Training RSS

Perkhidmatan | Perjawatan | Gaji, Elaun & Kemudahan | Faedah Persaraan | Pentadbiran & Kewangan | Latihan | INTAN | Penyelidikan & Perancangan | Psikologi | HRMIS

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Biasiswa
Wang yang diberi kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam pelajaran bagi membiayai pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri.

Cuti Belajar
Cuti yang dilulus oleh Kerajaan kepada seorang pegawai bagi mengikuti kursus latihan atau pengajian. Bagi tempoh tersebut seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugas untuk berkursus secara sepenuh masa dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.
Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa
Tempoh berkursus di mana pegawai memperolehi gaji sepenuhnya seperti yang ia berkelayakan sebelum berkursus serta penajaan (Biasiswa/hadiah latihan)bagi pembiayaan yuran pengajian dan lain-lain elaun yang ia berkelayakan semasa berkursus.
Cuti Belajar Bergaji Penuh Separa Biasiswa
Cuti yang dilulus oleh Kerajaan kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus latihan atau pengajian. Bagi tempoh kursus tersebut pegawai memperolehi gaji sepenuhnya seperti yang ia berkelayakan sebelum berkursus serta menerima penajaan yuran pengajian sahaja.
Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa
Cuti yang dilulus oleh kerajaan kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus latihan atau pengajian dengan bergaji penuh tanpa biasiswa.
Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa
Cuti yang dilulus oleh kerajaan kepada seseorang pegawai yang mengikuti kursus latihan atau pengajian. Bagi tempoh tersebut pegawai hanya menerima separuh daripada gajinya seperti yang ia berkelayakan sebelum berkursus dan tiada penajaan diberikan.
Cuti Belajar Tanpa Gaji dan Biasiswa
Cuti yang dilulus oleh kerajaan kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus latihan atau pengajian. Bagi tempoh kursus tersebut pegawai tidak dibayar gaji yang ia berkelayakan sebelum berkursus tetapi menerima penajaan bagi pembiayaan pengajiannya.
Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa
Cuti yang dilulus oleh Kerajaan kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus latihan atau pengajian. Bagi tempoh tersebut pegawai tidak memperolehi gajinya dan tidak penajaan bagi membiayai pengajiannya.

Elaun Akhir Pengajian
Elaun yang diberikan kepada pelajar/pegawai yang mengikuti kursus bagi tempoh 9 bulan atau lebih untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan yang berkaitan dengan tamat pengajian seperti berikut:

  1. Tambang dari rumah ke lapangan terbang di negara berkenaan dan dari lapangan terbang KLIA ke tempat kediaman;
  2. Cukai lapangan terbang;
  3. Upah mengangkut barang-barang
  4. Perbelanjaan membawa barang-barang lebihan;
  5. Perbelanjaan runcit.
Elaun Alat Perkakas
Elaun yang diberikan kepada pelajar/pegawai yang berkursus bagi menampung perbelanjaan pembelian alat-alat yang berkaitan dengan kursus seperti mesin kira, disket komputer dan sebagainya.Ianya layak bagi pelajar/pegawai yang mengikuti kursus selama sembilan bulan atau lebih.
Elaun Bantuan Keluarga (EBK)
Elaun yang diberikan kepada pegawai yang berkursus sebagai bantuan untuk menampung perbelanjaan keluarganya. Elaun ini layak diberikan kepada pegawai yang mengikuti kursus yang melebihi 12 bulan.
Elaun Bantuan Sewa Rumah (EBSR)
Elaun yang diberikan kepada pegawai yang berkursus sebagai bantuan untuk membayar sewa rumah di tempat kursus apabila keluarga berpindah bersama.Dalam hal ini, pegawai mestilah ,mengiuti kursus yang melebihi 12 bulan.Pegawai juga dikehendaki membuat pilihan samada memilih Imbuhan Tetap Perumahan di bawah gaji atau EBSR di bawah Biasiswa.
Elaun Buku
Elaun yang diberikan kepada pelajar/pegawai yang berkursus bagi menampung pembelian buku-buku teks/pengajian yang diperlukan semasa pembelajaran.Ianya layak bagi pelajar/pegawai yang mengikuti kursus selama sembilan bulan atau lebih.
Elaun Latihan Amali/ Klinikal/Kerja Lapangan/ Posting Elektif
Elaun yang diberikan kepada pelajar/pegawai yang berkursus untuk menampung kos-kos menjalani latihan amali ditempat-tempat latihan. Jarak di antara IPT/rumah kediaman dengan tempat latihan tersebut mestilah melebihi 25 km. Di samping itu, elaun ini hanya layak dibayar sekiranya tempoh latihan amali itu tidak melebihi 3 bulan.
Elaun Pakaian Panas
Elaun yabg diberikan kepada pelajar/pegawai yang berkursus bagi menampung pembelian pakaian musim dingin bagi pelajar/pegawai semasa berkursus di negara yang beriklim sederhana.
Elaun Penyelidikan
Elaun yang diberikan kepada pegawai yang berkursus Ijazah lanjutan di IPT dalam negara bagi menampung kos perbelanjaan di peringkat pungutan data dan kerja penyelidikan atau kajian perbandingan. Perbelanjaan yang terlibat meliputi penginapan, makanan,pengankutan pembantu penyelidik, penyediaan soal-selidik dan sebagainya.
Elaun Sara Hidup
Elaun yang diberikan kepada pelajar/pegawai yang berkursus untuk menampung kos perbelanjaan, tempat penginapan, penangkutan,alat-alat tulis, pakaian, rekreasi dan perbelanjaan runcit.
Elaun Tanggungan Keluarga (ETK)
Elaun yang diberikan kepada pegawai yang mendapat kelulusan Cuti Belajar Tanpa Gaji Dengan Biasiswa yang tidak membawa kelurga bersama semasa berkursus, samada diluar atau dalam negara.
Elaun Tesis
Elaun yang diberikan kepada pelajar/pegawai yang berkursus bagi menampung perbelanjaan penyediaan tesis sekiranya tesis tersebut diwajibkan oleh pihak universiti. Perbelanjaan penyediaan tesis termasuk upah menaip, pembelian kertas, membuat salinan bahan-bahan ( photocopy), penjilidan (binding) dan sebagainya.

