PANDUAN UMUM

 

  1. OBJEKTIF
  2. Objektif panduan ini adalah untuk menyediakan kaedah terperinci yang perlu diikuti oleh Ketua Jabatan dalam menimbang permohonan perbelanjaan dan melaksana kemudahan perubatan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001.

  3. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkara-perkara berikut-

a)

kelayakan pemohon adalah selaras dengan Perintah Am Bab ‘F’ (Perubatan) 1974 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993;

b)

tatacara pelaksanaan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001 diikuti oleh pemohon;

c)

prinsip bagi setiap jenis permohonan perbelanjaan dan kemudahan perubatan dipenuhi semasa mempertimbangkan permohonan;

d)

maklumat dalam borang permohonan dan dokumen sokongan adalah lengkap;

e)

butir perbelanjaan disokong dengan resit atau inbois atau surat sebutharga;

f)

semua permohonan mengikut borang yang betul dan disertakan dengan dokumen yang berkaitan seperti dinyatakan dalam Ringkasan Dokumen di muka surat 18;

g)

kelulusan diberi bagi permohonan yang mematuhi prinsip dan syarat yang ditetapkan sahaja;

h)

bayaran dibuat mengikut peraturan kewangan semasa setelah mendapat kelulusan;

i)

butir kelulusan perbelanjaan seperti di format di muka surat 19, direkodkan bagi tujuan perancangan, pengawalan dan semakan. Gunakan helaian yang berlainan bagi setiap kategori perbelanjaan seperti berikut-

  1. perbelanjaan ubat;
  2. perbelanjaan alat;

(ii)

 

 

 

  1. perbelanjaan perkhidmatan perubatan, rawatan kemandulan dan rawatan penyakit buah pinggang; dan
  2. perbelanjaan rawatan kepakaran, kecemasan dan luar negeri.
  1. HAL-HAL LAIN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

Ketua Jabatan hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut-

a)

merujuk kepada peraturan induk iaitu Perintah Am Bab ‘F’ (Perubatan) 1974 bagi permohonan untuk anggota/pesara, suami/isteri dan anak atau Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1993 bagi permohonan untuk ibu bapa kepada anggota yang memilih Sistem Saraan Baru;

b)

merujuk kepada borang SARAUBAT JPA (PPK) atau surat pengesahan pakar perubatan bagi langkah dalam carta aliran kerja yang memerlukan semakan perakuan dan pengesahan pegawai perubatan;

c)

merujuk ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Perkembangan Perubatan, bagi langkah dalam carta aliran kerja yang memerlukan perakuan Ketua Pengarah Kesihatan atau sokongan KKM;

d)

merujuk ke KKM, Bahagian Perkembangan Perubatan jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai ubat, alat, perkhidmatan dan rawatan; dan

e)

merujuk ke KKM, Bahagian Kewangan jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai kemudahan di Institut Jantung Negara Sendirian Berhad.

  1. KELULUSAN PERMOHONAN

    Permohonan perbelanjaan perubatan anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan hendaklah dikemukakan ke Jabatan masing-masing dan permohonan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen dikemukakan ke JPA, Bahagian Pencen untuk kelulusan kecuali permohonan perbelanjaan rawatan kepakaran di hospital swasta dan rawatan di luar negeri perlu dipanjangkan ke JPA, Bahagian Saraan untuk kelulusan.

  2. Sebarang pertanyaan berhubung dengan panduan ini bolehlah dikemukakan ke JPA, Bahagian Saraan, Cawangan Elaun dan Kemudahan.

 

 

(iii)