Training RSS

Soalan Lazim Latihan

Latihan

  1. Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pegawai kerajaan?
  2. Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pelajar?
  3. Apakah perbezaan antara Biasiswa dan Pinjaman?
  4. Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik pinjaman?
  5. Apakah kemudahan lain kepada pegawai kerajaan selain dari penajaan biasiswa?
  6. Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pegawai Kerajaan?
  7. Apakah program penajaan yang disediakan kepada pelajar?
  8. Bagaimanakah cara untuk memohon program penajaan yang disediakan oleh JPA?
  9. Apakah kemudahan lain yang disediakan kepada kakitangan Kerajaan yang tidak mendapat penajaan dalam bentuk biasiswa?

Latihan

  1. Penilaian: +140

    Positive Negative

    Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pegawai kerajaan?

    Antara program penajaan kepada pegawai kerajaan yang disediakan adalah seperti berikut:

    • Program sarjana dan Ph.D.
    • Program latihan lepasan ijazah untuk pegawai perkhidmatan perubatan dan para-medik
    • Program latihan sangkutan ke firma swasta
    • Program latihan tenaga pengajar Teknikal dan vokasional
    • Program latihan eksekutif di Jepun dan Korea
    • Kursus pendek di Jepun dan Korea
    • Program latihan pengurusan atasan
  2. Kembali ke atas

  3. Penilaian: +94

    Positive Negative

    Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pelajar?

    Antara program penajaan kepada pelajar adalah seperti berikut:

    • Program penajaan ke universiti terkemuka di luar negeri
    • Program kejuruteraan di Jerman
    • Program ijazah Peranchis
    • Program akademik di Jepun
    • Biasiswa pelajar di IPT tempatan
    • Pinjaman kepada pelajar Politeknik
  4. Kembali ke atas

  5. Penilaian: +54

    Positive Negative

    Apakah perbezaan antara Biasiswa dan Pinjaman?

    Pelajar yang menerima penajaan dalam bentuk biasiswa dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan untuk suatu tempoh yang dipersetujui. Mereka boleh dilepaskan dari ikatan kontrak sekiranya kerajaan tidak dapat menyediakan kerja dalam tempoh 12 bulan selepas pelajar melapor diri di JPA atau mereka membayar gantirugi kepada kerajaan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam perjanjian.

    Pelajar yang menerima pinjaman pula dikehendaki membayar balik jumlah pinjaman sebenar mereka selepas menamatkan pengajian. Bayaran boleh dibuat secara ansuran. Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah.

  6. Kembali ke atas

  7. Penilaian: +26

    Positive Negative

    Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik pinjaman?

    1. Bayaran Melalui Online

      1. Bayaran secara online melalui laman web maybank iaitu: http://www.maybank2u.com.my.
      2. Bayaran debit terus (direct debit) secara online daripada akaun simpanan atau akaun semasa juga boleh dibuat oleh pelanggan-pelanggan Hong Leong Bank, Bank Islam, RHB Bank, CIMB Bank, Bank Rakyat, Eon Bank, Al-Rajhi Bank dan Affin Bank seperti yang disenaraikan oleh PMB melalui portal Portal PosOnline di http://www.posonline.com.my
    2. Arahan kepada bank (Standing Instruction).

      Peminjam perlu memaklumkan kepada bank masing-masing yang menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah ditujukan atas nama Ketua Pengarah Perkidmatan Awam Malaysia

    3. Bank Draf/Kiriman Wang/Cek.
      Bayaran hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Sila catatkan nama dan nombor rujukan JPA iaitu no. Kad Pengenalan (baru dan lama) di belakang Bank Draf/Kiriman/Wang Cek tersebut.
    4. Potongan gaji.

      JPA akan mengeluarkan surat arahan potongan gaji kepada majikan peminjam. Peminjam perlu mengisi borang JPA(L) PP1 – pin.1/98 yang boleh didapati dari Laman Web JPA dan menghantar borang tersebut ke JPA di Unit yang berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan alamat majikan, peminjam boleh terus menghubungi pegawai yang telah disenaraikan di dalam senarai Pegawai Yang Boleh Dihubungi.

    5. Bayaran Di Kaunter Pejabat Pos.

      Bayaran secara tunai boleh dibuat di semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara dengan menggunakan bil tuntutan bulanan. Bil tuntutan bulanan akan dikeluarkan pada setiap bulan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran secara tetap dan teratur dan caj perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM 2.00 bagi setiap urusniaga. Setiap peminjam yang menerima notis tuntutan, akan menerima bil tuntutan dalam tempoh 2 bulan dari Tarikh Mula Bayar.

