HRMIS RSS

Perkhidmatan | Perjawatan | Gaji, Elaun & Kemudahan | Faedah Persaraan | Pentadbiran & Kewangan | Latihan | INTAN | Penyelidikan & Perancangan | Psikologi | HRMIS

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Data Penubuhan (Establishment Data)
Data yang digunakan dalam unit penubuhan yang diproses untuk mencapai objektif organisasi.

Jawatan Kritikal
Sesuatu jawatan yang amat penting dan perlu diisi dengan segera jika terdapat kekosongan.
Jawatan Kuasa Rayuan(Appeal Committee)
Pihak yang mendengar, mempertimbangkan dan membuat keputusan dengan adil dan saksama bagi sebarang kes kesalah/tuduhan yang dikenakan kepada seseorang pekerja.

Keberkesanan Strategi Penilaian (Evaluation Strategic Effectiveness)
Proses mengenalpasti,menilai serta membuat perubahan terhadap keberkesanan strategi sumber manusia untuk membolehkan objektifnya dicapai.

Model Kompetensi (Competency Model)
Konsep dan gambaran yang menunjukkan kedudukan kompetensi/kecekapan sebagai tunjang utama yang menggerakkan fungsi-fungsi sumber manusia.

Pangkalan Ilmu (Knowledge Base)
Komponen maklumat berkaitan polisi, kaedah daan amalan dalam pengurusan sumber manusia serta enjin carian yang digunakan untuk meperolehi ilmu.
Para Pengurus (Line Manager)
Individu yang bertanggungjawab untuk mengawas aktiviti pekerja-pekerja di bawah seliaanya supaya pengeluaran menepati kualiti dan kuantiti yang ditetapkan.
Pelulus Faedah (Benefit Approver)
Individu (biasanya ketua jabatan) /pihak yang memberi kelulusan terhadap sesuatu tuntutan yang dikemukakan oleh seseorang pekerja.
Pemilik Kecekapan (Competency Owner)
Individu atau pihak yang memiliki suatu tahap kebolehan yang tinggi untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Penyumbang Ilmu (Knowledge Contributor)
Sumber atau pihak yang menyediakan bahan-bahan bagi penerbitan ilmu.
Penamatan Perkhidmatan (Separation)
Proses yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan atasan untuk memberhentikan dan mengeluarkan pekerja dari meneruskan perkhidmatan dalam sesebuah organisasi.
Penerima Kaunseling (Counselee)
Individu yang menerima perkhidmatan kaunseling daripada kaunselor.
Pengurusan Ganjaran (Reward Management)
Fungsi pihak pengurusan atasan untuk memberi ganjaran/anugerah sebagai mengenang jasa dan sumbangan pekerja dalam organisasi.
Pengurusan Ilmu (Knowledge Management)
Proses untuk menguruskan ilmu yan digunakan dalam sesebuah organisasi.
Pengurusan Kerjaya (Career Management)
Proses untuk menentukan kelancaran dan keberkesanan sesuatu aktiviti dalam sesuatu bidang kerja sehingga mencapai matlamatnya.
Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja (Employee Communication and Behavioral Management)
Proses mengenalpasti,mengkaji menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan tingkah laku dan komunikasi antara pekerja-pekerja dan pekerja dengan organisasi.
Penilaian Prestasi (Performance Appraisal)
Proses mengenalpasti tahap kemajuan seseorang pekerja untuk tujuan kenaikan gaji.
Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator)
Ciri utama yang ditonjolkan oleh pekerja organisasi yang menjadi ukuran kepada penilaian prestasi.
Penyelaras Prestasii (Performance Coordinator)
Individu/pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan dan melaksanakan penilaian prestasi terhadap seseorang pekerja.
Perancangan Kejayaan (Succession Planning)
Prosess mengenalpasti, menilai dan meningkatkan ciri serta bakat kepimpinan di kalangan pekerja yang dilaksanakan secara berterusan dan bersistematik.
Perolehan Sumber Manusia (Resourcing)
Fungsi untuk mendapatkan tenaga kerja dalam jangka masa yang pendek bersesuaian dengan keperluan aktiviti organisasi.

Rumusan Strategi (Strategy Formulation)
Elemen di bawaah strategi organisasi yang bertujuan memberi cabaran kepada pekerja untuk melaksanakan strategi organisasi.

Sistem Bantuan Keputusan (Decision Support System)
Program aplikasi komputer yang menganalisa sesuatu kemasukan data dan mengeluarkan sesuatu maklumat lain sebagai keputusan.

Unit Aktiviti (Business Unit)
Entiti yang melaksanakan segala urusan dan transaksi yang wujud dalam sesebuah organisasi.
Unit Penubuhan (Establishment Unit)
Unit-unit aktiviti/bahagian yang wujud dalam sesebuah organisasi.

Verifikasi Produk (Product Verification)
Proses untuk menyediakan perkhidmatan kawalan dan jaminan kualiti ke atas semua produk/aplikasi yang dihasilkan dalam pembangunan sistem.