Sponsorship Programme For Post Graduate and Professional RSS

Penajaan Biasiswa Bagi Ijazah Sarjana & Profesional

  • Pendahuluan

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan kemudahan biasiswa kepada bekas pelajar-pelajar tajaan JPA yang memenuhi
    syarat-syarat dan criteria permohonan yang telah ditetapkan untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana/Profesional di dalam dan luar negara.Syarat-syarat dan Kriteria Permohonanabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan kemudahan biasiswa kepada bekas pelajar-pelajar tajaan JPA yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria permohonan yang telah ditetapkan untuk

    mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Profesional di dalam dan luar negara.

  • Syarat-Syarat dan Kriteria Permohonan

    Syarat Umum:-

    • Pelajar telah ditaja oleh JPA di bawah Skim Biasiswa semasa mengikuti Ijazah Pertama.
    • Pelajar perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh setahun sebaik sahaja menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan telah mendapat tawaran bagi pengajian di peringkat Sarjana/Profesional.
    • Pelajar perlu mendapat Kelas Pertama atau CGPA 3.75 di peringkat Ijazah Pertama
    • Bagi pelajar tajaan di Jepun, Pelajar hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya 85% gred A dan B dengan peratus gred
      A sebanyak 50% daripada keseluruhan subjek / matapelajaran yang diambil dan lulus semasa pengajian peringkat ijazah pertama.

    Syarat Khusus:-

    • Bidang Sains dan Teknologi
      • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di dalam Negara
        • Pelajar perlu memperolehi Kelas Pertama atau CGPA 3.50 ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.
      • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di luar Negara
        • Pelajar perlu memperolehi Kelas Pertama atau CGPA 3.75 ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.
      • Bagi pelajar tajaan di Jepun
        • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di Dalam Negara
          • Pelajar perlu memperolehi sekurang-kurangnya 80% gred A dan B dengan peratus gred A sebanyak 50% daripada keseluruhan subjek / matapelajaran yang diambil dan lulus semasa pengajian peringkat ijazah pertama.
        • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di Luar Negara
          • Pelajar perlu memperolehi sekurang-kurangnya 85% gred A dan B dengan peratus gred A sebanyak 50% daripada keseluruhan subjek / matapelajaran yang diambil dan lulus semasa pengajian peringkat ijazah pertama.
    • Bidang Sains Sosial
      • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di dalam dan luar Negara
        • Pelajar perlu memperolehi Kelas Pertama atau CGPA 3.75 ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.
      • Bagi pelajar tajaan di Jepun :
        • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di dalam Negara
          • Pelajar perlu memperolehi sekurang-kurangnya 80% gred A dan B dengan peratus gred A sebanyak 50% daripada keseluruhan subjek / matapelajaran yang diambil dan lulus semasa pengajian peringkat ijazah pertama.
        • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di luar Negara
          • Pelajar perlu memperolehi sekurang-kurangnya 85% gred A dan B dengan peratus gred A sebanyak 50% daripada keseluruhan subjek / matapelajaran yang diambil dan lulus semasa pengajian peringkat ijazah pertama.
    • Bidang Profesional
      • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di dalam Negara
        • Pelajar perlu memperolehi CGPA 3.50 ke atas atau setaraf dengannya pada peringkat Ijazah Pertama.
      • Kelayakan Akademik Untuk Pengajian di Luar Negara
        • Pelajar perlu memperolehi Kelas Pertama atau CGPA 3.75 ke atas atau setaraf dengannya pada peringkat Ijazah Pertama
        • Bidang Pengajian di Dalam dan Luar Negara ACCA/CIMA/CLP/RIBA
  • Borang Permohonan

    Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman web JPA.

    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, atau Ketua Kampung / Penghulu. Bagi pelajar yang telah berada di luar negara pengesahan boleh juga dibuat oleh Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / Pegawai Penasihat Latihan / Jabatan Penuntut Malaysia yang juga dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Bahagian Latihan
    Aras 4,5 & 6, Blok C1, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 Putrajaya

    *Sila catatkan Borang Sarjana di bahagian atas sebelah kiri sampul surat

  • Tarikh Tutup Permohonan

    Tarikh tutup permohonan adalah mengikut ketegori permohonan seperti di bawah:-

    • Program Sarjana / Profesional di luar negara ialah pada 31 Januari, 30 April, 31 Julai dan 31 Oktober setiap tahun.
    • Program Sarjana / Profesional di dalam negara ialah pada 30 Jun dan 30 November setiap tahun.
    • Bagi permohonan di negara Jepun, tarikh tutup ialah sekali sahaja iaitu pada 30 April setiap tahun.
  • Dokumen Sokongan

    Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :-

    • Kad Pengenalan
    • Surat tawaran kemasukan ke universiti (sarjana).
    • Semua transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama dan Skrol Ijazah.
  • Maklumat Lanjut

    Maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila tulis ke alamat berikut:-

    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Bahagian Latihan
    Aras 4,5 & 6, Blok C1, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 Putrajaya

    Program Sarjana/Profesional Universiti Luar Negara
    Tel :03-88853394
    Faks : 03-88892170
    Email :Penajaan Luar Negara - lspln@jpa.gov.my

    Program Sarjana/Profesional Universiti Dalam Negara
    Tel : 03-88853416
    Faks : 03-88892170
    Email: Penajaan Dalam Negara: lspdn@jpa.gov.my

Last modified on June 4th, 2008 at 5:05 pm