|
Rujukan:
SURAT AKU JANJI Saya, …………………………………………………………, No. Kad
Pengenalan …………………….. beralamat di ……………………………………………………………………………………………………
dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling
dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluar dan
dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan
saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu
saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya: (i)
akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan
Agong, negara dan Kerajaan; (ii)
akan sentiasa melaksanakan tugas dengan
cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; (iii)
tidak akan membelakangkan tugas awam demi
kepentingan peribadi saya; (iv)
tidak akan berkelakuan dengan cara yang
mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam saya; (v)
tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh
menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan
peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan
saya sebagai pegawai awam; (vi)
tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai
pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri; (vii)
tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh
memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan awam; (viii)
tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh
atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai
lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan (ix)
tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan
dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Saya sesungguhnya faham bahawa jika
saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan
tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. ………………………………… ………….……………………………….
(Tandatangan Pegawai)
(Jawatan
Pegawai) Di
Hadapan: ………………………………………. (Tandatangan
Ketua Jabatan) ………………………………………………………………………… (Nama
dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan) ………………………………. ………………………………………….. (Tarikh) (Cap
Rasmi Jabatan)
|