
KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA
BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 1999
TUJUAN
1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan Khas Kewangan kepada anggota sektor awam.
LATAR BELAKANG
2. Selaras dengan hasrat kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan dan kebajikan anggota sektor awam, Kerajaan telah membuat keputusan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM600.00 bagi tahun 1999. Bantuan Khas Kewangan ini adalah sebagai satu pemberian ihsan atau bantuan "one-off" untuk tahun 1999 yang bertujuan untuk meringankan bebanan perbelanjaan dan juga sebagai penghargaan Kerajaan terhadap anggota sektor awam yang telah membantu mewujudkan iklim perhubungan industri yang positif, sesuai dengan hasrat memulihkan ekonomi negara.
PELAKSANAAN
3. Bantuan Khas Kewangan diberi kepada semua anggota dalam sektor awam yang sedang berkhidmat dalam tempoh Julai hingga Disember 1999 termasuk pemandu yang dilantik oleh anggota Jawatan Utama 'B' dan ke atas serta Gred Khas 'A' yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh Jabatannya.
4. Anggota yang layak akan dibayar RM100.00 sebulan mulai bulan Julai hingga Disember 1999.
5. Anggota yang tidak layak Bantuan Khas Kewangan ini adalah seperti berikut -
TARIKH KUATKUASA
6. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Julai 1999.
PEMAKAIAN
7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
![]()
(TAN SRI DATO' SAMSUDIN BIN OSMAN)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
KUALA LUMPUR
Tarikh: 18 Jun 1999
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan