Soalan Lazim Yang Selalu Dibangkitkan Dalam Mesyuarat MBJ
Perkhidmatan
-
Apakah faedah-faedah persaraan yang dibayar kepada pegawai yang menerima Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam (PDKPA)?
Pegawai akan dibayar faedah seperti pencen bulanan, ganjaran, pemberian wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2007, dan kemudahan rawatan dan perubatan dalam persaraan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungannya seperti di perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001.
-
Apakah jawatan-jawatan yang tidak boleh diperakukan untuk penanggungan kerja?.
Jawatan yang tidak dibenarkan untuk penanggungan kerja ialah seperti di perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 tahun 2007.
-
Bolehkah seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bergiat cergas dalam parti politik?
Tidak boleh seperti di perenggan 21, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002, P.U. (A) 246.
-
Kenapa pegawai yang lulus PTK Aras IV (Umum dan Khusus) tidak mendapat Anjakan Gaji? (bagi gred lantikan dan kenaikan pangkat)
Pegawai hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam perenggan 52 dan 53, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 seperti berikut:
- Bagi gred lantikan perlulah disahkan dalam perkhidmatan, lulus PTK yang ditentukan, berkhidmat tidak kurang 3 tahun, tahap prestasi baik serta diperakukan Ketua Jabatan.
- Bagi gred kenaikan pangkat perlulah lulus PTK yang ditentukan, berada di gred kenaikan pangkat tidak kurang dari satu tahun,
prestasi baik serta perakuan Ketua Jabatan.
-
Siapakah pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja jawatan lain?
Perenggan 6, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 menyatakan pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja iaitu:
- telah disahkan dalam perkhidmatan;
- jika belum disahkan, telah berkhidmat sekurang-kurangnya
setahun; - pegawai yg paling kanan, kelulusan dan kemahiran; dan
- berprestasi baik.
-
Apakah kriteria pemberian taraf Perkhidmatan Kritikal kepada sesebuah perkhidmatan?
Perenggan 17, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 dan perenggan 30, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal iaitu:
- peranan dan sumbangan ke arah pertumbuhan dan perkembangan
ekonomi negara; - persaingan dalam pasaran buruh bagi anggota terlatih;
- kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan
tersebut; dan - keadaan persekitaran tempat kerja
- peranan dan sumbangan ke arah pertumbuhan dan perkembangan
-
Apakah jenis harta yang tidak boleh dimiliki oleh pegawai awam?
Pegawai Awam tidak boleh memiliki lesen kenderaan perniagaan, lesen kenderaan perkhidmatan awam, lesen perniagaan hiburan atau memohon dan memiliki tanah Kerajaan untuk tujuan pembalakan dan perlombongan seperti di perenggan 26, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002.
-
Adakah tempoh cuti tanpa gaji kerana mengikut pasangan bertugas di luar negara boleh diambilkira untuk faedah pencen?
Tidak boleh seperti di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005.
-
Apakah yang perlu direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan Pegawai?
Semua maklumat mengenai pegawai seperti Bahagian II, perenggan 2.3 (a) hingga (e) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Bolehkah pegawai yang mengambil kemudahan cuti menjaga anak membuat kerja-kerja sambilan yang dibayar upah?
Tidak boleh, seperti di perenggan 3, iii Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai-pegawai berpencen?
Pegawai-pegawai berpencen ialah seperti di perenggan 8, Akta Pencen 1980 (Akta 227).
-
Adakah pegawai yang diisytiharkan bankrap atau muflis layak dibayar pencen?
Tidak, seperti di perenggan 20 (1) dan (2), Akta Pencen 1980 (Akta 227).
-
Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pegawai awam yang melakukan gangguan seksual di pejabat?
Tindakan tatatertib boleh diambil seperti di perenggan 4.3 dan 4.4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2005 dan peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 Pindaan 2002.
-
Bilakah Lembaga Perubatan boleh ditubuhkan?
Lembaga Perubatan boleh ditubuhkan mengikut peraturan-peraturan di perenggan 19, Perintah Am Bab F 1974.
-
Perlukah Pegawai Penilai Pertama memaklumkan kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD) markah yang diperolehi supaya tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati?
Tidak perlu. Walau bagaimanapun Pegawai Penilai Pertama hendaklah memaklumkan kepada PYD mengikut cara yang sesuai seperti di perenggan 26.17 Bahagian VIII Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.
-
Bolehkah seseorang pegawai yang tidak berpuas hati dengan tarikh kenaikan pangkatnya membuat rayuan?
Boleh seperti di perenggan 19, dan 20(1) Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986 di mana rayuan boleh dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat itu disampaikan kepada pegawai yang berkenaan.
-
Siapakah anggota yang layak untuk dipertimbangkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?
Anggota yang layak seperti di perenggan 5 dan 6, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002.
-
Berapakah umur persaraan wajib bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik selepas 1 Julai 2008?
Umur persaraan wajib ialah 58 tahun seperti para 3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008.
-
Apakah tindakan yang perlu dibuat sekiranya pegawai ingin meletakkan jawatan?
Pegawai perlu mengemukakan notis perletakkan jawatan seperti di perenggan 51 (a) hingga (c), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
-
Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pegawai kerajaan yang menjadi penagih dadah?
Tindakan boleh diambil mengikut perenggan 7 (2) dan (3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)(Pindaan) 2002
-
Berapa lamakah tempoh hukuman tatatertib turun gaji yang boleh dikenakan ke atas pegawai?
Tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh lebih daripada tiga puluh enam bulan pada mana-mana satu masa seperti di perenggan 41. (1) (c), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)(Pindaan) 2002