    6. Tunai
      Bayaran secara tunai boleh dibuat di:-
      • Kaunter Bayaran Balik Pinjaman dan Gantirugi, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 4, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya. No. Telefon 03-88853447; dan
      • Kaunter Bayaran Balik Pinjaman Dan Gantirugi, Suite 5.4, Level 5, Maju Junction Mall,1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur. No Telefon: 03-26917590/03-26934120.

       

  8. Kembali ke atas

  9. Penilaian: +92

    Positive Negative

    Apakah kemudahan lain kepada pegawai kerajaan selain dari penajaan biasiswa?

    Pegawai kerajaan yang tidak mendapat penajaan JPA boleh memohon untuk cuti belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa gaji.

  10. Kembali ke atas

  11. Penilaian: +6

    Positive Negative

    Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pegawai Kerajaan?

    Jangka Panjang

    1. HLP
    2. HLP Separuh Masa (Separa Biasiswa)
    3. Pinjaman Boleh Ubah untuk Kompulan Sokongan
    4. Diploma Khas PDRM
    5. Diploma Pasca Ijazah Dalam Penyalahgunaan Dadah hdi USIM dan UMS
    6. Program Separa Biasiswa (Program Khas Jabatan Peguam Negara)
      • Universiti of Wollongong, Australia di ILKAP
      • Universiti Nottingam, UK Kampus Malaysia di Semenyih
      • Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) - Syariah di UIA
      • Institut Tanah fan Ukur Negara (INSTUN) di UTM
    7. Diploma Pengurusan Awam di INTAN
    8. Diploma/Sarjana Sains Pengurusan (INTAN/UUM)

    Jangka Panjang

    1. Program Latihan Sangkutan
      • Sangkutan British (JPA - BMCC)
    2. Latihan Pengurusan Atasan
      • Latihan JUSA dan Gred Khas (AMP)
      • Program Pembangunan Kepimpinan Pengurusan OPertengahan Gred 48 hingga 54
    3. Kursus Khas Pegawai Hal-Ehwal Islam
    4. Skim Latihan JICA
      • Program Perkongsian Ekonomi (EPP)
      • Latihan Belia Muda (YLP)
      • Program COTI
    5. Kursus Pendek di Jepun dan Korea
      • Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea
  12. Kembali ke atas

  13. Penilaian: +9

    Positive Negative

    Apakah program penajaan yang disediakan kepada pelajar?

    Antara program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pelajar adalah seperti berikut:

    • Program penajaan ke universiti terkemuka di luar negara
    • Program Ijazal Luar Negara (PILN)
    • Program Ijazah dalam Negara (PIDN)
    • Program Pelajar Cemerlang (PPC)
    • Biasiswa Agong
  14. Kembali ke atas

  15. Penilaian: +5

    Positive Negative

    Bagaimanakah cara untuk memohon program penajaan yang disediakan oleh JPA?

    Program penajaan yang disediakan oleh JPA akan diiklankan melalui Portal JPA dan surat khabar. Permohonan akan dibuka secara atas talian (online) dan pemohon perlu melayari alamat url: http://esilav2.jpa.gov.my bagi memohon program penajaan yang disediakan.

  16. Kembali ke atas

  17. Penilaian: +30

    Positive Negative

    Apakah kemudahan lain yang disediakan kepada kakitangan Kerajaan yang tidak mendapat penajaan dalam bentuk biasiswa?

    Kakitangan kerajaan yang tidak mendapat biasiswa masih layak untuk memohon cuti belajar mengikut kelayakan seperti berikut:

    1. Kakitangan Sokongan

      Kakitangan sokongan yang ingin melanjutkan pelajaran dari  peringkat Ijazah pertama dan ke atas layak memohon untuk mendapatkan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG). Pinjaman Pelajaran turut disediakan bagi kakitangan sokongan yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma.

    2. Kakitangan Pengurusan dan Profesional (P&P)

      Kakitangan P&P yang ingin melanjutkan pelajaran layak untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh Separuh Biasiswa (CBBPSB) dan Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTGTB). Selain itu, kakitangan P&P juga layak memohon cuti kursus sambilan untuk menjalani mod pengajian secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).

  18. Kembali ke atas

Last modified on June 24th, 2008 at 5:31 pm