Siri 2 RSS

Sistem Saraan Malaysia Siri 2

Prinsip Pemindahan Gaji

  1. Apakah dimaksudkan dengan Penggredan Semula di dalam Sistem Saraan Malaysia? Perlukan contoh bagi klasifikasi jawatan Sistem Maklumat (F5)
  2. Maksud lima lapisan gred kenaikan pangkat berdasarkan Skim Pembantu Tadbir Gred N9.
  3. Kursus dan peperiksaan yang diadakan sama ada tiap-tiap tahun atau bagaimana..
  4. Saya sekarang seorang guru di matrikulasi dan berada di P1T20. Bermakna lebih kurang 6 tahun lagi boleh dapat time-based. Tetapi jika mengambil Sistem Saraan Malaysia bermaksud saya kena tunggu 7 tahun barulah dapat time-based. Bagaimana keadaan seorang guru yang akan masuk degree time based jika memilih Sistem Saraan Malaysia?
  5. Apakah ciri yang digunakan bagi seorang anggota untuk mendapat pergerakan anjakan gaji?
  6. Apakah elemen yang digunakan pakai untuk pergerakan gaji biasa tahunan?
  7. Apakah jawatan-jawatan yang di ‘Up-Gred’ kan.
  8. Adakah Elaun Perkhidmatan Kritikal diberi hanya kepada 4 jawatan yang disebut sahaja. Sedangkan banyak jawatan lain juga sama keperluannya. Contohnya Pembantu Makmal C7.


Prinsip Pemindahan Gaji

  1. Apakah dimaksudkan dengan Penggredan Semula di dalam Sistem Saraan Malaysia? Perlukan contoh bagi klasifikasi jawatan Sistem Maklumat (F5)

    Selaras dengan penambahbaikan lapis gred baru di bawah Sistem Saraan Malaysia maka jawatan-jawatan yang sedia ada perlu digredkan semula. Agensi diminta memberi keutamaan untuk melaksanakan urusan penggredan semula jawatan ini supaya selaras dengan hasrat pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia yang menekankan kepada peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik. Urusan ini hendaklah dilaksanakan sebelum atau pada 30 Mac 2003.

    Penggredan semula ini adalah berpandukan pada 4 prinsip umum berikut:

    1. Pewujudan jawatan baru secara tukar ganti(Trade -Off);
    2. Struktur Organisasi yang mendatar dikekalkan;
    3. Nilai tugas yang dinaikkan gred boleh dinilai dari segi faktor tanggungjawab dan kompleksiti tugas; dan
    4. Relativiti dan pariti dikekalkan.

    Contoh bagi klasifikasi Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F5 ialah tambahan satu lagi lapisan gred pada Gred F4 iaitu gred F5, F4, F4A.

  2. Kembali ke atas

  3. Maksud lima lapisan gred kenaikan pangkat berdasarkan Skim Pembantu Tadbir Gred N9.

    Lapisan gred kenaikan pangkat berdasarkan Skim Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N9 di bawah Sistem Saraan Malaysia ialah dengan menambah satu lagi lapisan gred baru yang lebih tinggi daripada gred kenaikan pangkat yang sedia ada. Ini bermakna gred baru bagi Skim Perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/Operasi) di bawah Sistem Saraan Malaysia ialah N17, N22 dan N26.

  4. Kembali ke atas

  5. Kursus dan peperiksaan yang diadakan sama ada tiap-tiap tahun atau bagaimana..

    Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) akan diadakan sekali setahun manakala bilangan kursus akan bergantung kepada bilangan calon tetapi tertakluk kepada kapasiti agensi untuk melaksanakan kursus-kursus berkenaan.

  6. Kembali ke atas

  7. Saya sekarang seorang guru di matrikulasi dan berada di P1T20. Bermakna lebih kurang 6 tahun lagi boleh dapat time-based. Tetapi jika mengambil Sistem Saraan Malaysia bermaksud saya kena tunggu 7 tahun barulah dapat time-based. Bagaimana keadaan seorang guru yang akan masuk degree time based jika memilih Sistem Saraan Malaysia?

    Perbekalan time-based untuk PPPS (termasuk Guru Matrikulasi) di bawah Sistem Saraan Baru dikekalkan dalam Sistem Saraan Malaysia dengan tempohnya dipendekkan. Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan garis panduan terperinci tentang kaedah kenaikan pangkat secara time-based apabila Sistem Saraan Malaysia dikuatkuasakan pada 1 November 2002.

  8. Kembali ke atas

  9. Apakah ciri yang digunakan bagi seorang anggota untuk mendapat pergerakan anjakan gaji?

    • Disahkan dalam perkhidmatan, di mana berkenaan;
    • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    • Lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
    • Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.
  10. Kembali ke atas

  11. Apakah elemen yang digunakan pakai untuk pergerakan gaji biasa tahunan?

    • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
    • Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan

    Jawapan Tambahan

    • 3 peringkat gaji untuk gred lantikan(sama seperti Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Baru)
    • 2 peringkat gaji untuk gred kenaikan pangkat (P1 sedia ada dikekalkan, P2 dimansuhkan dan P3 sedia ada dijadikan P2 yang baru)
  12. Kembali ke atas

  13. Apakah jawatan-jawatan yang di ‘Up-Gred’ kan.

    Di bawah Sistem Saraan Malaysia beberapa penambahbaikan dilakukan. Salah satu penambahbaikan tersebut ialah penambahan lapisan gred dalam skim-skim perkhidmatan berdasarkan peranan dan fungsi bidang tugas setiap skim perkhidmatan.

    Skim perkhidmatan dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ditambah satu atau dua lapisan gred.

    Skim perkhidmatan dalam kumpulan sokongan berkelayakan Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan dan Sijil Pelajaran Malaysia yang mempunyai kurang daripada 3 lapisan gred ditambah satu lapisan gred.

    Skim-skim perkhidmatan dalam kumpulan Sokongan berkelayakan Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran dan ke bawah, lapisan gred baru diperuntukan hanya kepada perkhidmatan yang mempunyai satu lapisan gred.

    Selaras dengan tambahan lapisan gred itu, jawatan sedia ada perlu digredkan semula. Penggredan semula ini akan dilakukan sebelum atau pada 30 Mac 2002 dan akan berpandukan kepada beberapa prinsip tertentu. Salah satu prinsip yang dipakai ialah faktor tanggungjawab dan kompleksiti tugas jawatan yang akan digredkan semula.

  14. Kembali ke atas

  15. Adakah Elaun Perkhidmatan Kritikal diberi hanya kepada 4 jawatan yang disebut sahaja. Sedangkan banyak jawatan lain juga sama keperluannya. Contohnya Pembantu Makmal C7.

    Pada masa ini Elaun Perkhidmatan Kritikal telah diberikan kepada 22 skim perkhidmatan dan dalam Sistem Saraan Malaysia ditambah 4 lagi skim perkhidmatan menjadikan 26 kesemuanya.

  16. Kembali ke atas