Pengurusan Kerjaya
-
Pendahuluan
Fungsi utama unit ini adalah memastikan pelajar-pelajar tajaan JPA di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan Program Tajaan Dalam Negara melapor diri setelah menamatkan pengajian. Tujuannya adalah memastikan mereka berkhidmat dengan Kerajaan seperti mana yang termaktub dalam syarat-syarat perjanjian yang telah ditetapkan.
-
Keperluan Melapor Diri
Salah satu daripada syarat-syarat yang termaktub di dalam Perjanjian Biasiswa Persekutuan ialah lapor diri setelah tamat pengajian.
- Pelajar yang mengikuti Pengajian di universiti, kolej atau institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri dengan seberapa segera yang boleh kepada kerajaan selepas menamatkan pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak;
- yang mengikuti Pengajian di universiti, kolej atau institusi di dalam Malaysia hendaklah melaporkan diri kepada pihak Kerajaan seberapa segera yang boleh setelah menamatkan Pengajiannya sama ada dengan jayanya atau tidak.
-
Dokumen
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan bagi tujuan melapor diri adalah seperti berikut:
- Borang Pendaftaran Tamat Pengajian [JPA(L)PTP-Pin. 1/07]
- Salinan Ijazah/ Surat Pengesahan Senat (salinan perlu disahkan)
- Salinan transkrip peperiksaan (salinan perlu disahkan)
- Bukti permohonan pekerjaan dengan Pihak Berkuasa Melantik Persekutuan (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)
Pelajar-pelajar adalah dinasihatkan untuk melapor diri di Jabatan ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat tajaan/ pengajian, mana-mana yang terdahulu.
Carta Aliran Bagi Urusan Pelantikan Pegawai Perubatan/ Pergigian/ Farmasi
-
Maklumat Lanjut
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Latihan
Unit Pengurusan Kerjaya
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya.
Tel: 03-8885 3059/ 3375/ 3376/ 3379/ 3382/ 3398/ 3669
Faks: 03-8881 0744





