
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 1999
PINDAAN SYARAT LANTIKAN DAN GAJI PERMULAAN KELAYAKAN SIJIL
INSTITUT PERTANIAN (SIP) BARU BAGI SKIM-SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERTANIAN
GRED G8, PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E7,
PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q8 DAN PEMBANTU
TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N9
TUJUAN
LATAR BELAKANG
PINDAAN
|
Perbekalan Dalam Skim |
Pindaan |
Pertanian Gred G8 Perbekalan Syarat Lantikan 1(d) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G8:P1T2) |
Perbekalan Syarat Lantikan 1(d) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred G8:P1T8) |
|
Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E7:P1T8)
|
|
Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q8:P1T8)
|
Perbekalan Syarat Lantikan 1(e)
|
Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N9:P1T8) |
TARIKH KUATKUASA
PELAKSANAAN
5.1 Lantikan baru bagi anggota yang memiliki kelayakan SIP baru ke perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan yang mensyaratkan kelayakan masuk tersebut pada atau selepas 1 September 1999 iaitu dari tarikh keluarnya Pekeliling Perkhidmatan ini diberi gaji permulaan P1T8. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) bagi anggota yang dilantik dengan kelayakan SIP baru adalah mengikut 4 TPG yang ditetapkan. Contoh TPG bagi tahun berikutnya adalah seperti di Lampiran A.
5.2 Anggota yang sedang berkhidmat yang memiliki kelayakan SIP baru pada atau selepas 1 Julai 1996 dan berada di matagaji P1T7 dan ke bawah dipindahkan ke matagaji permulaan baru P1T8 pada 1 Julai 1996 atau tarikh pelantikan mengikut mana yang berkenaan. TPG asal hendaklah dipinda pada tahun berikutnya selepas pelarasan ke gaji permulaan baru. Contohnya adalah seperti di Lampiran B1 dan B2.5.3 Bagi anggota yang sedang berkhidmat yang memiliki kelayakan SIP baru pada atau selepas 1 Julai 1996 dan berada di matagaji P1T7 dan ke bawah yang belum disahkan dalam perkhidmatan kerana dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda atau tanpa denda juga diselaraskan ke gaji permulaan baru P1T8. Contoh pelarasan gaji dan perubahan TPG adalah seperti di Lampiran B3 dan B4.
5.4 Anggota yang sedang berkhidmat yang memiliki kelayakan SIP lama dan gajinya berada di matagaji P1T7 dan ke bawah dipindahkan ke matagaji P1T8 dengan syarat telah disahkan dalam perkhidmatan pada 1 Julai 1996. TPG baru anggota berubah pada 1 Julai tahun berikutnya seperti di Lampiran B5.
5.5 Anggota yang sedang berkhidmat yang memiliki kelayakan SIP lama dan gajinya berada di matagaji P1T7 dan ke bawah yang belum disahkan dalam perkhidmatan diselaraskan ke gaji permulaan baru P1T8 pada tarikh anggota tersebut disahkan. TPGnya berubah mengikut tarikh ulang tahun pengesahan perkhidmatan pada tahun berikutnya. Bagi anggota yang belum disahkan dalam perkhidmatan kerana dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda atau tanpa denda juga diselaraskan ke gaji permulaan baru P1T8 pada tarikh anggota tersebut disahkan. Contoh pelarasan gaji dan TPG baru anggota berkenaan adalah seperti di Lampiran B6 dan B7.
5.6 Anggota yang sedang berkhidmat dan memiliki SIP lama yang TPG asalnya sama dengan tarikh kuatkuasa 1 Julai 1996 dan layak diberi pelarasan gaji hendaklah diberi pergerakan gaji tahunan asal mengikut keputusan Panel Penyelarasan Penilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji (PPG) terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke gaji permulaan baru P1T8 atau P2T8 atau P3T8 mengikut mana berkenaan. TPG anggota berkenaan akan berubah pada 1 Julai tahun berikutnya. Walau bagaimanapun sekiranya selepas diberi pergerakan gaji tahunan, gaji anggota tersebut berada di matagaji P1T8 atau P2T8 atau P3T8 mengikut mana berkenaan maka gaji anggota itu tidak perlu diselaraskan lagi. Contoh pelarasaan gaji anggota berkenaan adalah seperti di Lampiran B8 dan B9.
5.7 Anggota yang sedang berkhidmat dan memiliki kelayakan SIP lama dan gajinya berada di matagaji P1T7 dan ke bawah yang layak diberi pelarasan ke gaji permulaan baru pada 1 Julai 1996 dengan TPG asalnya pada 1 Oktober 1996, hendaklah diberi pergerakan gaji mengikut keputusan PPG pada TPG asal tersebut atas gaji baru. TPG anggota yang terlibat berubah pada 1 Julai mulai tahun 1997. Contoh pelarasan gaji dan TPG baru adalah seperti di Lampiran B10.
5.8 Anggota yang sedang berkhidmat yang memiliki kelayakan SIP lama dan gajinya berada di matagaji P1T8 atau P2T8 atau P3T8 dan ke atas mengikut mana berkenaan serta yang berada dalam gred kenaikan pangkat pada 1 Julai 1996 adalah tidak terlibat dalam pelarasan gaji ini.
HADIAH PERGERAKAN GAJI (HPG)
PEMBATALAN
PEMAKAIAN
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
![]()
( TAN SRI DATO’ SAMSUDIN BIN OSMAN )
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
KUALA LUMPUR
1 September 1999
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan