Soalan Lazim Yang Selalu Dibangkitkan Dalam Mesyuarat MBJ
Kewangan
-
Bolehkah kadar tuntutan kerja lebih masa pegawai melebihi gaji pokok?
Boleh sekiranya menepati syarat-syarat di perenggan 2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 1977 dan Surat Jabatan Akauntan Negara ANM/CWP/02/01 Jld. 3 (157) bertarikh 2 Mac 2001.
-
Adakah pemandu boleh menuntut bayaran balik telefon bimbit (talian pasca bayar / pra bayar)?
Boleh atas kadar tuntutan sehingga RM30 sebulan mengikut surat Kementerian Kewangan Kewangan KK/BP (8.01) 105/6-1 JLD.2 (SK 1/2007)(5) bertarikh 27.6.2007 dengan kelulusan Ketua Jabatan.
-
Bolehkah penceramah sambilan dibayar bayaran saguhati?
Boleh mengikut syarat seperti di perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005.
-
Bolehkah pegawai yang bertugas rasmi di luar ibu pejabat selama lima hari menuntut bayaran dobi?
Boleh seperti di perenggan 4.12.1 (b), Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 (Dipinda: Pekeliling Perbendaharaan Bil 2/2003).
-
Apakah elaun yang boleh dituntut oleh pegawai yang dikehendaki hadir ke mahkamah sebagai saksi Kerajaan?
Pegawai layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran lain seolah-olah ia bertugas rasmi seperti di perenggan 9, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.
-
Siapakah yang boleh memberi kelulusan perbelanjaan bagi perjalanan tugas rasmi pegawai ke luar negara?
Pegawai Pengawal seperti di perenggan 4, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2008.
-
Bolehkah seseorang pegawai yang pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan menuntut tambang perjalanan dari rumah kediamannya ke tempat beliau diarah bertugas?
Boleh seperti di perenggan 13, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.
-
Bolehkah pegawai membuat tuntutan kerana mengiringi keluarga (isteri/suami/anak-anak) mendapatkan rawatan di hospital luar kawasan?
Boleh sekiranya Pegawai Perubatan mengesahkan bahawa keluarganya memerlukan rawatan atau nasihat perubatan yang tidak boleh diperolehi di tempat ia bertugas seperti di perenggan 42. (a) Perintah Am Bab B 1974.
-
Berapakah kadar yang boleh dituntut untuk Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi?
Kadar bayaran yang boleh dituntut adalah sebanyak RM650.00 (pegawai) dan RM450.00 (pasangan) seperti di perenggan 10, (3) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007.
-
Berapakah kadar elaun gangguan yang boleh dituntut oleh pegawai yang bertukar wilayah?
Elaun Gangguan yang boleh dituntut ialah sebulan gaji hakiki pegawai seperti di perenggan 4.1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988.
-
Adakah pegawai yang memohon untuk menduduki Rumah Kerajaan layak menuntut bayaran perpindahan?
Tidak Layak seperti perenggan 3, Surat Kementerian Kewangan KK/BP10/687/698/656/2 Jld. 9 (97) bertarikh 26 Julai 2006.





