Services RSS

Soalan Lazim Perkhidmatan

Perkhidmatan

  1. Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang pegawai memohon pertukaran?
  2. Apakah kriteria-kriteria kenaikan pangkat yang digunakan oleh JPA?
  3. Adakah kenaikan pangkat sesuatu jawatan itu diasaskan hanya kepada markah prestasi (LNPT) semata-mata?
  4. Bolehkah pemberian pergerakan gaji melintang dan menegak diberi melebihi hak kuota yang ditetapkan (2% dan 3%)?
  5. Perlukah penilaian prestasi disediakan untuk seorang PYD yang enggan melengkapkan dan menandatangani borang penilaian prestasi mereka?
  6. Sekiranya saya pernah menduduki kursus induksi dalam jawatan lama, adakah saya boleh dikecualikan dari menghadiri kursus induksi dalam jawatan baru?
  7. Dalam borang pengisytiharan harta, di ruangan pengesahan Ketua Jabatan, siapakah Ketua Jabatan yang dimaksudkan sama ada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah atau Pengarah/ Setiausaha Bahagian atau Ketua sesuatu Cawangan/ Seksyen?
  8. Bolehkah Pihak Berkuasa Badan Berkanun melantik calon baru bagi mengisi jawatan kenaikan pangkat?
  9. Sebuah Majlis Perbandaran ingin mendapat pengesahan sama ada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1979 masih berkuatkuasa di bawah SSB bagi membolehkan Majlis berkenaan menimbangkan 4 kenaikan gaji kepada bekas anggota tentera yang dilantik secara tetap.
  10. Bagaimana menetapkan gaji permulaan kepada anggota yang telah disahkan di jawatan lama dan telah mendapat pelepasan untuk dilantik ke jawatan baru di agensi awam yang lain?
  11. Bagaimana kedudukan gaji anggotanya yang kembali semula ke jawatan asal kerana gagal disahkan dalam perkhidmatan, di mana dipersetujui oleh semua pihak?
  12. Adakah anggota kontrak layak diberi cuti tanpa gaji dan sekiranya diberi bagaimana dengan pembayaran ganjaran mereka?
  13. Seorang Pembantu Tadbir yang dilantik melalui proses Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) mulai 1.8.1991, mendapati gaji baru ditawarkan lebih rendah (gaji tertinggi jawatan baru tidak dapat menampung gaji akhir jawatan lama) dan merayu supaya beliau dipertimbangkan pemberian tiga hadiah pergerakan gaji bagi menampung kekurangan tersebut.
  14. Daripada semakan didapati tiada panduan dikeluarkan mengenai pengambilan bagi pekerja sambilan. Sebuah agensi ingin mendapatkan maklumat mengenai pekerja sambilan seperti berikut:-

    1. Dalam keadaan bila pekerja sambilan boleh diambil?;
    2. Prosedur pengambilan pekerja sambilan;
    3. Cuti rehat bagi pekerja sambilan; dan
    4. Rawatan perubatan untuk pekerja sambilan.

  15. Bolehkah Pekerja Khidmat Singkat (PKS) berkhidmat lebih daripada 6 bulan?
  16. Bolehkah PKS dibayar elaun kerja lebih masa?
  17. Bolehkah kadar upah PKS dibayar mengikut kelayakan akademik yang dimiliki oleh pekerja tersebut?
  18. Adakah pegawai lantikan kontrak mendapat kemudahan cuti bersalin?
  19. Bagaimanakah kedudukan kekananan, kenaikan pangkat dan pergerakan gaji tahunan pegawai yang cuti tanpa gaji mengikut pasangan?

Perkhidmatan

  1. Penilaian: +106

    Positive Negative

    Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang pegawai memohon pertukaran?

    Syarat permohonan pertukaran:

    1. bertujuan untuk pusingan kerja (tempoh tertakluk kepada jenis agensi);
    2. sesuai dengan rancangan pembangunan kerjaya; dan
    3. mempunyai/mengemukakan alasan yang munasabah; dan mendapat pelepasan Ketua Jabatan.
  2. Kembali ke atas

  3. Penilaian: +24

    Positive Negative

    Apakah kriteria-kriteria kenaikan pangkat yang digunakan oleh JPA?

