Soalan Lazim Yang Selalu Dibangkitkan Dalam Mesyuarat MBJ
Hal-Hal Lain
-
Perlukah perlembagaan / pindaan perlembagaan diedarkan kepada semua ahli?
Perlu seperti yang tercatat dalam perenggan 15, Lampiran D, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992 iaitu sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat.
-
Apakah isu yang boleh dan tidak boleh dibangkitkan/dibincangkan dalam Mesyuarat MBJ?
Menurut perenggan 9, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2002, isu yang boleh dibincangkan adalah berkaitan dengan syarat perkhidmatan, perjalanan organisasi serta pentadbiran kecuali yang menyentuh dasar Kerajaan dan hal-hal perseorangan. Walau bagaimanapun, isu dasar boleh dijelaskan dengan tujuan kemudahan pelaksanaannya.
-
Siapakah yang bertanggungjawab memasukkan dan mengemaskini rekod peribadi di dalam Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam (Human Resource Management Information System - HRMIS)?
Perenggan 8 (a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2007 menyatakan bahawa semua Pemilik Kompetensi (Competency Owner - CO) atau penjawat awam adalah bertanggungjawab memasukkan sendiri maklumat peribadi masing-masing sebaik sahaja melaporkan diri bertugas. CO juga bertanggungjawab mengemas kini data jika berlaku sebarang perubahan pada rekod peribadi.