
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1999
HARI REHAT SABTU BAGI SEKTOR AWAM
DI NEGERI KEDAH, NEGERI TERENGGANU DAN AGENSI PERSEKUTUAN NEGERI KELANTAN
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk membatalkan Hari Rehat Khamis dan melaksanakan kemudahan Hari Rehat Sabtu bagi sektor awam di Negeri Kedah, Negeri Terengganu dan semua agensi persekutuan di Negeri Kelantan.
LATAR BELAKANG
2. Kerajaan telah melaksanakan kemudahan Hari Rehat Sabtu atau Hari Rehat Khamis bagi sektor awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1998. Di atas permintaan Kerajaan Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Terengganu, maka bagi maksud keseragaman, Kerajaan bersetuju membatalkan Hari Rehat Khamis dan sebaliknya melaksanakan kemudahan Hari Rehat Sabtu di Negeri Kedah, Negeri Terengganu dan semua agensi persekutuan di Negeri Kelantan.
PELAKSANAAN
3. Kemudahan Hari Rehat Sabtu ditetapkan pada hari Sabtu pertama setiap bulan.
4. Sekiranya kemudahan Hari Rehat Sabtu jatuh pada Hari Kelepasan Am, maka hari Sabtu berikutnya dijadikan Hari Rehat Sabtu bagi bulan berkaitan.
5 Kemudahan ini perlu diganti dengan -
6. Waktu Pejabat baru adalah seperti berikut -
| Minggu Pertama | |
| Sabtu | Hari Rehat Sabtu |
| Ahad - Khamis | 0800 - 1615 |
| Jumaat | Hari Rehat Mingguan |
|   | |
| Minggu Seterusnya | |
| Sabtu - Rabu | 0800 - 1615 |
| Khamis | 0800 - 1238 |
| Jumaat | Hari Rehat Mingguan |
7. Hari Rehat Sabtu hanya terpakai bagi anggota sektor awam yang bekerja lima Hari Bekerja Penuh dan satu Hari Bekerja Separuh dalam seminggu.
8. Bagi anggota sektor awam yang diarah bertugas lebih masa pada Hari Rehat Sabtu, pengiraan Bayaran Lebih Masa hendaklah mengikut kadar gandaan Hari Rehat Mingguan.
PEMBATALAN
9. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka peruntukan mengenai Hari Rehat Khamis di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1998 adalah dibatalkan.
TARIKH KUATKUASA
10. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa dengan serta - merta.
PEMAKAIAN
11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
( DATUK SAMSUDIN BIN OSMAN )
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
KUALA LUMPUR
25 Februari 1999
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y. B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan