Local Degree/Diploma Programme RSS

Program Ijazah & Diploma dalam Negara

Program Tajaan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam Bagi Pengajian Dalam Negara Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Multimedia dan Universiti Tenaga Nasional) dan Politeknik

  • Pendahaluan

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan program penajaan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke:

    • Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan 3 IPT Swasta iaitu Universiti Teknologi Petronas(UTP), Multimedia Universiti (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN); dan
    • Peringkat Diploma di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Tajaan Ke Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Di IPT Awam dan 3 IPT Swasta (UTP, MMU dan UNITEN)

    Institusi-Institusi tajaan adalah seperti berikut:-

    • Universiti Malaya;
    • Universiti Kebangsaan Malaysia;
    • Universiti Teknologi Malaysia;
    • Universiti Putra Malaysia;
    • Universiti Sains Malaysia;
    • Universiti Malaysia Sabah;
    • Universiti Malaysia Sarawak;
    • Universiti Utara Malaysia;
    • Universiti Islam Antarabangsa;
    • Universiti Teknologi MARA;
    • Universiti Darul Iman;
    • Universiti Malaysia Terengganu;
    • Universiti Teknikal Malaysia Melaka;
    • Universiti Teknologi Tun Hussein Onn;
    • Universiti Sains Islam Malaysia;
    • Universiti Malaysia Pahang;
    • Universiti Malaysia Perlis ;
    • Universiti Tenaga Nasional;
    • Universiti Multimedia; dan
    • Universiti Teknologi Petronas.

    Bidang/Kursus
    Bidang/Kursus yang ditaja adalah seperti berikut :

    • Bidang Kritikal
      • Perubatan, Pergigian dan Farmasi.
    • Sains Tulin
      • Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Sains Hayat
    • Sains Gunaan
      • Perubatan Vaterinar, Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi / Sains Makanan, Perikanan / Sains Samudera, Sains Alam Sekitar, Sains Fizik & Gunaan dan Komputer.
    • Sastera Ikhtisas
      • Ekonomi / Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan / Pentadbiran Awam, Perakaunan / Kewangan, Undang-Undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan & Maklumat.
    • Sastera
      • Sastera dan Sains Sosial, Sains Pembangunan, Psikologi, kaunseling, Komunikasi, Kemanusiaan / Kemasyarakatan.
    • Teknologi
      • Kejuruteraan, Alam Bina / Seni Bina, Ukur Tanah / Bahan, Perumahan, Bangunan dan Perancangan.
    • Pengajian Islam
      • Syariah dan Usulluddin.

    Iklan Dan Permohonan

    • Iklan tawaran biasiswa akan disiarkan dalam beberapa akhbar utama tempatan, laman web JPA dan portal eSILA pada bulan Jun/Julai setiap tahun
    • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) sahaja dengan melayari http://esila.jpa.gov.my atau setelah iklan disiarkan (pada bulan Jun/Julai setiap tahun).
    • Permohonan adalah percuma.

    Syarat-Syarat Permohonan

    • Pemohon hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:-
      • Syarat Umum
        • Warganegara Malaysia;
        • Umur tidak melebihi 24 tahun bagi pengajian di IPTA/IPTS pada 1 Julai tahun penawaran; dan
        • Terbuka kepada pelajar tahun pertama (kemasukan semester November/Disember Sesi sebelumnya atau Semester Satu Sesi penawaran) yang telah menerima surat tawaran kemasukan dari mana-mana IPT yang disenaraikan di perenggan 2.1
      • Syarat Khusus
        • pemohon berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred 2A dalam 7 mata pelajaran;
        • pemohon berkelulusan Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia / Universiti Islam Antarabangsa atau berkelulusan foundation / Alpha di bawah Institusi Pengajian Tinggi perlu mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.30;
        • pemohon berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu memperolehi sekurang-kurangnya Prinsipal B dalam 4 mata pelajaran;
        • pemohon berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) perlu memperolehi sekurang-kurangnya 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan; atau
        • pemohon berkelulusan diploma perlu mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.30.
      • Pemohon yang diterima masuk ke IPT di perenggan 2.1 sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda perlu memenuhi salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

        Catatan: pemohon yang mendapat tawaran kemasukan ke IPT Awam bagi mengikuti kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat di perenggan 2.4(a)(iii) dan 2.4(b) di atas.

    • Calon-Calon Yang Tidak Layak Memohon:
      • pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan;
      • pelajar-pelajar yang telah memasuki Tahun 2 dan ke atas;
      • pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda, diploma lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesuatu Jabatan / agensi;
      • kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan;
      • pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / asasi sains / pra-universiti / alpha / foundation;
      • pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan awam atau swasta dan diluluskan cuti separuh gaji;
      • pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa; atau
      • pelajar / pegawai yang mengikuti Kursus-kursus Eksekutif.
  • Tajaan Peringkat Diploma di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

    Institusi / Kursus Tajaan

    • Tajaan adalah meliputi semua bidang / kursus peringkat Diploma yang ditawarkan di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.

    Iklan Dan Permohonan

    • Permohonan tajaan biasiswa bagi pengajian peringkat Diploma di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi akan diiklankan melalui Jabatan Hal-Hal Pelajar di semua Politeknik dan laman web JPA.
    • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) sahaja dengan melayari
      http://esila.jpa.gov.my atau setelah iklan disiarkan (pada bulan Julai setiap tahun).
    • Permohonan adalah percuma.

    Syarat-Syarat Permohonan
    Pemohon hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:

    • warganegara Malaysia;
    • terbuka kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja;
    • umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai tahun penawaran;
    • telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari Sesi sebelumnya atau pada bulan Julai Sesi penawaran;
    • mendapat sekurang-kurangnya 6C (kepujian) dalam bahasa Melayu; dan
    • memperolehi sekurang-kurangnya 4B dalam 6 mata pelajaran lain.

    Calon-Calon Yang Tidak Layak Memohon:

    • pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan umum dan khusus yang ditetapkan;
    • pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil;
    • pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas;
    • pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan;
    • pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma;
    • pelajar yang sedang mengikuti Kursus Jarak Jauh / separuh masa; atau
    • pelajar yang mempunyai Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan / Agensi.
  • Maklumat Lanjut

    Maklumat lanjut mengenai program penajaan biasiswa bagi pengajian dalam negara boleh diperolehi sama ada melalui surat, telefon atau email seperti butiran di bawah:-

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Bahagian Latihan
    Aras 5, Block C1, Komplek C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 PUTRAJAYA
    (u/p: Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan - Dalam Negara)

    Talian Utama : 03-88853000
    Talian Hotline : 03-88853049
    Fax: 03-88810745 atau 88892171
    e-Mail : lspdn@jpa.gov.my