Hadiah Latihan Persekutuan
Biasiswa yang diperturunkan di bawah vot persekutuan yang dikendalikan oleh Bahagian Latihan.

Kelayakan Yang Diiktiraf
Sesuatu sijil/diploma/ijazah yang telah dinilai dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan kelayakan bagi membolehkan pemegang kelayakan berkenaan dilantik ke perkhidmatan awam.
Kursus Jangka Panjang
Kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi 12 bulan termasuk hari kelepasan mingguan, kelapasan am dan cuti akademik.
Kursus Jangka Pendek
Kursus sepenuh masa yang tempohnya tidak melebihi 3 bulan atau 92 hari termasuk hari lepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik.
Kursus Jangka Sederhana
Kursus sepenuh masa yang tempohnya di antara 6 sehingga 9 bulan termasuk hari lepasan mingguan , kelepasan am dan cuti akademik.
Kursus Sambilan
Kursus yang dijalankan secara tidak sepenuh masa atau di luar waktu pejabat.
Kursus Sepenuh Masa
Kursus yang diikuti oleh seseorang pegawai yang diluluskan cuti belajar/cuti berkursus dimana dalam tempoh cuti belajar/cuti berkursus yang diluluskan itu pegawai meninggalkan tugas sepenuhnya untuk mengikuti kursus.

Latihan Dalam Perkhidmatan
Latihan yang berbentuk kursus jangka pendek, jangka sederhana, jangka panjang atau kursus sambilan yang diberi kepada pegawai dan kakitangan kerajaan.
Latihan Pra-Perkhidmatan
Latihan yang diberi kepada pelajar yang belum memasuki perkhidmatan kerajaan dengan mendapat penajaan kerajaan di institusi pengajian/latihan dalam dan luar negara.

Pelepasan Kontrak
Persetujuan kerajaan untuk melepaskan ikatan kontrak pelajar/pegawai selepas 6 bulan menamatkan pengajian/latihan atau 6 bulan selepas melapor diri bagi pelajar/pegawai luar negara dan tidak ditawarkan pekerjaan dalam tempoh tersebut.
Pelepasan Tuntutan Gantirugi
Persetujuan/kelulusan kerajaan untuk melepaskan pegawai/pelajar yang melanggar syarat perjanjian daripada dikenakan tuntutan gantirugi yang ditetapkan.
Penamatan Penajaan
Pemberhentian perkhidmatan dan bayaran ke atas pelajar seperti mana yang pernah diperolehi semasa tempoh tajaan.
Penangguhan Penajaan
Tempoh di mana pelajar dibenarkan meninggalkan pengajian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Penggantungan Kontrak
Persetujuan/kelulusan kerajaan yang diberikan kepada pelajar/pegawai untuk menangguhkan pelaksanaan ikatan kontrak bagi sesuatu tempoh dan atas sebab-sebab yang dipersetujui.
Penggantungan Penajaan
Tempoh penajaan digantung atas sebab-sebab disiplin, salah laku dan kelemahan akademik.
Perlanjutan Penajaan
Penambahan tempoh penajaan asal kepada satu tempoh tertentu bagi membolehkan pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya.
Pindaan/Pengubahsuaian Tempoh Tajaan
Pindaan/Pengubahsuaian tempoh penajaan dari satu tempoh asal kepada satu tempoh baru bersesuaian dengan perubahan dasar, sistem dan struktur bidang pengajian yang ditetapkan oleh sesebuah Institusi Pengajian.
Pinjaman
Bantuan kewangan yang diberikan kepada pegawai/pelajar yang mengikuti kursus d institusi pengajian di dalam dan luar negara dan perlu dibayar balik sepenuhnya.
Pinjaman Boleh Ubah
Bantuan kewangan yang diberi kepada pelajar/pegawai yang mengikuti kursus yang boleh diberi pengurangan jumlah bayaran balik sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Tempoh Kontrak
Merupakan satu tempoh yang ditetapkan di dalam perjanjian bagi pelajar/ pegawai berkhidmat dengan kerajaan selepas menamatkan pengajian/latihan dengan tajaan kerajaan.
Tuntutan Gantirugi
Jumlah yang ditetapkan didalam perjanjian yang perlu dibayar kepada kerajaan oleh pelajar/pegawai dan penjamin-penjamin sekiranya pelajar/pegawai melanggar mana-mana syarat perjanjian yang ditetapkan.
Tuntutan Gantirugi Penuh
Jumlah gantirugi yang ditetapkan dalam perjanjian yang perlu dibayar oleh pelajar/pegawai kepada kerajaan tanpa sebarang pengurangan jumlah bayaran.
Tuntutan Gantirugi ‘Proportionate
Sejumlah gantirugi yang telah diberi pengurangan (atas persetujuan oleh kerajaan) yang perlu dibayar oleh pelajar/pegawai kepada kerajaan berasaskan baki kontrak yang belum disempurnakan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.