Salary and Allowance RSS

Soalan Lazim Gaji dan Elaun

Gaji & Elaun

  1. Apakah syarat-syarat untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat Ortopedik dan Anggota Palsu (Artificial Limbs)?
  2. Bagaimana kaedah untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat-alat Ortopedik dan Anggota Palsu?
  3. Apakah mesyuarat yang berkaitan dengan Majlis Bersama Kebangsaan dan Majlis Bersama Jabatan dan jumlah kadar yang boleh diberi Cuti Tanpa Rekod atau kebenaran meninggalkan kerja?
  4. Apakah Jenis Kemudahan Rawatan Perubatan Yang Layak Dinikmati Oleh Anggota Perkhidmatan Awam?
  5. Bolehkah Dijelaskan Mengenai Kelayakan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Anggota Sambilan?
  6. Apakah Syarat-Syarat Kerja Yang Membolehkan Seseorang Menuntut Bayaran Lebih Masa (BLM)?
  7. Sekiranya Seseorang Anggota Itu Pejabatnya Di Kuala Lumpur (Dimana Hari Ahad Adalah Hari Rehat Mingguannya), Dan Diarah Bekerja Pada Hari Ahad Semasa Bertugas Di Kedah (Dimana Hari Jumaat Adalah Hari Rehat Mingguannya); Adakah Anggota Itu Layak Menuntut Bayaran Lebih Masa (BLM) Atas Kadar Hari Rehat Mingguan?
  8. Bagaimana Pula Sekiranya Hari Kelepasan Am Jatuh Pada Hari Rehat Mingguan Bagi Anggota Yang Bekerja Secara Giliran?
  9. Adakah Pegawai Yang Diluluskan Bertukar Di Atas Permohonan Sendiri Layak Menuntut Bayaran Perpindahan Dan Pihak Mana Yang Meluluskan Bayaran Perpindahan Tersebut?
  10. Apakah Kelayakan Pegawai Apabila Pegawai/Ahli Keluarga Dirujuk Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Luar Stesen?
  11. Berapakah Kelayakan Cuti Sakit Dan Cuti Sakit Lanjutan Dalam Setahun Dan Siapakah Pihak Berkuasa Yang Boleh Meluluskannya?

Gaji & Elaun

  1. Penilaian: +123

    Positive Negative

    Apakah syarat-syarat untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat Ortopedik dan Anggota Palsu (Artificial Limbs)?

    Syarat-syarat untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat Ortopedik dan Anggota Palsu (Artificial Limbs) adalah:

    1. anggota dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen.
    2. keluarga anggota dan keluarga pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen:
      1. Suami/ isteri;
      2. Anak-anak :
        • di bawah 18 tahun jika ditanggung sepenuhnya:
        • di bawah 21 tahun jika masih belajar; dan
        • tiada had umur bagi anak yang daif.
    3. telah mendapat rawatan di hospital/ klinik Kerajaan.
    4. Alat yang diperlukan tidak dapat dibekal atau disediakan oleh hospital/ klinik Kerajaan.
    5. Pegawai Perubatan Kerajaan memperakukan keperluan alat dan mengesahkan alat tidak dapat disedia atau dibekal oleh hospital/ klinik Kerajaan atas sebab-sebab tertentu.
    6. Permohonan alat disokong oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Walaupun sesuatu alat selain Alat Ortopedik dan Anggota Palsu yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan, ia tidak secara automatiknya boleh dibekal atau ditanggung oleh Kerajaan. Alat-alat yang tidak ditanggung oleh Kerajaan hendaklah ditanggung sendiri oleh pegawai, pesara dan pesakit.

  2. Kembali ke atas

  3. Penilaian: +14

    Positive Negative

    Bagaimana kaedah untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat-alat Ortopedik dan Anggota Palsu?

    Kaedah untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat-alat Ortopedik dan Anggota Palsu adalah:

    1. Permohonan alat untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memenuhi syarat akan diluluskan oleh Ketua Jabatan setelah mendapat sokongan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:

      1. Borang SARAUBAT JPA (AM);
      2. Borang SARAUBAT JPA (PPK); dan
      3. Dokumen sebut harga/ resit pembelian bagi alat bantuan yang dipohon.
    2. Permohonan alat untuk keluarga pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Ketua Jabatan. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
      1. Borang SARAUBAT JPA (AM);
      2. Borang SARAUBAT JPA (PPK);
      3. Dokumen sebut harga/ resit pembelian bagi alat bantuan yang dipohon; dan
      4. Sokongan/ perakuan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
    3. Permohonan alat untuk pesara atau keluarga pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam. Permohonan akan diluluskan setelah mendapat sokongan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
      1. Borang JPA. BP. UBAT. B03;
      2. Borang SARAUBAT JPA (PPK); dan
      3. Dokumen sebut harga/ resit pembelian bagi alat bantuan yang dipohon.
  4. Kembali ke atas

  5. Penilaian: +32

    Positive Negative

    Apakah mesyuarat yang berkaitan dengan Majlis Bersama Kebangsaan dan Majlis Bersama Jabatan dan jumlah kadar yang boleh diberi Cuti Tanpa Rekod atau kebenaran meninggalkan kerja?

