TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan membatalkan
arahan pengurangan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP)
sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
12 Tahun 1997.
LATAR BELAKANG
2. Selaras dengan keputusan Kerajaan sebagaimana
dijelaskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1999, maka arahan pengurangan
ITK, ITKA, EK atau EKA bagi anggota Perkhidmatan Awam ditarik balik.
PELAKSANAAN
3. Ketua Jabatan hendaklah membayar semula kadar
ITK atau ITKP, mana yang berkenaan atas kadar yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 8 Tahun 1988 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1996.
TARIKH KUATKUASA
4. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa
mulai 1 Ogos 1999.
PEMBATALAN
5. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan
ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1997 adalah dibatalkan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
( TAN SRI DATO’ SAMSUDIN BIN OSMAN )
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
KUALA LUMPUR
SEPTEMBER 1999