Perkhidmatan | Perjawatan | Gaji, Elaun & Kemudahan | Faedah Persaraan | Pentadbiran & Kewangan | Latihan | INTAN | Penyelidikan & Perancangan | Psikologi | HRMIS
- Input
-
- Seseorang itu berfungsi sebagai pemudahcara bukan sebagai pensyarah
- Berlaku komunikasi samada secara lisan dan tidak secara lisan di antara pemudahcara dengan peserta;
- Komunikasi ini berlaku lebih kepada cara yang tidak formal;
- Berlaku komunikasi dan reaksi timbalbalik diantara pemudahcara dengan peserta dan diantara dengan pemudahcara;
- Ada sesuatu objektif atau perkara-perkara atau maksud yang disampaikan kepada peserta;
- Secara umumnya berlaku perpindahan pengetahuan, kemahiran dan sikap daripada pemudahcara kepada peserta dan sebaliknya.
- Contoh seperti mengendalikan aktiviti dinamik kumpulan, Kajian kes dan sebagainya.
- Kerja Luar/Pensyarah Sambilan
-
- Syarahan/kerja berkenaan dikendalikan dan diuruskan oleh institusi awam selain dari INTAN. Dijalankan samada dalam waktu pejabat atau luar pejabat dan samada di luar INTAN atau di INTAN.
- Syarahan/kerja berkenaan tidak termasuk di dalam perancangan khusus/latihan dan perancangan SKT pegawai berkenaan.
- Syarahan/ kerja berkenaan di luar dari bidang tugas rasmi pegawai berkenaan.
- Syarahan/kerja berkenaan dilakukan sekali sekala sahaja iaitu tidak melebihi nisbah 3:1 (syarahan/kerja INTAN: syarahan/kerja luar INTAN) bagi sesuatu bulan atau sesuatu tempoh tertentu.
Syarahan/kerja berkenaan samada menerima bayaran saguhati atau tidak
- Kuota Syarahan/Input Minima
- Kuota minima yang telah ditetapkan seperti jumlah jam syarahan/input setahun.
- Memenuhi nisbah kuota minima 3:1 diantara syarahan/input kursus/latihan INTAN dengan syarahan/input kursus/latihan luar.
- Tidak termasuk syarahan/input yang tidak termasuk di dalam tugas rasmi.
- Tidak termasuk syarahan/input yang menerima bayaran saguhati.
- Pakar
-
- Memiliki kelulusan profesional / khusus di dalam bidang kepakarannya, selain dari memiliki sekurang-kurangya ijazah pertama;
- Telah membuat penulisan dalam bidang kepakarannya dan diterbitkan di dalam journal, buku, majalah atau buletin yang digunakan sebagai bahan rujukan.
- Berkemahiran dan boleh menyatakan, bertindak balas, memberikan reaksi, komen, pandangan dan sebagainya di dallam bidang yang berkaitan dengan kepakarannya secara bermakna, berkualiti dan berfakta.
- Diberi pengiktirafan khas oleh Lembaga Pengurusan INTAN sebagai pakar dalam bidang tertentu/khusus
- Mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di dalam bidang kepakarannya.
atau
Gred / kategori jawatan pegawai berkenaan sekurang-kurangnya di peringkat Gred 1 atau setaraf. Walau bagaimana pun pegawai-pegawai dibawah Gred 1 boleh dipertimbangkan dengan kelulusan khas Lembaga Pengurusan INTAN
atau
Telah menghadiri persidangan Seminar atau bengkel di dalam atau di luar negara serta telah memberi sumbangan sebagai pakar rujuk, penulis atau pembentang kertas kerja di dalam bidang kepakarannya.
atau
Memberi syarahan/input di dalam bidang yang berkaitan dengan kelayakan dan kepakarannya sekurang-kurangnya selama 10 tahun.
- Syarahan/Ceramah
-
- Seseorang itu ( pensyarah) berfungsi sebagai pemberi maklumat.
- Berlaku komunikasi lisan diantara pensyarah dengan peserta.
- Aktiviti ini berlaku dalam keadaan lebih formal.
- Ada sesuatu objektif atau perkara yang disampaikan kepada peserta.
- Secara umumnya berlaku lebih pemindahan pengetahuan, kemahiran dan sikap daripada pensyarah kepada peserta.
- Contoh seperti syarahan di atas tajuk analisis data, ISO dan sebagainya.