    1. Sepertimana ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan berkenaan;
    2. Bergantung kepada kekosongan hakiki sesuatu jawatan;
    3. Bergantung kepada prestasi seseorang pegawai;
    4. Pegawai disahkan bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib; siasatan BPR dan lulus pengisytiharan harta; dan
    5. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan masing-masing.
  4. Kembali ke atas

  5. Penilaian: +47

    Positive Negative

    Adakah kenaikan pangkat sesuatu jawatan itu diasaskan hanya kepada markah prestasi (LNPT) semata-mata?

    Tidak. Beberapa faktor lain juga diambilkira. Misalnya

    1. Kursus kenaikan pangkat
    2. Temuduga
    3. Kesesuaian dan kelayakan anggota dengan jawatan yang akan disandang berasaskan kepada perakuan Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  6. Kembali ke atas

  7. Penilaian: +13

    Positive Negative

    Bolehkah pemberian pergerakan gaji melintang dan menegak diberi melebihi hak kuota yang ditetapkan (2% dan 3%)?

    Tidak boleh, kecuali jika kuota tersebut menghadkan angka 0.5 ke atas. Misalnya, jika kuota melintang 2% bersamaan dengan 3.5 orang, maka ia bolehlah digenapkan menjadi 4 orang.

  8. Kembali ke atas

  9. Penilaian: +19

    Positive Negative

    Perlukah penilaian prestasi disediakan untuk seorang PYD yang enggan melengkapkan dan menandatangani borang penilaian prestasi mereka?

    Penilaian prestasi untuk PYD seperti ini perlu juga disediakan, namun tindakan yang sesuai boleh diambil ke atas pegawai kerana keengganan mereka itu boleh dianggap satu perbuatan ingkar perintah.

  10. Kembali ke atas

  11. Penilaian: +14

    Positive Negative

    Sekiranya saya pernah menduduki kursus induksi dalam jawatan lama, adakah saya boleh dikecualikan dari menghadiri kursus induksi dalam jawatan baru?

    Anda boleh dikecualikan dari menghadiri semula kursus induksi dengan syarat kursus induksi yang telah anda hadiri tergolong dalam kumpulan yang sama dengan perkhidmatan yang anda sandang sekarang.

  12. Kembali ke atas

  13. Penilaian: +19

    Positive Negative

    Dalam borang pengisytiharan harta, di ruangan pengesahan Ketua Jabatan, siapakah Ketua Jabatan yang dimaksudkan sama ada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah atau Pengarah/ Setiausaha Bahagian atau Ketua sesuatu Cawangan/ Seksyen?

    Ketua Jabatan yang dimaksudkan di dalam borang berkenaan ialah pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi dan merupakan penyelia kepada pegawai/kakitangan bawahannya. Bagi pegawai/kakitangan yang bertugas di sesebuah Bahagian/Cawangan, Ketua Jabatannya ialah Ketua Bahagian atau Cawangan berkenaan. Bagi pegawai kanan di Kementerian umpamanya Pengarah Bahagian maka Ketua Jabatannya adalah Ketua Setiausaha Kementerian itu.

  14. Kembali ke atas

  15. Penilaian: +5

    Positive Negative

    Bolehkah Pihak Berkuasa Badan Berkanun melantik calon baru bagi mengisi jawatan kenaikan pangkat?

    Bagi perkhidmatan awam, Perintah Am Bab A 1973 tidak melarang pelantikan ke jawatan gred kenaikan pangkat oleh Pihak Berkuasa Melantik. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah pihak berkuasa berkanun, mereka perlu merujuk kepada undang-undang penubuhannya atau peraturan berkaitan perkhidmatan kakitangan yang berkuatkuasa di Badan berkenaan sebelum boleh melaksanakan perkara ini kerana peruntukan Perintah Am, khususnya Perintah Am Bab A 1973 tidak terpakai kepadanya kecuali telah diterimapakai oleh pihak pengurusannya.

  16. Kembali ke atas

  17. Penilaian: +15

    Positive Negative

    Sebuah Majlis Perbandaran ingin mendapat pengesahan sama ada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1979 masih berkuatkuasa di bawah SSB bagi membolehkan Majlis berkenaan menimbangkan 4 kenaikan gaji kepada bekas anggota tentera yang dilantik secara tetap.

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1979 masih berkuatkuasa. Sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang mempunyai Pihak Berkuasa Melantiknya sendiri, pertimbangan menentukan kesesuaian pengalaman anggotanya untuk maksud pemberian hadiah pergerakan gaji boleh diputuskan sendiri oleh Majlis berkenaan.

  18. Kembali ke atas

  19. Penilaian: +15

    Positive Negative

    Bagaimana menetapkan gaji permulaan kepada anggota yang telah disahkan di jawatan lama dan telah mendapat pelepasan untuk dilantik ke jawatan baru di agensi awam yang lain?

    Penetapan gaji permulaannya hendaklah mematuhi Perintah Am 33 Bab A 1973, iaitu di matagaji tertinggi yang berhampiran dalam tanggagaji jawatan barunya.

  20. Kembali ke atas

  21. Penilaian: +13

    Positive Negative

    Bagaimana kedudukan gaji anggotanya yang kembali semula ke jawatan asal kerana gagal disahkan dalam perkhidmatan, di mana dipersetujui oleh semua pihak?

    Perenggan 13, Perintah Am Bab A 1973 membolehkan anggota yang kembali ke jawatan asal kerana gagal disahkan dalam jawatan baru dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan secara isyarat tapi tidak lebih daripada peringkat mendatar. Anggota hanya layak menikmati gaji sebenar pada tarikh kuatkuasa beliau balik ke jawatan berkenaan.

  22. Kembali ke atas

  23. Penilaian: +4

    Positive Negative

    Adakah anggota kontrak layak diberi cuti tanpa gaji dan sekiranya diberi bagaimana dengan pembayaran ganjaran mereka?

    Pemberian cuti berkenaan tertakluk kepada syarat sama ada kemudahan tersebut diperuntukkan dalam perjanjian kontrak yang telah ditandatangani oleh anggota. Sekiranya ada, dan anggota telah menggunakan kemudahan itu, maka pengiraan ganjarannya hendaklah dibuat secara prorata (proportionate), di mana tempoh cuti tanpa gaji tidak diambilkira dalam pengiraan tersebut.

  24. Kembali ke atas

  25. Penilaian: +5

    Positive Negative

    Seorang Pembantu Tadbir yang dilantik melalui proses Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) mulai 1.8.1991, mendapati gaji baru ditawarkan lebih rendah (gaji tertinggi jawatan baru tidak dapat menampung gaji akhir jawatan lama) dan merayu supaya beliau dipertimbangkan pemberian tiga hadiah pergerakan gaji bagi menampung kekurangan tersebut.

    Permohonan penama tidak dapat dipertimbangkan kerana kaedah penetapan gaji permulaan bagi anggota KPSL seperti yang dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1997 berkuatkuasa mulai 1.1.1992 dan tidak terpakai kepadanya. Begitu juga peraturan pemberian hadiah pergerakan gaji tidak boleh digunapakai kerana pelaksanaannya hanya kepada jawatan tertentu yang berasaskan pencapaian akademik dan skil.

  26. Kembali ke atas

  27. Penilaian: +6

    Positive Negative

    Daripada semakan didapati tiada panduan dikeluarkan mengenai pengambilan bagi pekerja sambilan. Sebuah agensi ingin mendapatkan maklumat mengenai pekerja sambilan seperti berikut:-

    1. Dalam keadaan bila pekerja sambilan boleh diambil?;
    2. Prosedur pengambilan pekerja sambilan;
    3. Cuti rehat bagi pekerja sambilan; dan
    4. Rawatan perubatan untuk pekerja sambilan.

    1. Pengambilan pekerja sambilan adalah salah satu alternatif bagi Ketua Jabatan menyelesaikan beban tugas sedia ada dengan pengambilan secara bukan tetap bagi tempoh tidak melebihi setahun. Ketua Jabatan boleh menguruskan pengambilan pekerja sambilan apabila jabatan menghadapi sesuatu tugas yang perlu disegerakan tetapi tidak dapat disempurnakan dengan bilangan staf yang ada. Perkara dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1978. ( SPP 9/ 1978).
    2. Permohonan kelulusan pengambilan pekerja sambilan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan kewangan atau menggunakan peruntukan sedia ada bagi pembayaran upah. Prosedur permohonan dijelaskan dalam SPP 9/1978. Permohonan hendaklah lengkap dengan mengemukakan maklumat berikut:
      1. butiran tugasan yang ingin dilaksanakan;
      2. jenis jawatan dalam jabatan yang biasa menjalankan tugasan seperti dipohon;
      3. bilangan pekerja yang diperlukan;
      4. jangka masa tugas boleh diselesaikan;
      5. sebab atau alasan kenapa pekerja sambilan diperlukan; dan
      6. maklumat lain yang berkaitan.
    3. Pekerja sambilan layak diberi Cuti Rehat Bergaji Penuh bagi setiap kali genap 23 hari bekerja tetapi tidak melebihi 7 hari Cuti Rehat dalam satu tahun kalendar. Baki Cuit Rehat yang tidak diambil tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya. Kelayakan ini dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan (PP) Bil. 17 Tahun 2005.
    4. Pekerja sambilan layak mendapat rawatan perubatan percuma untuk dirinya tidak termasuk suami/ isteri dan anak di klinik atau hospital Kerajaan. Kelayakan memasuki wad adalah tidak melebihi kelas dua. Perkara dijelaskan di dalam PP Bil. 3 Tahun 1994.
  28. Kembali ke atas

  29. Penilaian: +14

    Positive Negative

    Bolehkah Pekerja Khidmat Singkat (PKS) berkhidmat lebih daripada 6 bulan?

    Perenggan 4.2(vii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menetapkan tempoh perkhidmatan PKS terhad kepada tempoh maksimum 6 bulan sahaja dan tidak boleh disambung lagi selepas tempoh berkenaan.

  30. Kembali ke atas

  31. Penilaian: +3

    Positive Negative

    Bolehkah PKS dibayar elaun kerja lebih masa?

    Perenggan 4.3(ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 menetapkan PKS tidak layak dibayar elaun kerja lebih masa.

  32. Kembali ke atas

  33. Penilaian: +16

    Positive Negative

    Bolehkah kadar upah PKS dibayar mengikut kelayakan akademik yang dimiliki oleh pekerja tersebut?

    Perenggan 4.3(i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 menetapkan bahawa kadar upah hendaklah dibayar mengikut formula yang ditetapkan berdasarkan skim perkhidmatan yang disandarkan dan bukan kelayakan atau kelulusan akademik pekerja.

  34. Kembali ke atas

  35. Penilaian: +5

    Positive Negative

    Adakah pegawai lantikan kontrak mendapat kemudahan cuti bersalin?

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005 menjelaskan pegawai wanita lantikan kontrak (warganegara) layak mendapat kemudahan cuti bersalin selama 60 hari sebanyak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Kerajaan.

  36. Kembali ke atas

  37. Penilaian: +18

    Positive Negative

    Bagaimanakah kedudukan kekananan, kenaikan pangkat dan pergerakan gaji tahunan pegawai yang cuti tanpa gaji mengikut pasangan?

    Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005, pegawai yang cuti tanpa gaji mengikut pasangan akan:

    1. hilang kekananan selama tempoh cuti tanpa gaji;
    2. layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatannya sebelum cuti tanpa gajinya bermula; dan
    3. layak mendapat pergerakan gaji secara isyarat tidak lebih daripada tiga (3) kali dalam tempoh perkhidmatan.
  38. Kembali ke atas