Perkhidmatan | Perjawatan | Gaji, Elaun & Kemudahan | Faedah Persaraan | Pentadbiran & Kewangan | Latihan | INTAN | Penyelidikan & Perancangan | Psikologi | HRMIS
- Aktiviti ↑
- Aktiviti merujuk kepada program yang dilaksanakan mengikut objektif yang telah ditetapkan dalam organisasi
- Balanced Scorecard (BSC) ↑
- Balanced Score Card (BSC) adalah merupakan sistem pengurusan strategik iaitu sebagai alat pengukuran prestasi bagi mencapai misi sesabuah organisasi . BSC bukan sahaja sebagai sistem pengukuran, ianya adalah merupakan sistem pengurusan seimbang yang dapat menyalurkan tenaga, kemampuan, dan pengetahuan yang khusus yang dimiliki oleh semua pekerja dalam organisasi bagi mencapai matlamat strategik jangka panjang.
- Governance ↑
- Pendekatan dalam pengubalan dan perlaksanaan sesuatu dasar negara atau organisasi dimana penglibatan yang synergistic dari semua peringkat yang ada kepentingan seperti rakyat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta dan kesatuan sekerja .
- Jurulatih / Fasilitator ↑
- Individu atau kumpulan yang memberikan petunjuk untuk memudahkan sesuatu masalah / isu dalam proses pembelajaran. Seorang jurulatih mempunyai kemampuan, cara dan kemahiran dalam menyampaikan pengetahuan dan pengalaman kepada peserta. Pada kebiasaannya, jurulatih menggunakan berbagai kaedah bagi memastikan cara terbaik dalam membantu proses pembelajaran.
- Kaedah / Methods
- Kaedah merujuk kepada pendekatan yang digunakan oleh jurulatih sebagai cara untuk menyapaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih. Terdapat berbagai keadah yang boleh digunakan dalam pembelajaran. Kaedah yang biasa digunakan seperti syarahan, kajian kes, role play, perbincangan, demonstrasi, management games atau latihan semasa bekerja. Pemilihan keadah dalam latihan bergantung kepada:
- objektif sesuati sessi latihan
- bahan pembelajaran yang ada
- kekangan masa
- profil golongan sasar
- pengalaman juru latih
- kandungan dan subjek yang hendak disampaikan.
- Key Performance Indicator (KPI) ↑
- Key Performance Indicator atau KPIs adalah merupakan sistem atau cara pengukuran kepada faktor – faktor kritikal yang menyumbang kepada kecemerlangan sesabuah organisasi. Sebagai alat pengukuran prestasi, ianya mempunyai skor yang diterima bagi menentukan tahap pengukuran yang minima sesabuah organisasi mencapai tahap cemerlang.
- Kompetensi ↑
- Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi/ personality trait yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang anggota perkhidmatan awam akan meningkat jika ia mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan tugas atau tanggungjawab jawatan yang disandangnya.
- Kompetensi Fungsional ↑
- Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri - ciri peribadi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab sesuatu jawatan.
- Kompetensi Generik ↑
- Kompetensi generik merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungajwab sesuatu jawatan. Kompetensi Generik boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu core competencies dan professional competencies.
- Kompetensi Teras / Core Competencies ↑
- Kompetensi teras merujuk kepada ciri-ciri peribadi dan nilai asas yang ada kepada kakitangan perkhidmatan awam seperti disiplin, integriti, ketelusan dan akauntabiliti.
- Latihan ↑
- Persedian pembelajaran kepada pelatih di mana fokus kepada pekerjaan yang dilakukan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi
- Misi ↑
- Sesuatu matlamat yang ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh tertentu selaras dengan visi yang telah ditetapkan oleh organisasi .
- Model Kompetensi ↑
- Model kompetensi merujuk kepada satu konsep menyeluruh dari segi kemahiran, pengetahuan dan kelakuan-kelakuan utama yang diperlukan bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.
