Soalan Lazim Yang Selalu Dibangkitkan Dalam Mesyuarat MBJ
Pentadbiran
-
Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya tarikh lahir pegawai tersilap catat dalam buku perkhidmatan ?
Pegawai boleh memohon kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan Sijil Kelahiran
dan salinan Kad Pengenalan yang disahkan mengikut perenggan 3 & 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002 -
Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan kaunter yang berkualiti?
Perkhidmatan kaunter yang berkualiti adalah seperti di Bahagian III perenggan 4, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 10 Tahun 1991 dan Bahagian V perenggan 5.1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007
-
Adakah menjadi kesalahan sekiranya pegawai meminta orang lain tolong mengetik kad perakam waktu?
Ya seperti di perenggan 2.3, Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981.
-
Siapakah yang perlu menjalani tapisan keselamatan kasar dan tapisan keselamatan halus?
Mengikut Bahagian II perenggan 80, Buku Arahan Keselamatan, (Keselamatan Peribadi), menjelaskan iaitu:-
- Tapisan Kasar ialah proses yang asas digunakan bagi menapis penjawat-penjawat awam yang dikehendaki melihat perkara-perkara terperingkat setakat peringkat sulit; dan
- Tapisan Halus ialah proses yang teliti digunakan bagi menapis penjawat-penjawat awam yang sentiasa dikehendaki melihat perkara
terperingkat Rahsia atau Rahsia Besar.
-
Perlukah pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam memakai baju batik pada hari yang telah ditetapkan oleh Kerajaan?
Tidak Perlu seperti di perenggan 5, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008.
-
Mengapa Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja(FM) perlu disediakan?
MPK dan FM perlu disediakan kerana ia merupakan rujukan utama Jabatan dan individu yang membantu Jabatan/pejabat berfungsi dengan cekap dan berkesan seperti di perenggan 2 & 3, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991.
-
Apakah garis panduan yang boleh membantu pihak pengurusan dan urus setia mesyuarat sesebuah jabatan/organisasi?
Garis panduan mengenainya telah pun dikeluarkan oleh Kerajaan iaitu Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 2 Tahun 1991.
-
Bolehkan pegawai yang meletakkan kenderaan di tempat letak kereta berbayar menuntut bayaran letak kereta?
Boleh menurut syarat yang ditetapkan di dalam perenggan 3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1992.
-
Apakah tindakan yang perlu diambil kepada kakitangan yang datang lewat ke pejabat tanpa alasan munasabah dan tidak mematuhi waktu bekerja yang telah ditetapkan?
Ketua Jabatan perlu melaporkan ketidakhadiran pegawai tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 25, Bahagian III, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Pindaan 2002-P.U.(A) 246.
-
Apakah langkah bagi memastikan pakaian seragam yang dibekalkan Jabatan kepada pegawai adalah berkualiti dan menepati tempoh waktu tempahan?
Kerajaan telah menaikkan kadar bayaran upah jahit pakaian seragam mengikut harga seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 2 (iii), Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2002.
-
Apakah tujuan penyenggaraan aset Jabatan dibuat dan bagaimanakah proses penyenggaraan ini dapat dilakukan?
Penyenggaraan aset bertujuan supaya ia mematuhi undang-undang, peraturan dan prosedur seperti yang ditetapkan di perenggan 19 hingga 22, Bab D, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007. Proses penyenggaraan dapat dilakukan mengikut garis panduan yang dinyatakan di perenggan 10.7, Panduan Pengurusan Pejabat Bahagian X, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007.
-
Apakah yang perlu dilakukan terhadap aset/ peralatan pejabat yang tidak boleh digunakan/ tidak diperlukan?
Dilupuskan mengikut perenggan 10.10, Bahagian X Pelupusan, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007. Kaedah pelupusan adalah seperti yang tercatat pada perenggan 23 hingga 36, Bab E Pelupusan,
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007. -
Apakah tindakan yang perlu diambil bagi memudahkan Pengawal Keselamatan membezakan pegawai Jabatan dengan orang luar/ pelawat?
Tindakan perlu diambil mengikut peraturan seperti yang tercatat di perenggan 25, Bahagian IV, Buku Arahan Keselamatan.
-
Apakah faedah yang diperolehi dari pelaksanaan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) di sesebuah Jabatan?
Faedah yang diperolehi seperti di perenggan 6, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 7 Tahun 1991.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan aset alih?
Seperti di perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Agensi manakah yang perlu dirujuk sekiranya Jabatan ingin melupuskan aset secara hadiah?
Perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007, Perenggan 15, Bab E, 33.9.
-
Dimanakah dokumen-dokumen terperingkat perlu disimpan?
Mengikut perenggan 58, Buku Arahan Keselamatan, (Keselamatan Dokumen), menjelaskan iaitu:-
- Dokumen terperingkat Rahsia Besar hendaklah disimpan di dalam bilik kebal atau peti besi yang seelok-eloknya dipasang dengan kunci tatakira. Dokumen-dokumen yang di dalam tindakan penjawat-penjawat awam boleh disimpan untuk sementara waktu dalam kabinet fail keluli atau almari keluli yang dipasang dengan palang besi berkunci tetapi jika bangunan yang diduduki itu tidak mempunyai kawalan keselamatan yang rapi, dokumen-dokumen tersebut hendaklah dikembalikan untuk disimpan dalam bilik kebal atau peti besi;
- Dokumen terperingkat Rahsia hendaklah disimpan sama seperti dokumen terperingkat Rahsia Besar atau dalam kabinet keluli atau almari keluli yang dipasang dengan palang besi berkunci;
- Dokumen-dokumen terperingkat Sulit dan Terhad hendaklah disimpan dalam kabinet keluli atau almari keluli dan untuk simpanan sementara dalam lain-lain peti yang berkunci seperti dibenarkan oleh Pegawai Keselamatan Jabatan.
-
Bolehkah seseorang pegawai Kerajaan melihat Buku Rekod Perkhidmatannya?
Boleh seperti di Bahagian II perenggan 2.4 (d) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Berapa bahagiankah tatacara pengurusan Aset Hidup Kerajaan?
Mengikut perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2008, Aset Hidup Kerajaan terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu:-
- Pengurusan Aset Hidup Ikan;
- Pengurusan Aset Hidup Haiwan; dan
- Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan espionaj?
Buku Arahan Keselamatan Bahagian II, perenggan 8, menjelaskan espionaj ialah kegiatan untuk memperolehi perkara terperingkat dengan cara tersembunyi atau salah di sisi undang-undang bagi tujuan-tujuan yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan-kepentingan Malaysia.
-
Agensi manakah yang boleh meluluskan hapus kira untuk semua kehilangan peralatan elektronik, komunikasi dan ICT?
Perbendaharaan Malaysia yang boleh meluluskan hapus kira seperti di perenggan 38.I (b) Bab F, Kehilangan dan Hapus Kira, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Bolehkah Bilik Rekod digunakan sebagai tempat untuk merokok, makan dan minum?
Tidak Boleh seperti di perenggan 8.6, Bahagian VIII, Penyelenggaraan, Pemeliharaan dan Pelupusan Rekod Awam, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang Pegawai Khidmat Pelanggan?
Pegawai Khidmat Pelanggan perlu memiliki ciri-ciri seperti di perenggan 13, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2005.
-
Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya anak kunci keselamatan hilang dari simpanan?
Buku Arahan Keselamatan Bahagian VI, perenggan 32 dan 33 menjelaskan tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:-
- Kehilangan anak kunci keselamatan hendaklah dilaporkan segera kepada Pegawai Keselamatan Jabatan atau Ketua Jabatan yang akan menyiasat dan mengemukakan laporannya kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan dalam masa 24 jam. Laporan tersebut hendaklah mengandungi pandangan dan taksiran bahayanya terhadap keselamatan. Pejabat atau peti keselamatan itu hendaklah dianggap sebagai tidak selamat selagi kuncinya tidak digantikan kecuali dalam keadaan yang tertentu sahaja apabila dibuktikan bahawa anak kunci yang hilang itu tidak mungkin jatuh ke tangan orang yang tidak dibenarkan.
- Jika anak kunci keselamatan terbukti hilang, Ketua Jabatan hendaklah menimbang sama ada atau tidak tindakan tatatertib diambil atau penyiasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 patut dijalankan. Laporan kepada Balai Polis yang terdekat hendaklah dibuat sekiranya difikirkan sesuatu kesalahan jenayah telah berlaku.
-
Mengapa pemeriksaan aset perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun?
Tujuannya adalah seperti di perenggan 18.2, (a) hingga (c) Bab C – Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan, Pekeliling Perbendaharan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Jabatan bagi mencegah kebakaran?
Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan seperti di perenggan 1.21 (a) hingga (e), Bahagian I, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Bolehkah Jabatan meluluskan pelupusan aset yang nilai asalnya tidak melebihi RM50,000 setiap satu atau jumlah keseluruhannya tidak melebihi RM500,000?
Boleh seperti di perenggan 25.2, (a) Bab E – Pelupusan, Pekeliling Perbendaharan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya kandungan sesuatu fail melebihi 100?
Fail tersebut perlu ditutup dan fail baru perlu dibuka seperti di perenggan 7.9, Bahagian VII, Pengurusan Fail, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Berapa lamakah tempoh yang membolehkan pegawai kerajaan menuntut elaun perpindahan dari rumah yang disewa ke rumah sendiri yang dibeli melalui skim pinjaman perumahan Kerajaan?
Tempoh yang dibenarkan ialah tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh perpindahan seperti di perenggan 3.2 (iii), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1989. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan Pencen Hilang Upaya?
Pencen hilangupaya ialah seperti yang dijelaskan di perenggan 17 (1) dan (2), Akta Pencen 1980 (Akta 227).
-
Siapakah yang dimaksudkan sebagai ‘anak’ bagi maksud rawatan percuma yang boleh diberikan kepada keluarga seseorang pegawai?
Tafsiran anak bagi maksud ini adalah seperti di perenggan I (iii), Perintah Am Bab F.
Perkhidmatan
-
Apakah faedah-faedah persaraan yang dibayar kepada pegawai yang menerima Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam (PDKPA)?
Pegawai akan dibayar faedah seperti pencen bulanan, ganjaran, pemberian wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2007, dan kemudahan rawatan dan perubatan dalam persaraan untuk pesara dan ahli keluarga tanggungannya seperti di perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001.
-
Apakah jawatan-jawatan yang tidak boleh diperakukan untuk penanggungan kerja?.
Jawatan yang tidak dibenarkan untuk penanggungan kerja ialah seperti di perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 tahun 2007.
-
Bolehkah seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bergiat cergas dalam parti politik?
Tidak boleh seperti di perenggan 21, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002, P.U. (A) 246.
-
Kenapa pegawai yang lulus PTK Aras IV (Umum dan Khusus) tidak mendapat Anjakan Gaji? (bagi gred lantikan dan kenaikan pangkat)
Pegawai hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam perenggan 52 dan 53, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 seperti berikut:
- Bagi gred lantikan perlulah disahkan dalam perkhidmatan, lulus PTK yang ditentukan, berkhidmat tidak kurang 3 tahun, tahap prestasi baik serta diperakukan Ketua Jabatan.
- Bagi gred kenaikan pangkat perlulah lulus PTK yang ditentukan, berada di gred kenaikan pangkat tidak kurang dari satu tahun,
prestasi baik serta perakuan Ketua Jabatan.
-
Siapakah pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja jawatan lain?
Perenggan 6, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 menyatakan pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja iaitu:
- telah disahkan dalam perkhidmatan;
- jika belum disahkan, telah berkhidmat sekurang-kurangnya
setahun; - pegawai yg paling kanan, kelulusan dan kemahiran; dan
- berprestasi baik.
-
Apakah kriteria pemberian taraf Perkhidmatan Kritikal kepada sesebuah perkhidmatan?
Perenggan 17, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 dan perenggan 30, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal iaitu:
- peranan dan sumbangan ke arah pertumbuhan dan perkembangan
ekonomi negara; - persaingan dalam pasaran buruh bagi anggota terlatih;
- kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan
tersebut; dan - keadaan persekitaran tempat kerja
- peranan dan sumbangan ke arah pertumbuhan dan perkembangan
-
Apakah jenis harta yang tidak boleh dimiliki oleh pegawai awam?
Pegawai Awam tidak boleh memiliki lesen kenderaan perniagaan, lesen kenderaan perkhidmatan awam, lesen perniagaan hiburan atau memohon dan memiliki tanah Kerajaan untuk tujuan pembalakan dan perlombongan seperti di perenggan 26, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002.
-
Adakah tempoh cuti tanpa gaji kerana mengikut pasangan bertugas di luar negara boleh diambilkira untuk faedah pencen?
Tidak boleh seperti di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005.
-
Apakah yang perlu direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan Pegawai?
Semua maklumat mengenai pegawai seperti Bahagian II, perenggan 2.3 (a) hingga (e) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Bolehkah pegawai yang mengambil kemudahan cuti menjaga anak membuat kerja-kerja sambilan yang dibayar upah?
Tidak boleh, seperti di perenggan 3, iii Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai-pegawai berpencen?
Pegawai-pegawai berpencen ialah seperti di perenggan 8, Akta Pencen 1980 (Akta 227).
-
Adakah pegawai yang diisytiharkan bankrap atau muflis layak dibayar pencen?
Tidak, seperti di perenggan 20 (1) dan (2), Akta Pencen 1980 (Akta 227).
-
Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pegawai awam yang melakukan gangguan seksual di pejabat?
Tindakan tatatertib boleh diambil seperti di perenggan 4.3 dan 4.4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2005 dan peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 Pindaan 2002.
-
Bilakah Lembaga Perubatan boleh ditubuhkan?
Lembaga Perubatan boleh ditubuhkan mengikut peraturan-peraturan di perenggan 19, Perintah Am Bab F 1974.
-
Perlukah Pegawai Penilai Pertama memaklumkan kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD) markah yang diperolehi supaya tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati?
Tidak perlu. Walau bagaimanapun Pegawai Penilai Pertama hendaklah memaklumkan kepada PYD mengikut cara yang sesuai seperti di perenggan 26.17 Bahagian VIII Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.
-
Bolehkah seseorang pegawai yang tidak berpuas hati dengan tarikh kenaikan pangkatnya membuat rayuan?
Boleh seperti di perenggan 19, dan 20(1) Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986 di mana rayuan boleh dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat itu disampaikan kepada pegawai yang berkenaan.
-
Siapakah anggota yang layak untuk dipertimbangkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?
Anggota yang layak seperti di perenggan 5 dan 6, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002.
-
Berapakah umur persaraan wajib bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik selepas 1 Julai 2008?
Umur persaraan wajib ialah 58 tahun seperti para 3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008.
-
Apakah tindakan yang perlu dibuat sekiranya pegawai ingin meletakkan jawatan?
Pegawai perlu mengemukakan notis perletakkan jawatan seperti di perenggan 51 (a) hingga (c), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
-
Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pegawai kerajaan yang menjadi penagih dadah?
Tindakan boleh diambil mengikut perenggan 7 (2) dan (3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)(Pindaan) 2002
-
Berapa lamakah tempoh hukuman tatatertib turun gaji yang boleh dikenakan ke atas pegawai?
Tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh lebih daripada tiga puluh enam bulan pada mana-mana satu masa seperti di perenggan 41. (1) (c), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)(Pindaan) 2002
Elaun dan Kemudahan
-
Bolehkah Anggota Perkhidmatan Awam mendapat cuti tanpa rekod kerana kematian ahli keluarga terdekat?
Boleh seperti di perenggan 3 (b) dan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2002.
-
Bolehkah pegawai dalam kumpulan sokongan yang menerima bintang atau pingat kebesaran menuntut elaun pakaian?
Boleh seperti di perenggan 6, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007 dan perenggan 3. ii, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.
-
Siapakah yang layak dibayar elaun tugas memandu kenderaan?
Pegawai yang memenuhi syarat-syarat di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2007.
-
Apakah jenis rawatan perubatan secara percuma untuk ibu bapa yang sah bagi pegawai yang menerima opsyen Sistem Saraan Baru (SSB)?
Rawatan perubatan secara percuma yang diberikan kepada ibu bapa yang sah adalah seperti di perenggan 8 (a) Perintah Am Bab F (1974) dan perenggan 3.3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1993.
-
Bolehkah pegawai yang menghadiri temuduga bagi tujuan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) menuntut elaun perjalanan?
strong>Boleh seperti di perenggan 3.1, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1990 dan di perenggan 4, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.
-
Bolehkah pegawai perkhidmatan awam yang menjadi jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan cuti tanpa rekod?
Boleh seperti di perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2004.
-
Bolehkah pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumpul cuti rehat bagi tujuan Gantian Cuti Rehat (GCR)?
Boleh seperti di perenggan 3 dan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2004, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003.
-
Apakah nama skim-skim perkhidmatan yang layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal?
Sebanyak 36 skim perkhidmatan layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal seperti di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007.
-
Bolehkan pegawai Kerajaan mendapatkan rawatan secara percuma di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.?
Boleh seperti di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007.
-
Siapakah pegawai yang layak dibayar elaun Bahasa Asing?
Pegawai yang memiliki Sijil Kemahiran Bahasa Arab, Mandarin, Perancis, Rusia atau Sepanyol layak dibayar Elaun Bahasa Asing seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 30 Tahun 2007.
-
Adakah pegawai boleh diperuntukkan telefon bimbit secara ‘pool’ untuk kegunaan rasmi?
Boleh mengikut perenggan 2.2, Pekeliling Perbendaharaan 2 Tahun 2002 yang memperuntukkan bahawa, pegawai boleh diperuntukkan telefon bimbit secara pool basis untuk kegunaan rasmi dengan kelulusan Pegawai Pengawal. Kriteria pemberian adalah seperti yang dinyatakan di perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2001.
-
Adakah Pegawai Kumpulan Sokongan yang bertugas di luar kawasan ibu pejabat/negara dan diarah membuat kerja lebih masa layak dibayar bayaran lebih masa?
Layak mengikut Perintah Am 14, Bab G dan perenggan (ii). surat Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)63/31(SV12) bth. 15 November 2001. Di samping itu, pegawai juga layak menuntut elaun bertugas rasmi di luar pejabat seperti Elaun Makan, Elaun Harian, Bayaran Sewa Hotel, Elaun Perjalanan Kenderaan dan sebagainya.
-
Siapakah yang layak memohon Cuti Gantian?
Cuti Gantian boleh diberi apabila Pegawai diarah oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa dan Pegawai tidak berkelayakan mendapat Bayaran Lebih Masa atau Bayaran Khas Lain seperti di dalam Perintah Am 40, Bab H.
-
Adakah pegawai yang menghadiri kursus pada hari Sabtu / Ahad / Kelepasan Am layak memohon Cuti Gantian?
Tidak layak
-
Senaraikan jenis cuti kerana perkhidmatan yang layak di pohon oleh pegawai Kerajaan?
Ada TIGA (3) jenis cuti iaitu Cuti Rehat, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji seperti di perenggan 6, Perintah-perintah Am, Bab C (1974) Cuti.
-
Bolehkah pegawai yang telah berkhidmat dengan Kerajaan melebihi satu tahun tetapi belum disahkan dalam jawatan mengambil cuti tanpa gaji kerana urusan persendirian?
Boleh seperti di perenggan 14 (a) hingga (c), Perintah Am Bab C (1974) Cuti.
-
Bolehkah Pembantu Tadbir (P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa dibayar Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)?
Boleh, seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan cuti kerantina?
Cuti Kerantina ialah apabila seseorang pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri ditahan di mana-mana stesyen kerantina oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana disebabkan oleh perjalanannya melalui sesebuah pelabuhan atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak, maka tempoh penahanan sedemikian akan dianggap sebagai cuti kerantina bergaji penuh yang tidak boleh dipotong dari cuti rehat yang ia berkelayakan seperti yang dijelaskan di perenggan 24(a), Perintah Am Bab C 1974.
-
Apakah kriteria pemberian Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)?
Kriteria BITK adalah seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999.
-
Bolehkah elaun basikal dibayar kepada Pembantu Am Pejabat yang menggunakan basikal sendiri untuk menjalankan tugas rasmi?
Boleh seperti di perenggan 4.10.1, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.
-
Adakah pegawai yang menerima Bayaran Insentif Wilayah layak dibayar Bantuan Sara Hidup (COLA)?
Tidak Layak seperti di perenggan 4.(c), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005.
-
Bolehkah pegawai perundangan yang bertugas di mahkamah dibekalkan baju kot?
Boleh seperti surat JPA(S)1852/2A/Klt.6(58) bertarikh 9 September 1996.
-
Bolehkah pegawai yang akan menunaikan fardhu haji kali kedua diluluskan cuti haji?
Cuti haji hanya diluluskan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai seperti di perenggan 2(ii), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1984.
-
Siapakah yang layak dibayar Bayaran Pakaian Panas Bilik Komputer?
Pegawai yang layak ialah seperti di perenggan 3.1, (i) Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bilangan JPA (S)(BGE) 63/38/2 Klt. 2 (22) bertarikh 1 Disember 2005 dan JPA(S)63/38/2(30) bertarikh 22 Mei 1995.
-
Apakah kriteria kawasan pendalaman bagi melayakkan seseorang anggota perkhidmatan awam dibayar Bayaran Insentif Pendalaman?
Kriteria kawasan pendalaman bagi melayakkan seseorang anggota perkhidmatan awam dibayar Bayaran Insentif Pendalaman adalah seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000.
-
Bolehkah seorang Penyelenggara Stor Rendah Gred N11 yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuhnya di sesuatu Jabatan/Agensi dibayar Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)?
Tidak Layak kerana BITPS khusus kepada PT(P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999.
-
Berapakah Kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal untuk pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional?
Kadar yang dibayar ialah sebanyak 5% daripada gaji pokok kecuali bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian, Pensyarah Universiti(Farmasi) dan Pensyarah UiTM(Farmasi) adalah sebanyak RM750 sebulan tanpa mengikut gred seperti di perenggan 14,(a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007.
-
Adakah pegawai yang diluluskan cuti belajar bergaji penuh di luar negara melebihi satu tahun layak menuntut Bantuan Sara Hidup?
Tidak Layak seperti di perenggan 4 (g), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007.
Skim Perkhidmatan & Perjawatan
-
Bolehkah Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 yang telah lulus Peperiksaan PTK dan telah berkhidmat melebihi 10 tahun dinaikkan pangkat ke Gred N4 secara “time based“?
Tidak bolehkerana urusan kenaikan pangkat sesuatu jawatan adalah berdasarkan
kepada syarat-syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan seperti di Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2006. -
Apakah jawatan- jawatan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) yang boleh dipohon oleh Pembantu Am Pejabat ?
Terdapat lapan (8) jawatan memperuntukkan kenaikan pangkat secara lantikan(KPSL) kepada Pembantu Am Pejabat seperti di Lampiran A1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2006.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Jumud?
Buku Istilah Perkhidmatan Awam yang boleh dilayari di http://www.jpa.gov.my/daftar/d1.htm merujuk Perkhidmatan Jumud sebagai Perkhidmatan yang tidak diperlukan lagi dan semua perlantikan baru diberhentikan kecuali pengisian jawatan kenaikan pangkat yang dikosongkan oleh penyandang dalam perkhidmatan yang dijumudkan.
-
Bolehkah seseorang pegawai awam dipinjamkan ke perkhidmatan awam Negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia?
Boleh, seperti di Bahagian II, perenggan 12 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2007.
-
Jabatan manakah yang perlu dirujuk sekiranya agensi ada keraguan dalam mana-mana skim perkhidmatan mengenai maksud kelulusan yang setaraf?
Agensi boleh merujuk kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam seperti di perenggan 16, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.Catatan: Perkara ini hendaklah disalurkan ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.
-
Apakah perkara yang perlu dinyatakan dalam iklan kekosongan jawatan untuk tujuan pengambilan ?
Perkara-perkara yang perlu dinyatakan seperti di Bahagian III, perenggan 14 (2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2005.
-
Bolehkah seseorang pegawai yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam?
Boleh dengan kebenaran khas Suruhanjaya seperti di perenggan 9 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
Kebajikan
-
Siapakah pegawai yang diarah mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan?
Pegawai yang sedang menduduki Rumah Biasa Kerajaan dan memiliki rumah melalui Skim Pinjaman/ Pembiayaan Rumah Kerajaan dalam lingkungan jarak 20 KM dari mercu tanda yang ditetapkan seperti perenggan 7, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2007 yang berkuatkuasa mulai 1 September 2007.
-
Siapakah yang layak mendapat subsidi Kerajaan bagi kos penjagaan bayi di nurseri jabatan?
Kakitangan yang mempunyai pendapatan isi rumah RM 2000.00 ke bawah layak mendapat subsidi sebanyak RM 180.00 seperti perenggan 2 & 6, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2007.
-
Bolehkah diwujudkan satu kawasan merokok di Jabatan bagi membendung perokok-perokok daripada menggunakan dan mengotorkan tandas pejabat?
Tidak boleh seperti yang tercatat di perenggan 11 (1) (h), Bahagian IV P.U (A) 324, Akta Makanan 1983 - Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
-
Adakah Kerajaan melantik mana-mana syarikat insurans bagi memberi perlindungan kesihatan kepada pegawai Kerajaan yang ingin ke luar negara atas urusan persendirian?
Ya, seperti perenggan 2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2006.
-
Bolehkah pegawai yang mendiami rumah Kerajaan memelihara binatang ternakan?
Tidak boleh, seperti di perenggan 10, Perintah Am Bab E (1974) Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan.
-
Bolehkah Ketua Jabatan memberi kebenaran kepada pegawai awam yang mempunyai anak kurang upaya menggunakan waktu bekerja untuk menguruskan anak-anak mereka?
Boleh dengan menggunakan masa-masa tertentu yang diperlukan dalam Waktu Bekerja biasa mengikut kesesuaian masing-masing seperti surat JPA(S) 1619 Klt. 11(29) bertarikh 30 Ogos 2004.
-
Bolehkah Jabatan menganjurkan program-program kebajikan untuk kakitangannya?
Boleh seperti di perenggan 1.24, Bahagian 1 Pengurusan Am Pejabat, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
-
Berapa lamakah tempoh seseorang ahli MBJ bagi pihak pekerja boleh memegang jawatan?
1 atau 2 tahun seperti di perenggan 5, Lampiran D, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992.
Kewangan
-
Bolehkah kadar tuntutan kerja lebih masa pegawai melebihi gaji pokok?
Boleh sekiranya menepati syarat-syarat di perenggan 2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 1977 dan Surat Jabatan Akauntan Negara ANM/CWP/02/01 Jld. 3 (157) bertarikh 2 Mac 2001.
-
Adakah pemandu boleh menuntut bayaran balik telefon bimbit (talian pasca bayar / pra bayar)?
Boleh atas kadar tuntutan sehingga RM30 sebulan mengikut surat Kementerian Kewangan Kewangan KK/BP (8.01) 105/6-1 JLD.2 (SK 1/2007)(5) bertarikh 27.6.2007 dengan kelulusan Ketua Jabatan.
-
Bolehkah penceramah sambilan dibayar bayaran saguhati?
Boleh mengikut syarat seperti di perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005.
-
Bolehkah pegawai yang bertugas rasmi di luar ibu pejabat selama lima hari menuntut bayaran dobi?
Boleh seperti di perenggan 4.12.1 (b), Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 (Dipinda: Pekeliling Perbendaharaan Bil 2/2003).
-
Apakah elaun yang boleh dituntut oleh pegawai yang dikehendaki hadir ke mahkamah sebagai saksi Kerajaan?
Pegawai layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran lain seolah-olah ia bertugas rasmi seperti di perenggan 9, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.
-
Siapakah yang boleh memberi kelulusan perbelanjaan bagi perjalanan tugas rasmi pegawai ke luar negara?
Pegawai Pengawal seperti di perenggan 4, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2008.
-
Bolehkah seseorang pegawai yang pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan menuntut tambang perjalanan dari rumah kediamannya ke tempat beliau diarah bertugas?
Boleh seperti di perenggan 13, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.
-
Bolehkah pegawai membuat tuntutan kerana mengiringi keluarga (isteri/suami/anak-anak) mendapatkan rawatan di hospital luar kawasan?
Boleh sekiranya Pegawai Perubatan mengesahkan bahawa keluarganya memerlukan rawatan atau nasihat perubatan yang tidak boleh diperolehi di tempat ia bertugas seperti di perenggan 42. (a) Perintah Am Bab B 1974.
-
Berapakah kadar yang boleh dituntut untuk Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi?
Kadar bayaran yang boleh dituntut adalah sebanyak RM650.00 (pegawai) dan RM450.00 (pasangan) seperti di perenggan 10, (3) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007.
-
Berapakah kadar elaun gangguan yang boleh dituntut oleh pegawai yang bertukar wilayah?
Elaun Gangguan yang boleh dituntut ialah sebulan gaji hakiki pegawai seperti di perenggan 4.1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988.
-
Adakah pegawai yang memohon untuk menduduki Rumah Kerajaan layak menuntut bayaran perpindahan?
Tidak Layak seperti perenggan 3, Surat Kementerian Kewangan KK/BP10/687/698/656/2 Jld. 9 (97) bertarikh 26 Julai 2006.
Hal-Hal Lain
-
Perlukah perlembagaan / pindaan perlembagaan diedarkan kepada semua ahli?
Perlu seperti yang tercatat dalam perenggan 15, Lampiran D, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992 iaitu sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat.
-
Apakah isu yang bole