    Mesyuarat yang berkaitan dengan Majlis Bersama Kebangsaan dan Majlis Bersama Jabatan yang boleh diberi cuti tanpa rekod atau kebenaran meninggalkan kerja (time-off) kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang dikehendaki menghadiri:

    1. Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan di peringkat Kebangsaan;
    2. Mesyuarat Majlis Pihak Pekerja yang diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan;
    3. Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan;
    4. Mesyuarat yang dipanggil oleh Kerajaan atau Jabatan di mana pegawai hadir mewakili Kesatuan Sekerja; dan
    5. Konvensyen 2 tahun sekali yang diadakan untuk memilih anggota Majlis Pihak Pekerja.

    Kadar cuti tanpa rekod atau kebenaran meninggalkan kerja (time-off) yang boleh diberi adalah mengikut tempoh sebenar mesyuarat. Kelulusan Cuti tanpa Rekod atau kebenaran meninggalkan kerja (time-off) diberi oleh Ketua Jabatan.

  6. Kembali ke atas

  7. Penilaian: +18

    Positive Negative

    Apakah Jenis Kemudahan Rawatan Perubatan Yang Layak Dinikmati Oleh Anggota Perkhidmatan Awam?

    1. Rawatan pesakit luar/dalam di hospital/klinik kerajaan termasuk hospital-hospital universiti;
    2. Rawatan- luar negeri yang diluluskan oleh Jemaah Pegawai bagi Rawatan Luar Negeri;
    3. Rawatan kepakaran di hospital swasta dalam negeri yang tidak terdapat di hospital kerajaan, yang diperaku oleh Lembaga Perubatan Hospital Kerajaan dan disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) serta diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
    4. Rawatan jantung di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB);
    5. Rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri yang berdekatan dengan tempat kejadian kecemasan, bagi kes yang memerlukan rawatan serta merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan diluluskan oleh Ketua Jabatan;
    6. Rawatan kemandulan (primary infertilitiy) di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diperakukan oleh pakar LPPKN dan diluluskan oleh Ketua Jabatan;
    7. Perbelanjaan perubatan bagi kemudahan yang diperakukan dan disahkan oleh pegawai perubatan hospital Kerajaan tidak dapat dibekal atau disediakan oleh hospital Kerajaan serta diluluskan oleh Ketua Jabatan, yang meliputi -
      1. Permohonan perbelanjaan ubat;
      2. Permohonan perbelanjaan alat ortopedik/anggota palsu (artificial limbs);
      3. Permohonan perbelanjaan perkhidmatan perubatan (CT Scan, MRI); dan
      4. Permohonan perbelanjaan rawatan penyakit buah pinggang (Hemodialisis/CAPD)
  8. Kembali ke atas

  9. Penilaian: +38

    Positive Negative

    Bolehkah Dijelaskan Mengenai Kelayakan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Anggota Sambilan?

    Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2005, anggota sambilan adalah layak diberi 1 hari cuti rehat bergaji penuh bagi setiap kali genap 23 hari bekerja tetapi tidak melebihi tujuh hari dalam setahun kalendar. Bilangan hari bekerja yang melayakkan anggota sambilan diberi cuti rehat bergaji penuh tidak dihadkan kepada hari bekerja dalam sesuatu bulan tertentu sahaja bahkan anggota boleh mengumpul hari bekerja dalam bulan yang lain tetapi hendaklah dalam tahun yang sama.

  10. Kembali ke atas

  11. Penilaian: +37

    Positive Negative

    Apakah Syarat-Syarat Kerja Yang Membolehkan Seseorang Menuntut Bayaran Lebih Masa (BLM)?

    Syarat-syarat kerja tersebut ialah -

    1. Kerja-kerja kecemasan;
    2. Kerja-kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan;
    3. Kerja-kerja yang melebihi dari tugas biasanya; dan
    4. Kerja-kerja yang perlu diurus dalam masa terhad.
  12. Kembali ke atas

  13. Penilaian: +48

    Positive Negative

    Sekiranya Seseorang Anggota Itu Pejabatnya Di Kuala Lumpur (Dimana Hari Ahad Adalah Hari Rehat Mingguannya), Dan Diarah Bekerja Pada Hari Ahad Semasa Bertugas Di Kedah (Dimana Hari Jumaat Adalah Hari Rehat Mingguannya); Adakah Anggota Itu Layak Menuntut Bayaran Lebih Masa (BLM) Atas Kadar Hari Rehat Mingguan?

