LAMPIRAN A
BIDANG TUGAS KEWANGAN
PENGURUSAN DAN KAWALAN BELANJAWAN
Menyediakan dan mengemaskinikan belanjawan tahunan
Mengurus dan mengawal peruntukan
Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan
PENGURUSAN KEWANGAN AM
Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar
Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan
Menguruskan keselamatan peti besi atau bilik kebal di mana wang awam dan barang bernilai disimpan
Menguruskan, memantau Akaun bank
Mengurus dan mengendalikan pengedaran wang tunai dan cek
Mendapatkan semula dan mengakaunkan perbelanjaan tidak rasmi atau terlebih bayar
Menyelenggara dokumen-dokumen/borang-borang kewangan terkawal
Mengendalikan buku daftar cek terimaan
PENGURUSAN TERIMAAN
Mengurus pengebilan semua jenis terimaan wang awam
Menerima semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit-resit rasmi Kerajaan.
Mengumpul dan menyerahkan terimaan wang awam serta salinan dokumen/laporan terimaan kepada anggota yang bertanggungjawab
Menyelenggara buku tunai cerakinan
Menyediakan slip masuk bank, Penyata Pemungut dan memasukkan terimaan ke Bank
Menyediakan dan mengemukakan laporan kira-kira wang tunai bulanan.
PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN
Menguruskan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja
PENGURUSAN BAYARAN EMOLUMEN
Menguruskan hal ehwal bayaran gaji, elaun, upah, KWSP dan lain-lain potongan gaji anggota
Menyediakan sijil gaji akhir anggota
Menerima, memproses dan mengagih wang tunai, cek dan laporan gaji kepada pihak-pihak yang berkaitan
Menerima dan memproses borang perubahan gaji dan baucar-baucar
PENGURUSAN PEMBAYARAN
Menguruskan semua jenis bayaran selain bayaran emolumen anggota
Menyedia dan memproses borang pengujudan akaun bayar pukal
Menyemak bil. STMB, TNB, MAS dan lain-lain agensi di dalam sistem Bayaran Pukal dengan laporan Bayaran Pukal BP21 dalam mengambil tindakan susulan
Menyelenggarakan daftar bil termasuk rekod pembatalan cek
Mengurus dan menyelenggarakan cek dari segi pembatalan, penggantian, pembukaan palang dan penahanan cek
Membantu menguruskan kredit pembekal
Menyelenggara, mengemaskini dan mengedarkan jadual kadar pertukaran matawang asing.
PENGURUSAN AKAUN
Menyelenggara, mengemaskini, memantau akaun vot/amanah/hasil/deposit
Menyelenggara dan mengemaskinikan akaun subsidiari termasuk penyesuaian dengan akaun kawalan
Menyelenggara buku daftar dokumen-dokumen kewangan
Menyedia dan mengagihkan laporan kewangan dan perakauanan
Mengesah dan memantau pengesahan akaun vot/amanah/hasil/deposit
Membantu menyediakan Akaun Awam termasuk laporan Akauntan Negara Malaysia
Mengurus cek terbatal
PENGURUSAN PELABURAN DAN PINJAMAN
Membantu dalam menguruskan pelaburan atau pinjaman dalam dan luar negeri.
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia