LAMPIRAN 'A'

JPA(S)324/14/24-1/Klt.11

 

SKIM PERKHIDMATAN

 

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
SKIM PERKHIDMATAN : JURURAWAT PERGIGIAN
TARIKH KUATKUASA : 1.7.1996

 

 

GRED JADUAL GAJI
Gred U8 :

P1T1 RM755

P1T26 RM1943

P2T1 RM802

P2T26 RM2087

P3T1 RM851

P3T26 RM2214

Gred U7 :

P1T1 RM1283

P1T19 RM2339

P2T1 RM1330

P2T19 RM2462

P3T1 RM1379

P3T19 RM2583

Gred U6 :

P1T1 RM2009

P1T10 RM2867

P2T1 RM2078

P2T10 RM3014

P3T1 RM2150

P3T10 RM3174

Gred U5 :

P1T1 RM2486

P1T7 RM3146

P2T1 RM2600

P2T7 RM3284

P3T1 RM2719

P3T7 RM3433

Gred U4 :

P1T1 RM2926

P1T6 RM3586

P2T1 RM3063

P2T6 RM3748

P3T1 RM3205

P3T6 RM3915

 

 

SYARAT LANTIKAN 1.

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) terdiri daripada warganegara;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) 

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(ii) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Kelayakan Jururawat Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred U8: P1T6);

DAN 

(d) lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN 2.

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan  Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak  dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U8, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) mempunyai kelayakan di para 1(c) di atas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

PENETAPAN GAJI PERMULAAN 3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred U8  boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
TEMPOH PERCUBAAN 4.

(a) Jururawat Pergigian Gred U8 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 3 tahun.

(b) Jururawat Pergigian Gred U8 yang memasuki perkhidmatan melalui kenaikan pangkat secara lantikan tidak dikehendaki melalui tempoh percubaan.

 

LATIHAN 5. Jururawat Pergigian boleh dikehendaki mengikuti kursus latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

 

PEPERIKSAAN/KURSUS INDUKSI 6.

(a) Jururawat Pergigian Gred U8 dalam percubaan  adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

(b) Jururawat Pergigian Gred U8 yang memasuki perkhidmatan melalui kenaikan pangkat secara lantikan dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi sebelum disahkan dalam perkhidmatan.

 

PENGESAHAN DALAM

PERKHIDMATAN

7.

(a) Jururawat Pergigian Gred U8 yang dilantik  adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

(i) memenuhi tempoh percubaan;

(ii) hadir dengan jayanya Kursus Induksi yang ditetapkan; dan

(iii) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

(b) Jururawat Pergigian Gred U8 yang memasuki perkhidmatan melalui kenaikan pangkat secara lantikan boleh disahkan dalam perkhidmatan bila-bila masa sahaja selepas 1 tahun apabila telah:-

(i) memenuhi syarat di para 6(b) di atas; dan

(ii) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 8. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan  akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi kecemerlangan perkhidmatan.

 

KURSUS KENAIKAN PANGKAT 9. Ketua Jabatan/Perkhidmatan boleh menetapkan kursus  untuk tujuan kenaikan pangkat jika diperlukan.

 

KENAIKAN PANGKAT KE GRED U7 10.

Jururawat Pergigian Gred U8 adalah layak

 dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U7 yang kosong apabila telah:-

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap kecemerlangan perkhidmatan yang ditetapkan;

(c) 

(i) hadir dengan jayanya kursus kenaikan pangkat yang ditetapkan seperti di para 9 di atas jika berkenaan; atau

(ii) memiliki "Sijil Mengajar" dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; dan

(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

 

KENAIKAN PANGKAT KE GRED U6 11.

Jururawat Pergigian Gred U7 adalah layak  dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U6 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap kecemerlangan perkhidmatan yang ditetapkan;

(b) hadir dengan jayanya kursus kenaikan pangkat yang ditetapkan seperti di para 9 di atas jika berkenaan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

 

KENAIKAN PANGKAT KEGRED U5 12.

Jururawat Pergigian Gred U6 adalah layak  dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U5 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap kecemerlangan perkhidmatan yang ditetapkan;

(b) hadir dengan jayanya kursus kenaikan pangkat yang ditetapkan seperti di para 9 di atas jika berkenaan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

 

KENAIKAN PANGKAT GRED U4 13.

Jururawat Pergigian Gred U5 adalah layak  dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U4 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap kecemerlangan perkhidmatan yang ditetapkan;

(b) hadir dengan jayanya kursus kenaikan pangkat yang ditetapkan seperti di para 9 di atas jika berkenaan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.