    Anggota berkenaan layak menuntut BLM atau kadar Hari Rehat Mingguan kerana BLM dikira berdasarkan di mana terletaknya ibu pejabat pegawai berkenaan.

  14. Kembali ke atas

  15. Penilaian: +26

    Positive Negative

    Bagaimana Pula Sekiranya Hari Kelepasan Am Jatuh Pada Hari Rehat Mingguan Bagi Anggota Yang Bekerja Secara Giliran?

    Bagi anggota yang bekerja secara giliran, jika Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Rehat Mingguan, maka Hari Kelepasan Am itu adalah ditunda pada hari berikutnya. Sebagai contoh, sekiranya Hari Rehat Mingguan anggota ditetapkan pada hari Isnin, dan Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Isnin tersebut, maka Hari Kelepasan Am akan ditunda pada hari berikutnya, iaitu hari Selasa. Jika Ketua Jabatan menghendaki anggota bertugas pada hari Isnin, maka pegawai adalah layak dibayar BLM atas kadar Hari Rehat Mingguan, dan jika dikehendaki bertugas pada hari Selasa, maka anggota adalah layak dibayar BLM atas kadar Hari Kelepasan Am.

  16. Kembali ke atas

  17. Penilaian: +133

    Positive Negative

    Adakah Pegawai Yang Diluluskan Bertukar Di Atas Permohonan Sendiri Layak Menuntut Bayaran Perpindahan Dan Pihak Mana Yang Meluluskan Bayaran Perpindahan Tersebut?

    1. Pegawai yang diluluskan bertukar di atas permohonan sendiri layak menuntut bayaran perpindahan dalam keadaan berikut -
      Pegawai telah berkhidmat selama lima tahun di stesen berkenaan;
    2. Memohon bertukar untuk mengikut suami/isteri dengan syarat telah berkhidmat melebihi satu tahun;
    3. Memohon bertukar di atas sebab kesihatan pegawai/ahli keluarga yang memerlukan rawatan rapi;
    4. Memohon bertukar bagi menjaga ibu/bapa yang sakit; dan
    5. Memohon bertukar di atas sebab ketidaksesuaian penempatan.

    Ketua Jabatan diberi kuasa untuk menimbang dan meluluskan tuntutan bayaran perpindahan berdasarkan syarat yang ditetapkan melalui surat Jabatan ini Bil. JPA(S)63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994 dan JPA(S)63/163/(40) bertarikh 10 November 1994.

  18. Kembali ke atas

  19. Penilaian: +22

    Positive Negative

    Apakah Kelayakan Pegawai Apabila Pegawai/Ahli Keluarga Dirujuk Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan Untuk Mendapat Rawatan Perubatan Di Luar Stesen?

    Pegawai layak menuntut tambang perjalanan, Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing dan Elaun Makan/Elaun Harian sekiranya pegawai atau ahli keluarga pegawai dirujukkan untuk mendapat rawatan di luar stesen dengan syarat pegawai/ahli keluarga pegawai tidak dimasukkan ke wad.

    Pegawai layak menuntut kemudahan di atas bagi seorang pengiring untuk tempoh tidak melebihi lima hari sekiranya pegawai perubatan mengesahkan bahawa pesakit memerlukan seorang pengiring.

    Untuk tujuan mengiring, pegawai perlu mengambil cuti rehat atau cuti lain yang beliau berkelayakan.

  20. Kembali ke atas

  21. Penilaian: +82

    Positive Negative

    Berapakah Kelayakan Cuti Sakit Dan Cuti Sakit Lanjutan Dalam Setahun Dan Siapakah Pihak Berkuasa Yang Boleh Meluluskannya?

    Kelayakan dalam satu tahun (Januari hingga Disember) ialah:-

    • Cuti Sakit (Bergaji Penuh)
      Maksimum: 90 Hari
      Pegawai Melulus: Ketua Jabatan
    • Cuti Sakit (Bergaji Penuh)
      Maksimum: 90 Hari
      Pegawai Melulus: Ketua Setiausaha
    • Cuti Sakit Lanjutan (Separuh Gaji)
      Maksimum: 90 Hari
      Pegawai Melulus: Ketua Jabatan (dengan perakuan Lembaga Perubatan)
    • Cuti Sakit Lanjutan (tanpa gaji dengan elaun bersamaan separuh gaji)
      Maksimum: 90 Hari
      Pegawai Melulus: Ketua Setiausaha (dengan perakuan Lembaga Perubatan)

    Cuti Sakit Lanjutan boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut, jika anggota belum sembuh, beliau boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.

Kembali ke atas