Perkhidmatan | Perjawatan | Gaji, Elaun & Kemudahan | Faedah Persaraan | Pentadbiran & Kewangan | Latihan | INTAN | Penyelidikan & Perancangan | Psikologi | HRMIS
- Bantuan Mengurus Jenazah ↑
- Bantuan yang diberikan kepada keluarga anggota yang meninggal dunia untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan kematian anggota itu.
- Bayaran Insentif ↑
- Elaun yang diberi kepada anggota sektor awam sebagai galakan serta penghargaan berasaskan kriteria-kriteria kepakaran, kemahiran, keanehan tugas atau perkhidmatan dan kerana tergolong dalam Perkhidmatan Kritikal. Bayaran Insentif adalah merupakan sebahagian daripada Komponen Berubah.
- Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ↑
- Elaun yang dibayar kepada anggota-anggota perkhidmatan tertentu yang tergolong dalam Perkhidmatan Kritikal. Elaun ini adalah salah satu jenis elaun yang dibayar di bawah Bayaran Insentif.
- Bayaran Pengangkutan Jenazah ↑
- Bayaran pengangkutan yang terlibat untuk membawa jenazah anggota dari tempat kematian ke tempat pengkebumian atau kesempurnaan mayat.
- Berkhidmat di luar Negara ↑
- Bertukar untuk menyandang jawatan di luar negeri bagi tempoh melebihi enam bulan
- Berpindah ↑
- Pegawai yang berpindah rumah dalam stesen
- Bertugas di luar Negeri ↑
- Menjalankan tugas rasmi di dalam negara penempatan atau di Malaysia yang tempohnya adalah tidak melebihi enam bulan.
- Bertukar ↑
- Pegawai yang bertukar pejabat
- Bertukar dan Berpindah ↑
- Pegawai yang bertukar pejabat ke luar stesen, berpindah rumah dan seterusnya mendiami rumah tersebut
- Cuti ↑
- Sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.
- Cuti Rehat ↑
- Cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember.
- Cuti Sakit ↑
- Cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh.
- Doktor Prevet ↑
- Seorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia
- Gaji Hakiki ↑
- Matagaji yang diterima oleh anggota mengikut gred gajinya.
- Gaji Maksimum ↑
- Matagaji tertinggi dalam sesuatu Gred gaji mengikut Jadual Gaji Matriks.
- Gaji Matriks ↑
- Matagaji yang disusun mengikut Tangga dan Peringkat basi sesuatu Gred gaji dalam Jadual Gaji Matriks. Setiap gred gaji mempunyai tiga Peringkat dan bilangan Tangga yang tertentu.
- Gaji Minimum ↑
- Matagaji terendah dalam sesuatu Gred gaji mengikut Jadual Gaji Matriks
- Gaji Permulaan ↑
- Matagaji yang ditetapkan untuk seseorang anggota yang baru dilantik tertakluk kepada skim perkhidmatan berkenaan.
- Gaji Pokok ↑
- Matagaji dalam struktur gaji baru yang diambilkira untuk faedah pencen.
- Gred ↑
- Satu lapisan gaji yang mengandungi tiga Peringkat dan bilangan Tangga yang tertentu untuk sesuatu Kumpulan Perkhidmatan dalam Jadual Gaji Matriks mengikut Klasifikasi Perkhidmatan berkenaan.
- Hospital ↑
- Sebarang hospital Kerajaan dan termasuk mana-mana hospital universiti, klinik-klinik Kerajaan dan lain-lain Yayasan Perubatan Persekutuan
- Ibu bapa yang sah ↑
- Ibu bapa kandung atau ibu tiri atau bapa tiri atau ibu bapa angkat yang pertalian kekeluargaan adalah sah disisi undang-undang
- Ibu Pejabat ↑
- Tempat biasa seseorang pegawai melapurkan diri untuk bertugas.
- Imbuhan Tahunan ↑
- Salah satu imbuhan dalam Komponen Berubah yang bayarannya tertakluk kepada keadaan ekonomi dan kemampuan Kerajaan untuk membayar.
- Imbuhan Tetap ↑
- Bayaran yang setiap bulan diberi kepada anggota yang layak seperti Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam.
- Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang ↑
- Gaji yang disediakan dan dipakai khas bagi kes yang tidak boleh diliputi oleh struktur tanggagaji yang sedia ada.
- Jadual Gaji Matriks ↑
- Jadual gaji untuk setiap Klasifikasi Perkhidmatan yang mengandungi gred-gred gaji berdasarkan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.
- Kakitangan Ambilan Tempatan ↑
- Pekerja-Pekerja yang dilantik di luar negeri untuk berkhidmat dengan Perwakilan-Perwakilan Malaysia.
- Kategori ↑
- Kumpulan pegawai mengikut jadual panduan yang digunakan untuk maksud pemberian elaun dan kemudahan di bawah SSB berdasarkan kepada Jadual di Lampiran D5 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.
- Kawasan Ibu Pejabat ↑
- Satu lingkungan kawasan yang jaraknya dari pejabat -
- 25 kilometer jika boleh dihubungi oleh jalan raya;
- 16 kilometer jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; dan
- 8 kilometer jika boleh dihubungi oleh basikal atau laluan air.
- Keluarga Pegawai ↑
- Bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun, atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak yang daif yang disebabkan kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak terpakai. Ianya tidak mengambilkira sama ada kedaifan wujud atau berlaku sebelum atau selepas had umur di bawah tanggungan. Anak adalah termasuk anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Balu/duda seorang pegawai juga dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula.
- Kenaikan Gaji Secara Menyeluruh (Across The Board) ↑
- Kenaikan gaji yang seragam dari segi peratusan atau kuantum bagi semua anggota tanpa mengira gred jawatan
- Komponen Berubah ↑
- Jenis-jenis bayaran dalam struktur gaji baru yang pemberian dan pengalamannya boleh berubah-ubah mengikut keperluan seperti Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dan Bayaran Insentif Pakar.
- Kumpulan Perkhidmatan ↑
- Peringkat Perkhidmatan dalam sesuatu klasifikasi Perkhidmatan, iaitu, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.
- Matagaji ↑
- Gaji pokok yang terletak di sesuatu tanggagaji sebaris atau gaji jadual gaji matriks.
- Matagaji baru ↑
- Matagaji dalam Jadual Gaji Baru.
- Matagaji Sekarang ↑
- Matagaji dalam Jadual Gaji Sekarang.
- Matagaji Tertinggi Berhampiran ↑
- Gaji yang diselaraskan ke matagaji baru tertinggi berhampiran.
- Pakaian Istiadat ↑
- Pakaian upacara rasmi yang direkabentuk khas untuk sesuatu perkhidmatan.
- Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi ↑
- Pakaian Kebangsaan Hitam atau Dark Lounge Suit bagi lelaki atau pakaian yang bersesuaian bagi wanita.
- Pegawai Perubatan ↑
- Seorang doktor perubatan atau doktor pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dan bagi maksud Perintah-Perintah Am 6 dan 32 Bab C termasuk seorang doktor perubatan atau doktor pergigian yang berkhidmat dengan sebarang Hospital Universiti atau Angkatan Tentera Malaysia.
- Pegawai yang bertukar Wilayah ↑
-
- Pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung;
- Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah dan Sarawak; dan
- Pegawai yang berasal dari Sabah yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sarawak dan pegawai yang berasal dari Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah.
- Pelarasan Gaji ↑
- Pemberian kenaikan gaji secara menyeluruh mengikut kadar yang ditetapkan sama ada dalam bentuk peratusan atau kadar tertentu.
- Pemanjangan Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam (TPA) ↑
- Anggota yang bukan sesuatu pihak kepada tuntutan anomali asal mendapat faedah keputusan TPA berasaskan skim perkhidmatan yang sama dan fakta kes yang sama.
- Pergerakan Gaji ↑
- Kemajuan dari satu matagaji ke satu matagaji yang lain dalam Jadual Gaji Matriks mengikut empat keadaan, iaitu secara statik, mendatar, menegak atau melintang.
- Statik - Kekal di atas matagaji yang sedang diterima.
- Mendatar - Pergerakan dari satu matagaji ke satu matagaji di Tangga yang lebih tinggi atas Peringkat yang sama.
- Menegak - Pergerakan dari satu matagaji atas Tangga yang sama tetapi ke Peringkat yang lebih tinggi.
- Melintang - Pergerakan dari satu matagaji atas sesuatu Peringkat ke satu matagaji di Tangga dan peringkat yang lebih tinggi.
- Peringkat Gaji ↑
- Matagaji yang disusun secara menegak dalam sesuatu Gred dalam Jadual Gaji Matriks.
- Perkhidmatan Yang Melayakkan ↑
- Perkhidmatan yang diambilkira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit (dan bagi guru-guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh) tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar.
- Perlarasan Saraan ↑
- Merangkumi Pelarasan Gaji dan sesuatu perubahan terhadap Elaun, Imbuhan, Kemudahan dan Faedah Persaraan.
- Perwakilan Malaysia ↑
- Pejabat Perwakilan yang diketuai oleh seorang Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi atau Wakil Tetap atau Kuasa Usaha Tetap di sesebuah negara berkenaan.
- Principal No Financial Loss/ Prinsip Tiada Kerugian Kewangan ↑
- Jumlah Gaji dan Elaun yang diterima secara bulanan tidak kurang baiknya daripada yang diperolehi sebelumnya. Prinsip ini biasanya dipakai dalam urusan semakan untuk pemindahan ke gaji baru dalam urusan pelarasan gaji.
- Rumah Biasa Kerajaan ↑
- Mana-mana rumah yang lain daripada Rumah Khas Jabatan atau Rumah Khas Jawatan
- Rumah Khas Jabatan ↑
- Rumah yang dikhaskan oleh Jabatan untuk kediaman seseorang pegawainya yang mustahak berada setiap masa dekat dengan tempat bekerja atau di satu tempat tertentu dalam daerah tempat dia bertugas
- Rumah Khas Jawatan ↑
- Rumah yang dikhaskan kepada pegawai-pegawai atasan yang diperuntukkan Rumah Khas berdasarkan jawatan yang disandang oleh pegawai.
- Sanak Saudara ↑
- Adik beradik, ibu bapa dan lain-lain saudara mara yang rapat kepada pegawai
- Saraan ↑
- Jumlah gaji dan elaun serta kemudahan-kemudahan dan faedah-faedah persaraan yang dinikmati oleh anggota sektor awam.
- Sifir Pemindahan Gaji ↑
- Sifir yang menunjukkan cara pemindahan gaji daripada Jadual Gaji Sekarang kepada Jadual Gaji Baru.
- Sijil Sakit ↑
- Sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Perintah-Perintah Am, Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan.
- Stesen ↑
-
- Bagi tujuan yang berkaitan dengan pertukaran bermaksud satu lingkungan 25 kilometer dari pejabat.
- Bagi tujuan yang berkaitan dengan perpindahan bermaksud satu lingkungan 25 kilometer dari rumah.
- Tarikh Kuatkuasa Dikebelakangkan ↑
- Pelaksanaan sesuatu Pekeliling, Surat Pekeliling yang dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang dikebelakangkan daripada tarikh surat Pekeliling/tersebut dikeluarkan.
- Tarikh Kuatkuasa Dikehadapankan ↑
- Pelaksanaan sesuatu Pekeliling, Surat Pekeliling yang dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang dikehadapankan selepas daripada tarikh Surat Pekeliling/Pekeliling tersebut dikeluarkan.
- Tugas Rasmi ↑
- Tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat dan tidak bersifat peribadi





