LAMPIRAN A
TUGAS PEGAWAI KAUNSELING DI AGENSI AWAM
- Merancang, menyelaras dan memberikan perkhidmatan kaunseling yang merangkumi empat (4) aspek:
- pertumbuhan dan perkembangan;
- pencegahan;
- intervensi; dan
- pemulihan.
- Menjalankan sesi kaunseling secara individu dan berkelompok.
- Mengadakan ceramah, syarahan, bengkel, seminar dan sebagainya.
- Menjadi perantara sebelum merujuk klien kepada pihak psikiatrik.
- Menyimpan semua fail/rekod/sesi kaunseling untuk tujuan tindakan susulan (follow up) dan statistic.
- Membantu menjalankan ujian/inventori psikologi, analisis dan kaji selidik.
- Mengadakan aktiviti kaunseling selaras dengan aktiviti unit.
- Mengambil maklumat dan data-data anggota yang bermasalah.
- Bertanggungjawab melaporkan kepada Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan.
- Bertanggungjawab melaporkan aktiviti kaunseling sekurang-kurangnya 6 bulan sekali kepada Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA.
- Mengkaji/merancang cadangan tatatindak penubuhan unit kaunseling di kementerian/jabatan