungan adalah bersamaan dengan amaun pencen yang diterima oleh pesara sebelum diisytiharkan bankrap. Bayaran ini adalah tertakluk kepada potongan yang dibuat setiap bulan kepada Pejabat Pemegang Harta sehingga mendapat pelepasan kebankrapan. Pencen akan dipulihkan apabila mendapat pelepasan kebankrapan.

Faedah ini juga diberi kepada pesara yang dihukum penjara atau dihukum mati oleh Mahkamah, tertakluk kepada kadar susutan yang diputuskan dengan mengambilkira jenis kesalahan yang disabitkan. Pencen hanya akan dipulihkan apabila mendapat pengampunan bilamana ia dipulihkan secara kebelakangan mulai tarikh diberhentikan.

Ganjaran Perkhidmatan.
Bayaran sekaligus kepada pegawai berpencen yang bersara atau dibersarakan dari perkhidmatan Kerajaan.

Formula : 7.5% x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji akhir (hakiki.

Ganjaran Terbitan.
Bayaran sekaligus kepada tanggungan (balu/duda/ibu/anak) pegawai berpencen yang mati dalam perkhidmatan. Formula : 7.5% x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji akhir (hakiki.

Pegawai Berpencen.
Pegawai tetap yang telah diberikan taraf berpencen di bawah Seksyen 7 Akta Pencen 1980 atau Seksyen 6 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 dan layak menerima faedah pesaraan di bawah Skim Pencen apabila bersara.

Taraf berpencen diberikan kepada seseorang pegawai tetap yang telah disahkan dalam jawatanya setelah berkhidmat selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun yang boleh dimasukira dan tidak memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah Seksyen 6A Akta Pencen 1980 atau Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980.

Pencen Hilangupaya.
Suatu faedah persaraan tambahan kepada Pencen Perkhidmatan yang diberikan kepada pegawai yang dikehendaki bersara ataas sebab kesihatan akibat daripada:-

  1. Kecederaan yang dialami semasamenjalankan tugas rasmi;
  2. Penyakit yang dihadapinya kerana jenis tugas pegawai itu; atau
  3. Kemalangan dalam perjalanan.
Pencen Maksimum.
Pencen penuh sebanyak setengah daripada gaji akhir yang layak diterima oleh seseorang pesara apabila telah berkhidmat tidak kurang daripada 25 tahun(300 bulan).
Pencen Minimum.
Pencen yang dikira atas kadar 1/5 gaji akhir bagi pegawai yang bersara atas sebab kesihatan atau pegawai yang mati dalam perkhidmatan.
Pencen Perkhidmatan.
Bayaran bulanan yang diberi seumur hidup kepada pegawai berpencen yang bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan.

Formula : 1/600 x jumlah genapnya bulan perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji akhir (hakiki), tertakluk kepada maksimum setengah daripada gaji akhir.

Bagi mereka yang bersara atas sebab penghapusan jawatan dan atas sebab penyusunan semula organisasi, faktor yang digunapakai ialah 1/500.

Pencen Tanggungan.
Suatu faedah tambahan kepada Pencen Terbitan yang diberi kepada tanggungan (balu/anak/ibu) pegawai yang telah meninggal dunia akibat dari menanggung bencana atau penyakit yang dihidapi kerana menjalankan tugas rasminya atau kemalangan dalam perjalanan, yang bukan berpunca daripada kecuaian atau salahlaku pegawai tersebut.

Pencen Tanggungan adalah dikira mengikut pecahan daripada gaji pegawai semasa menanggung bencana/kemalangan/penyakit itu.

Pencen Terbitan.
Bayaran bulanan kepada tanggungan (balu/duda/anak) pegawai berpencen yang mati dalam perkhidmatan atau kepada tanggungan pesara yang mati dalam persaraan.
Pencen Terendah.
Amaun pencen tidak kurang daripada RM280 sebulan bagi pegawai berpencen yang bersara setelah berkhidmat 25 tahun (300 bulan.
Penyelarasan Pencen.
Pencen yang diterima oleh pesara/penerima pencen adalah diselaraskan berikutan dengan setiap semakan gaji bagi pegawai sektor awam, dengan syarat pesara/penerima pencen bermastautin di Malaysia.
Pesara
Seseorang pegawai sektor awam yang telah meninggalkan perkhidmatan melalui salah satu jenis persaraan di bawah undang-undang pencen.