Latihan Dasar Pandang ke Timur
-
Pendahaluan
Dasar Pandang Ke Timur (DPT) telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 8 Februari 1982. DPT merupakan satu dasar untuk mencontohi negara-negara Timur yang telah membangun dengan pesat seperti negara Jepun dan Korea Selatan. Dasar ini menekankan tentang pentingnya unsur-unsur ketekunan dan disiplin dalam kerja, perasaan taat setia pada negara, semangat kumpulan, keinginan menambah daya pengeluaran negara, meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran dan merapatkan hubungan di antara golongan majikan dan pekerja. Strategi dasar ini adalah ditujukan kepada pembentukan sumber tenaga manusia menerusi penerapan nilai-nilai dan etika kerja yang terdapat di Jepun dan Korea Selatan dengan cara-cara bagaimana untuk meninggikan daya pengeluaran dan mutu kerja, mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi, membangunkan masyarakat Malaysia yang tekun, rajin, berdisiplin dan bekerja mengikut nilai-nilai dan etika kerja yang baik.
DPT telah dilaksanakan melalui program-program penghantaran pegawai-pegawai awam dan swasta serta pelajar-pelajar ke negara Jepun dan Korea Selatan untuk mengikuti latihan sama ada dalam bentuk akademik di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) atau
“on-job training” di syarikat-syarikat dan institusi awam di dua negara berkenaan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Unit Dasar Pandang Ke Timur, Bahagian Latihan telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur, menyusun dan menjalankan program-program selaras dengan matlamat DPT.
-
Objektif
Mencontohi dan menerapkan nilai-nilai etika kerja yang baik dan positif;
Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi, dan
Mempelajari sistem pengurusan dan organisasi negara-negara maju di timur seperti Jepun dan Korea Selatan yang boleh meningkatkan produktiviti serta menyumbang ke arah kemajuan negara Malaysia.
-
Program-Program Di Bawah DPT
Program Ijazah Pertama / Diploma
- Program penajaan yang dibuka kepada pelajar lepasan SPM/SPMV.
- Pelajar perlu mengikuti program persediaan dalam negeri di pusat persediaan yang ditetapkan sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti dan Kolej Teknikal di Jepun atau Korea Selatan.
- Bidang-bidang yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, Sains Sosial dan Pergigian dan Farmasi.
- Penajaan adalah dalam bentuk biasiswa di mana pelajar yang tamat akan dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan untuk suatu tempoh yang ditentukan mengikut peringkat pengajian.
Program Ijazah Lanjutan
- Program-program penajaan yang ditawarkan bagi pengajian ijazah lanjutan adalah seperti berikut:-
- Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) - terbuka kepada pegawai-pegawai kerajaan yang layak.
- Biasiswa Monbukagakusho - terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak.
- Pegawai-pegawai yang layak akan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana atau Ph.D di universiti-universiti di Jepun.
Program Perkongsian Ekonomi - Economic Partnership Training Programme (EPP)
- Economic Partnership Training Program merupakan salah satu projek di bawah Perjanjian Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun (JMEPA) yang telah ditandatangani bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun pada bulan Disember 2005.
- Melalui EPP, 1000 pelatih akan dihantar ke Jepun dalam tempoh 10 tahun di bawah pembiayaan bersama di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun.
- Program-program latihan di bawah EPP meliputi pelbagai bidang mengikut keperluan semasa dan tidak terhad kepada pembangunan sumber manusia serta ICT sahaja. Secara prinsipnya, program ini akan mengambilkira keperluan semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan, di mana JPA akan menjadi agensi pusat yang akan menyelaras pelaksanaan program-program latihan di bawah EPP.
Program Latihan Pembangunan dan Pengurusan Pegawai - Pegawai Eksekutif - Executive Development Programme (EDP)
- Program latihan untuk pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan professional dan kumpulan sokongan.
- Program ini berlangsung dalam tempoh 19 hari.
- Latihan diadakan di Central Official Training Institute (COTI), Korea.
Seminar Pengurusan Eksekutif Di Jepun (EMS)
- Program ini termasuk di bawah Program Perkongsian Ekonomi (EPP).
- Program latihan untuk pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional.
- Program ini berlangsung dalam tempoh tiga hingga empat minggu.
Program Latihan Teknikal Dan Perindustrian (In-Plant)
- Program ini termasuk di bawah Program Perkongsian Ekonomi (EPP).
- Program latihan secara �on-job training� yang menjurus kepada bidang-bidang teknikal.
- Program ini berlangsung dalam tempoh tiga hingga empat minggu.
Program Latihan Pegawai Muda (Young Leaders Programme)
- Program yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun untuk pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berumur tidak lebih dari 35 tahun.
- Bidang-bidang yang ditawarkan adalah seperti Pembangunan Sumber Manusia (Human Resource), Ekonomi dan Pelaburan (Economic and Investment), Teknologi Maklumat (Information Technology), Pendidikan (Education) dan Pembangunan Masyarakat (Community Development).
- Program ini berlangsung dalam tempoh 18 hari di Jepun.
Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea (Malaysia-Korea Youth Exchange Programme)
- Program persahabatan dan pertukaran yang dibiayai bersama oleh Kerajaan Korea Selatan dan Malaysia untuk pegawai dan kakitangan kerajaan yang tidak lebih dari 35 tahun.
- Program ini berlangsung dalam tempoh 10 hari di Korea.
-
Maklumat Lanjut
Iklan mengenai kursus yang ditawarkan akan diedarkan kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi yang terlibat.
Iklan juga akan disiarkan di laman Portal ini dicapaian ” Kursus & Penajaan ”
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program penajaan , sila tulis ke alamat berikut:-
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Latihan Aras 4, 5 & 6,
Blok C1, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya.
(up: Unit Dasar Pandang Ke Timur)Tel : 03-88853434
Fax: 03-88892172
E-Mail:dpt@jpa.gov.my -
Pegawai Yang Boleh Dihubungi
Siti Zaharah binti Omar
Ketua Unit Dasar Pandang Ke Timur,
Bahagian Latihan
Tel: 03-88853060
e-Mel: ct@jpa.gov.myNorainnie Bt. Muzlan
Program Monbukagakusho, Ijazah Lanjutan (Sarjana & Kedoktoran) dan Program Perkongsian Ekonomi (EPP).
Tel: 03-88853430
e-Mel: aini.muzlan@jpa.gov.myNoor Hidayu Bt. Hashim
Program Pengajian ijazah Jepun, Program Pengajian Diploma Jepun, Program Pengajian Diploma Kejuruteraan Korea.
Tel: 03-88853431
e-Mel: hidayu.hashim@jpa.gov.myCik Siti Haslina Bt. Hashim
Program Latihan Pembangunan dan Pengurusan Pegawai-pegawai Eksekutif di COTI,
Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea, Program Latihan Pegawai Muda.
Tel: 03-88853432
e-Mel: sitihaslina@jpa.gov.my





