
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan
keputusan kerajaan untuk memberi Imbuhan Tahunan
kepada anggota perkhidmatan
awam persekutuan bagi tahun 1999.
LATAR BELAKANG
2. Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan
Tahunan bagi tahun 1999 dibayar kepada anggota perkhidmatan
awam persekutuan sebagai
tanda penghargaan kerajaan ke atas sumbangan dan khidmat bakti mereka kepada
negara.
Kadar yang diputuskan adalah
sebanyak satu bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000.00. Kadar Imbuhan
Tahunan ini adalah termasuk
Bantuan Khas Kewangan yang diberi berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
4
Tahun 1999.
PELAKSANAAN
Anggota Yang Layak
3. Imbuhan Tahunan dibayar kepada anggota tetap
(anggota di bawah Sistem Saraan Baru dan Jawatankuasa Kabinet
1976), sementara, sangkut,
sambilan, kontrak (termasuk anggota bagi projek khas Kerajaan) dan guru
sandaran yang
berkhidmat dalam tahun 1999.
4. Anggota lain yang layak Imbuhan Tahunan adalah seperti berikut –
a. anggota yang bercuti separuh gaji termasuk cuti belajar ;
b. anggota yang dikenakan hukuman tatatertib seperti berikut –
(i) amaran untuk anggota awam;
(ii) amaran atau amaran keras untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia;
dan
(iii) amaran untuk Anggota Kanan Polis, Polis DiRaja Malaysia dan
celaan atau celaan keras untuk Anggota
Rendah Polis dan Konstabel serta Anggota Rendah Polis dan Konstabel Tambahan.
c. pemandu
yang dilantik oleh anggota Jawatan Utama ‘B’ dan ke atas serta Gred Khas
‘A’ yang layak pemandu
tetapi tidak disediakan pemandu oleh Jabatannya; dan
d.. anggota kontrak
yang putus perkhidmatannya selama satu hari sebelum disambung semula perkhidmatan
kontraknya.
Anggota Yang Tidak Layak
5. Anggota yang berkhidmat dalam tahun 1999 tetapi tidak layak Imbuhan Tahunan adalah seperti berikut–
a. anggota
dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf;
b. anggota
kontrak yang bergaji lebih daripada RM4,980.00 yang dianggap setaraf dengan
anggota dalam Kumpulan
Pengurusan Tertinggi;
c. anggota
yang mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tahun 1999;
d. anggota
yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman-hukuman yang
dinyatakan di perenggan 4 b(i),
(ii) dan (iii);
e. anggota
yang berkhidmat di agensi yang diasingkan pengurusan saraannya;
f.
anggota yang dipinjamkan ke badan-badan antarabangsa dan syarikat swasta
sepanjang tahun 1999;
g. anggota
yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam atau dibersarakan atas
kepentingan perkhidmatan
awam dalam tahun 1999; dan
h. Kakitangan
Ambilan Tempatan pejabat perwakilan di luar negeri.
Anggota Yang Ditangguhkan Pemberian Imbuhan Tahunan
6. Anggota yang ditahan kerja, digantung kerja atau
surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib,
ditangguhkan pemberian
Imbuhan Tahunannya. Anggota hanya layak dibayar Imbuhan Tahunan sekiranya
Pihak
Berkuasa Tatatertib mendapati
anggota tersebut tidak bersalah atau anggota hanya dikenakan hukuman tatatertib
seperti
yang dinyatakan di perenggan 4
b(i), (ii) dan (iii).
Kaedah Pembayaran
7. Kadar Imbuhan Tahunan adalah sebanyak sebulan
gaji atau RM1,000.00 bagi anggota yang menerima gaji kurang
daripada RM1,000.00 sebulan.
8. Bayaran Imbuhan Tahunan dibuat secara penuh
bagi anggota yang berkhidmat mulai Januari hingga Disember 1999
dengan ditolak Bantuan Khas
Kewangan RM600.00 yang diterima oleh anggota. Imbuhan Tahunan penuh adalah
berdasarkan gaji bulan Disember
1999.
