Pengiktirafan Kelayakan RSS

UTAMA | PENGENALAN | PRINSIP & KRITERIA | PROSES & PERMOHONAN | SEMAKAN PENGIKTIRAFAN | HUBUNGI KAMI

Pelanggan budiman yang dihormati,

Semakan pengesahan pengiktirafan bagi tujuan pelantikan dan permohonan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam boleh dibuat secara online di SEMAKAN PENGIKTIRAFAN. Pihak Berkuasa Melantik (PBM) adalah diarahkan untuk membuat semakan didalam talian di URL seperti diatas seperti arahan didalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008. Sekiranya tidak berjaya membuat semakan didalam talian, PBM boleh menyemak dengan Unit Pengiktirafan Kelayakan, JPA dengan menulis surat, menaip email atau membuat panggilan telefon. Sila rujuk HUBUNGI KAMI untuk alamat, email, dan no. telefon.

Semakan secara bertulis oleh PBM perlulah disertakan salinan Sijil, Diploma, dan Ijazah beserta transkrip/ keputusan peperiksaan. Lepasan Indonesia perlu juga mengemukakan visa sepanjang tempoh pengajiannya.

Cetakan dari www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp boleh digunakan untuk tujuan pelantikan dan permohonan jawatan. Selain itu, ianya boleh digunakan juga untuk tujuan penajaan/pinjaman pengajian dan pendaftaran dengan agensi Kerajaan termasuk pendaftaran bidang dengan Kementerian Kewangan, dsbnya.

Sekian, salam hormat.

Ketua Penolong Pengarah
Unit Pengiktirafan Kelayakan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
PUTRAJAYA