Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran JPA
-
Kriteria Bayaran Balik Pinjaman
Semua pelajar tajaan JPA yang menerima tajaan dalam bentuk pinjaman adalah dikehendaki membayar balik pinjaman mereka kepada kerajaan. Wang bayaran balik ini akan digunakan semula untuk menaja pelajar-pelajar yang baru. Pelajar di peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) yang menerima Pinjaman Boleh Ubah boleh memohon untuk mendapatkan diskaun sebanyak 75% dari jumlah sebenar pinjaman yang diluluskan sekiranya memenuhi isyarat seperti berikut:-
- Mendapat keputusan peperiksaan dengan baik sekurang-kurangnya ditahap Kelas Kedua Rendah atau CGPA 2.75 DAN
- Menamatkan pengajian dengan jayanya dalam tempoh tajaan asal tanpa sebarang perlanjutan.
Manakala bagi pelajar yang menerima pinjaman biasa dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan/diterima.
Bagi pelajar-pelajar yang ditaja di peringkat Integrasi/Diploma, mereka dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang diterima tanpa sebarang pengurangan.
Semua pelajar diminta mengambil perhatian bahawa tiada sebarang peruntukan yang membolehkan status Pinjaman diubah kepada Biasiswa walaupun pelajar berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.
Bagi pelajar-pelajar yang ditaja melalui Pinjaman Boleh Ubah, yang tidak mencapai keputusan seperti yang dinyatakan di para 2 di atas atau gagal menamatkan pengajian atau ditamatkan penajaan sebelum menamatkan pengajian diperlukan membayar balik keseluruhan pinjaman yang diterima/diluluskan tanpa sebarang pengurangan.
Tempoh dan kadar ansuran bulanan akan ditentukan oleh JPA. Kelonggaran boleh diberi :-
- Untuk dikurangkan kadar bayaran ansuran pada kadar yang munasabah yang dipersetujui oleh JPA.
- Untuk ditangguhkan bayaran bagi sesuatu tempoh tertentu jika mempunyai alasan yang munasabah dengan disertakan bukti kukuh dan dipersetujui oleh JPA.
-
Tindakan Yang Perlu Diambil Peminjam
Peminjam dikehendaki membayar balik pinjaman selepas 6 bulan menamatkan pengajian atau mendapat pekerjaan tetap mengikut mana yang terdahulu. Notis tuntutan akan dikemukakan kepada peminjam bagi maksud ini. Peminjam dinasihatkan menghubungi JPA dengan segera sekiranya tidak menerima notis bayaran balik selepas tempoh 6 bulan tamat pengajian.
Peminjam di bawah Pinjaman Boleh Ubah khususnya di peringkat Ijazah Pertama (Kepujian), diminta mengemukakan salinan keputusan peperiksaan/transkrip yang rasmi berserta salinan Ijazah yang disahkan dengan kadar segera bagi tujuan pertimbangan pengurangan bayaran balik pinjaman. Sekiranya gagal mengemukakan perkara ini, tuntutan bayaran balik 100% akan dilaksanakan.
Peminjam bertanggungjawab memaklumkan kepada JPA jika terdapat sebarang perubahan alamat termasuk alamat penjamin-penjaminnya berserta dengan nombor telefon (rumah dan pejabat) serta e-mail (jika ada) untuk memudahkan perhubungan apabila diperlukan.
Bagi tujuan memudahkan Jabatan ini memantau berhubung cara bayaran balik yang akan dibuat, peminjam dikehendaki mengisi borang JPA(L)PP1 - Pindaan 1/98 (akan dihantar oleh JPA bersama-sama notis tuntutan) dan mengembalikannya dengan segera. (Sila klik di sini untuk mendapatkan borang JPA(L) PP1 - Pindaan 1/98)
-
Kaedah Pembayaran Pinjaman JPA
Tunai. Bayaran boleh dibuat di :-
- Kaunter Bayaran, Unit Penguatkuasaan Perjanjian, Bahagian Latihan JPA, Aras 4, Blok C1, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA
- Kaunter Bayaran Sementara Medan MARA, Tingkat 2, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-26934190.
i) Bayaran Melalui Online.
Pembayaran secara online boleh dibuat melalui laman web maybank iaitu: http://www.maybank2u.com.my.
- Kaunter Bayaran, Unit Pengurusan Bayaran Balik Pinjaman, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 4, Blok C1, Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya. No. Telefon 03-88853447; dan
- Kaunter Bayaran Balik Pinjaman Dan Gantirugi Suite 5.4, Level 5, Maju Junction Mall,1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur. No Telefon:03-26917590/03-26934120.
-
Pegawai Yang Boleh Dihubungi
Sekiranya peminjam mempunyai sebarang kemusykilan berhubung urusan bayar
balik pinjaman, sila hubungi pegawai yang disenaraikan di bawah:-PEGAWAI UNIVERSITI NO. TELEFON E-MAIL PN.SURIYATI UKM, UIA,UM,FRANCE, SINGAPORE 0388853455/3474 suriyati@jpa.gov.my PN LENA UTM, UiTM, JERMAN 0388853461/3475 lena@jpa.gov.my CIK SHAHRINA IZWA UUM, POLI, MYANMAR, JEPUN, URUSAN BAYARAN TERLBIH BAYAR,
PEMBERITAHUAN POTONGAN GAJI0388853458/3447/3469 izwa.rahni@jpa.gov.my CIK ZURIATI AZWA USM, PPITM, USA, INDONESIA, ULN, PMC, PCM,IMU, MSM
SHERAS, RUSSIA, KOLEJ, PAKISTAN, INTEC, INDIA,NEW ZEALAND, UNITED0388853454/3471 azwa.akhsan@jpa.gov.my -
Alamat Surat Menyurat, No Telefon & No Faks.
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian pembangunan Modal Insan
Unit Pengurusan Bayaran Balik Pinjaman
Aras 4, Blok C1, Parcel C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya.Talian Telefon Utama JPA: 03 - 88853000/03-88853447
No Faks : 03 - 88892169*Apabila berurusan dengan JPA sila pastikan disebut nombor rujukan JPA(L) dan pusat pengajian yang dihadiri, Nombor rujukan peminjam adalah nombor kad pengenalan (lama dan baru).
-
Semakan Baki Akaun
Para peminjam boleh menyemak baki pinjaman mereka melalui Laman Web Interaktif JPA. Hanya peminjam yang telah menerima notis tuntutan sahaja yang boleh menyemak penyata akaun.
Laman Web Interaktif JPA boleh dilawati pada alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/ .
Key-in no rujukan JPA iaitu no.kad pengenalan lama atau baru (rujuk kepada perjanjian yang ditandatangani) dan klik “CARI”.
-
Peringatan Penting
Apabila berurusan dengan JPA sila pastikan disebut nombor rujukan JPA(L) diikuti dengan no kad pengenalan seperti yang tercatat dalam perjanjian yang ditandatangani dan pusat pengajian yang dihadiri. Nombor rujukan peminjam adalah nombor kad pengenalan (lama dan baru).
ii) Arahan kepada bank (Standing Instruction).
Peminjam perlu memaklumkan kepada bank masing-masing yang menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah ditujukan atas nama Ketua Pengarah Perkidmatan Awam Malaysia
iii) bank draf/Kiriman wang/Cek.
Bayaran hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Sila catatkan nama dan nombor rujukan JPA iaitu no. Kad Pengenalan (baru dan lama) di belakang Bank Draf/Kiriman/Cek tersebut.
iv)Potongan gaji.
JPA akan mengeluarkan surat arahan potongan kepada majikan peminjam berdasarkan kepada borang JPA(L) PP1 - pindaan 1/98 yang dilengkapkan oleh peminjam. Sekiranya terdapat perubahan alamat majikan, peminjam boleh terus menghubungi JPA melalui telefon atau e-mail seperti yang disenaraikan di bawah.
v)Bayaran Melalui Pejabat Pos.
Setiap peminjam yang menerima notis tuntutan akan menerima bil tuntutan dalam tempoh 2 bulan dari Tarikh Mula Bayar. Bagi peminjam yang telah menerima bil, pembayaran boleh dibuat secara tunai di setiap Pejabat Pos berkomputer dan caj perkhidmatan akan di kenakan sebanayak RM 2.00 bagi setiap urusniaga.
vi) Tunai.
Bayaran secara tunai boleh dibuat di:-






