Soalan Lazim Perolehan
Perolehan
- Bagaimana untuk mendapatkan perolehan melalui sebut harga / tender di JPA?
- Bagaimana untuk mendaftar dalam urusan waran perjalanan udara?
- Bagaimana untuk mendapatkan perolehan secara pembelian terus di JPA?
Perolehan
-
Bagaimana untuk mendapatkan perolehan melalui sebut harga / tender di JPA?
Sebelum sebut harga / tender dibuka, ia akan diiklankan seperti berikut:-
- Sebut harga diiklankan di papan kenyataan Seksyen Perolehan dan yang mengandungi perkara-perkara berikut:-
- Jabatan yang memanggil sebut harga;
- tajuk sebut harga;
- syarat kelayakan penyebut harga;
- Bidang/Kelas/Kepala Pendaftaran; dan
- Tempat, tarikh dan waktu sebut harga diterima dan ditutup.
- Untuk tender, publisiti yang secara meluas hendaklah dibuat supaya pembekal yang bona fide berpeluang menyertainya. Tender tempatan diiklankan dan sekurang-kurangnya satu (1) akhbar harian utama berbahasa Melayu dibuat. Untuk tender antarabangsa sekurang-kurangnya dilakukan dalam dua (2) akhbar, di mana satu berbahasa Melayu dan satu berbahasa Inggeris. Sesalinan iklan tender tersebut akan dihantar kepada Dewan Perniagaan dan Perusahaan Bumiputera Malaysia (DPPBM), MAMPU dan JPM untuk dimasukkan ke dalam laman web Malaysian Civil Service Link (MCSL). Bagi tender untuk projek pembinaan pula, maklumat iklan tender akan dimasukkan ke dalam laman web Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
- Maklumat ini juga akan dimasukkan dalam portal ePerolehan (www.eperolehan.com.my). Mana-mana syarikat yang berdaftar dengan Sistem ePerolehan akan dapat mencapai maklumat tersebut dan boleh menyertai sebut harga secara atas talian (on-line).
Untuk masa akan datang, perolehan sebut harga secara atas talian (online) melalui Sistem ePerolehan akan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, perolehan secara tender masih dibuat secara manual mengikut prosedur yang telah berkuat kuasa.
- Sebut harga diiklankan di papan kenyataan Seksyen Perolehan dan yang mengandungi perkara-perkara berikut:-
-
Bagaimana untuk mendaftar dalam urusan waran perjalanan udara?
Wakil syarikat perlu datang sendiri ke Seksyen Perolehan, Aras 9, Blok C1 dengan membawa profil syarikat dan dokumen-dokumen berkaitan dan menandatangani Buku Lawatan Agensi ke JPA dengan menurunkan cop syarikat dan tandatangan;
Maklumat syarikat akan didaftarkan dalam sistem SISKET di Seksyen Perolehan dan syarikat akan dihubungi berdasarkan maklumat kekerapan lawatan syarikat dalam Buku Lawatan;
Prestasi syarikat akan dinilai dan dimasukkan dalam sistem SISKET. -
Bagaimana untuk mendapatkan perolehan secara pembelian terus di JPA?
Wakil syarikat perlu datang ke Seksyen Perolehan, Aras 9, Blok C1 dengan membawa profil syarikat dan dokumen-dokumen berkaitan untuk tujuan pendaftaran;
Maklumat syarikat akan didaftarkan dalam Sistem SEPADU; dan
Syarikat akan dihubungi untuk mendapatkan sebut harga berdasarkan kod bidang berkaitan.