- Objektif ↑
- Objektif merujuk kepada komitmen pengurusan untuk mencapai matlamat prestasi serta dalam masa yang telah ditetapkan – di mana hasil yang dicapai mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi, visi dan nilai asas dalam organisasi.
- Pembangunan Sumber Manusia ↑
- Pembangunan Sumber Manusia merujuk kepada proses pembelajaran yang sediakan bagi sesuatu tujuan yang hendak dicapai dalam sesuatu masa yang ditetapkan dengan harapan berlakunya perubahan kepada perlakuan individu dalam organisasi.
- Pembelajaran ↑
- Pembelajaran adalah proses perubahan hasil dari pengalaman secara relatif ke atas pelakuan / behaviour. Ianya melibatkan setiap individu menerima pembelajaran mengikut keperluan masing-masing sama ada mengikut keadah eksperimen, menganalisis dan keupayaan menggunakan pengalaman hidup seharian.
- Pendidikan ↑
- Pendidikan merujuk kepada proses pembelajaran kepada individu yang berorentasikan masa hadapan bagi tujuan menyediakan kemahiran asas untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.
- Pengurusan Strategik / Strategic Management ↑
- Penentapan matlamat dan tujuan organisasi dan bagaimana pengurusan yang dirancangkan dapat mencapai matlamat yang ditetapkan secara menyeluruh.
- Penilaian / Evaluation ↑
- Proses yang sistematik bagi menentukan setakat mana objektif yang telah digariskan dapat dicapai. Ianya melibatkan membuat penilaian sejauhmana pelatih dapat menafaatkan dan membuat penilaian ke atas perasaan pelatih mengenai berbagai pendekatan dalam latihan (jurulatih, kaedah, kandungan, logistik, pengurusan latihan dan sebagainya) dan juga prestasi pelatih hasil dari program latihan yang diikuti.
- Penilaian Keperluan Latihan / Training Needs Assessment (TNA) ↑
- Penilaian Keperluan Latihan adalah merupakan proses yang sistematik bagi menentukan matlamat, mengenalpasti discrepancies antara matlamat dan status – quo, dan menentukan tindakan mengikut keutamaan. Ianya juga bagi menentukan gap antara yang seharus dengan yang hendak dicapai iaitu perbezaan antara tahap prestasi yang hendak dicapai dengan tahap pencapaian prestasi semasa.
- Perancangan Strategik ↑
- Perancangan strategik merujuk kepada proses pengurusan bagi membentuk visi, penetapan objektif, menyediakan strategi, dan melaksanakannya dan apabila sampai masa yang sesuai perlulah ada inisiatif untuk membuat pembetulan yang sesuai kepada visi, objektif, dan strategi di mana perlu.
- Perancangan Tenaga Manusia ↑
- Perancangan tenaga manusia merujuk kepada perancangan yang merangkumi aspek pembangunan ekonomi, pencapaian objektif organisasi atau sektor, guna tenaga yang produktif dan kemajuan sumber tenaga manusia.
- Stakeholder ↑
- Satu badan samada terdiri dari orang perseorang atau sekumpulan orang yang mempunyai kepentingan bagi memastikan organisasi mencapai satu tahap piawaian atau matlamat yang telah ditetapkan bersama dengan organisasi .
- Tahap kecekapan / Proficiency Level ↑
- Tahap kecekapan adalah mengenai peringkat atau tahap ‘proficiency’ kebolehan yang ditunjukkan oleh seseorang anggota dari peringkat yang bawah kepada satu tahap yang lebih tinggi dari segi kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan sesuatu tugas.
- Unjuran ↑
- Satu proses atau kaedah untuk mengetahui atau meramal keadaan keperluan sumber manusia pada masa hadapan dalam perancangan sumber manusia.
- Visi (wawasan) ↑
- Visi merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka panjang organisasi mengikut perspektif yang lebih luas
- Wastage / Attrition ↑
- Di dalam konteks perancangan tenaga manusia “wastage / attrition” merujuk kepada tenaga manusia yang meninggalkan organisasi seperti kematian, perletakan jawatan, kenaikan pangkat, dan persaraan.





