Soalan Lazim Latihan
Latihan
- Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pegawai kerajaan?
- Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pelajar?
- Apakah perbezaan antara Biasiswa dan Pinjaman?
- Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik pinjaman?
- Apakah kemudahan lain kepada pegawai kerajaan selain dari penajaan biasiswa?
Latihan
-
Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pegawai kerajaan?
Antara program penajaan kepada pegawai kerajaan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Program sarjana dan Ph.D.
- Program latihan lepasan ijazah untuk pegawai perkhidmatan perubatan dan para-medik
- Program latihan sangkutan ke firma swasta
- Program latihan tenaga pengajar Teknikal dan vokasional
- Program latihan eksekutif di Jepun dan Korea
- Kursus pendek di Jepun dan Korea
- Program latihan pengurusan atasan
-
Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pelajar?
Antara program penajaan kepada pelajar adalah seperti berikut:
- Program penajaan ke universiti terkemuka di luar negeri
- Program kejuruteraan di Jerman
- Program ijazah Peranchis
- Program akademik di Jepun
- Biasiswa pelajar di IPT tempatan
- Pinjaman kepada pelajar Politeknik
-
Apakah perbezaan antara Biasiswa dan Pinjaman?
Pelajar yang menerima penajaan dalam bentuk biasiswa dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan untuk suatu tempoh yang dipersetujui. Mereka boleh dilepaskan dari ikatan kontrak sekiranya kerajaan tidak dapat menyediakan kerja dalam tempoh 12 bulan selepas pelajar melapor diri di JPA atau mereka membayar gantirugi kepada kerajaan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam perjanjian.
Pelajar yang menerima pinjaman pula dikehendaki membayar balik jumlah pinjaman sebenar mereka selepas menamatkan pengajian. Bayaran boleh dibuat secara ansuran. Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah.
-
Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik pinjaman?
Bayaran balik pinjaman boleh dibuat mengikut cara berikut:
- Bayaran tunai di kaunter bayaran JPA
- Bayaran secara pos dengan menggunakan kiriman wang, arahan bank atau bank draf
- Melalui potongan gaji oleh majikan
-
Apakah kemudahan lain kepada pegawai kerajaan selain dari penajaan biasiswa?
Pegawai kerajaan yang tidak mendapat penajaan JPA boleh memohon untuk cuti belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa gaji.