9. Manakala bagi anggota yang berkhidmat kurang
daripada 12 bulan pada tahun 1999, bayaran Imbuhan Tahunan adalah
dibuat secara proportionate
berdasarkan gaji akhir diterima pada tahun 1999 dengan ditolak Bantuan
Khas Kewangan
yang diterima oleh anggota.
10. Sekiranya jumlah Imbuhan Tahunan setelah ditolak
Bantuan Khas Kewangan 1999 adalah negatif maka jumlah tersebut
tidak perlu dikutip
balik daripada anggota.
11. Bagi tujuan pembayaran Imbuhan Tahunan, maksud gaji anggota adalah termasuk juga perkara–perkara berikut -
a.
elaun Pemangkuan bagi anggota yang memangku;
b.
gaji yang diberi atas sebab pinjaman bagi anggota yang dipinjamkan ;
c.
pendahuluan gaji lapan peratus, jika ada, bagi anggota di bawah Jawatankuasa
Kabinet 1976.
12. Anggota yang bersara/ meninggal dunia/ letak jawatan/
tamat perkhidmatan/ tamat kontrak, tempoh perkiraan Imbuhan
tahunan secara
proportionate adalah mengikut genap satu bulan perkhidmatan berdasarkan
gaji akhir yang diterima.
13. Tempoh anggota tidak dibayar gaji sepanjang sesuatu
bulan tidak diambilkira dalam perkiraan Imbuhan Tahunan. Bagi
anggota yang bercuti
tanpa gaji, tempoh perkiraan Imbuhan Tahunan secara proportionate adalah
mengikut genap
satu bulan perkhidmatan.
14. Anggota yang bersara dalam tahun 1999 dan dilantik
semula sebagai anggota sementara atau anggota kontrak, dibayar
Imbuhan Tahunan
secara proportionate berdasarkan kepada gaji akhir yang diterima
sebelum bersara, dan gaji atas
jawatan sementara
atau kontrak.
15. Anggota yang dinaikkan pangkat/ dipinjamkan/ ditukar
sementara atau bertukar skim perkhidmatan pada pertengahan
bulan, perkiraan Imbuhan
Tahunan bagi bulan itu dan tempoh sebelumnya hendaklah dibuat secara proportionate
berdasarkan gaji jawatan
lama. Bagi tempoh selepas bulan berkenaan perkiraan hendaklah dibuat secara
proportionate
berdasarkan gaji jawatan
baru.
16. Bagi anggota sambilan, perkiraan genap satu bulan
perkhidmatan adalah dengan syarat mereka bekerja tidak kurang
daripada 21 hari dalam
sebulan kecuali 19 hari dalam bulan Februari 1999.
17. Imbuhan Tahunan ini tidak boleh diselaraskan jika
berlaku pelarasan gaji selepas tahun ini yang melibatkan pindaan gaji
anggota pada tahun
1999.
18. Anggota yang layak akan dibayar dalam empat ansuran
iaitu maksimum RM400.00 pada bulan November 1999 dan
bakinya dibayar sama
rata pada bulan Disember 1999, Januari dan Februari 2000.
19. Contoh pelaksanaan Imbuhan Tahunan adalah seperti
di LAMPIRAN.
JABATAN YANG MEMBAYAR IMBUHAN TAHUNAN
20. Bagi anggota yang berkhidmat di beberapa
Jabatan, pembayaran ansuran Imbuhan Tahunan adalah menjadi tanggungan
Jabatan di mana
anggota ditempatkan pada bulan pembayaran.
PERUNTUKAN KEWANGAN
21. Pegawai Pengawal adalah diminta berunding
dengan Kementerian Kewangan mengenai peruntukan yang diperlukan.
TARIKH KUATKUASA
22. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai
tarikh ianya dikeluarkan.
PEMAKAIAN
23. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa
masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya
dipanjangkan kepada
semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
![]()
( TAN SRI DATO’ SAMSUDIN BIN OSMAN )
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
KUALA LUMPUR
20 November 1999
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y. B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan