Siri 3 RSS

Sistem Saraan Malaysia Siri 3

Perjawatan

  1. Adakah gred N11 akan dijumudkan dan dinaikkan taraf ke gred N9?
  2. Dalam lampiran B17, didapati bahawa mukasurat 2/2 tidak dilampirkan. Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi telah dimasukkan ke dalam senarai perkhidmatan krikital tetapi dalam lampiran B17 tidak terdapat kedua-dua jawatan ini dalam Sistem Saraan Malaysia.
  3. Kedudukan Guru DG3?
  4. Bagi Perkhidmatan Pendidikan dalam Sistem Saraan Malaysia adalah sistem “time base” (kenaikan ke DG2 apabila mencapai tahap gaji tertentu) masih dikekalkan.

Elaun & Kemudahan

  1. Definisi mengenai Imbuhan Tetap Keraian yang diberi kepada Pengurusan Atasan? Adakah imbuhan ini untuk perbelanjaan keraian penerima dan boleh di tuntut semula?
  2. Adakah terdapat perubahan pada Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kakitangan?
  3. Adakah kadar elaun sewa hotel/lojing kakitangan sokongan akan dinaikkan?
  4. Apakah struktur baru untuk elaun dan kemudahan dalam Sistem Saraan Malaysia?
  5. Adakah perubahan terhadap Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Imbuhan Tetap Perumahan bagi DG3 dan apakah faedah dan kemudahan terbaru bagi gred tersebut?
  6. Adakah Imbuhan Tetap Perumahan berubah jika masuk DG3A untuk gaji guru?
  7. Bagaimanakah struktur elaun bagi pegawai yang berkhidmat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Perkhidmatan Kewangan)?
    Kenaikan kadar Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam?
    Adakah semakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam?
  8. Penetapan gaji, elaun dan lain-lain kemudahan?
  9. Sila maklumkan kepada kami tentang kedudukan gaji/ elaun/ kemudahan yang diperolehi di bawah Sistem Saraan Malaysia bagi pegawai dan Penolong Pegawai Pertanian (G3 dan G5)?
  10. Peningkatan matagaji dan bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia dibayar pada setiap bulan atau bagaimana?
  11. Jika tidak memilih Sistem Saraan Malaysia, layakkah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia?
  12. Bagaimanakah kadar elaun dan kemudahan diselaraskan menjadi satu kadar?
  13. Perkiraan gaji, penetapan elaun-elaun dan kemudahan lain?
    Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia mengenai gaji dan penetapan elaun dan kemudahan?
  14. Sekiranya saya ada di DG3A, berapakah ITP, EKA dan elaun keraian?
  15. Adakah elaun perumahan dan khidmat awam akan dinaikkan dan berapakah jumlah kenaikannya?
  16. Apakah elaun-elaun yang dinyatakan dalam Sistem Saraan Malaysia?
  17. Adakah Elaun Perkhidmatan Kritikal diberi hanya kepada 4 jawatan yang disebut sahaja. Sedangkan banyak jawatan lain juga sama keperluannya. Sebagai contoh Pembantu Makmal C7?
  18. Apakah kadar Imbuhan Tetap Perumahan yang baru bagi pegawai awam gred 3 contohnya Gred DG3?


Perjawatan

  1. Adakah gred N11 akan dijumudkan dan dinaikkan taraf ke gred N9?

    Tidak, sebaliknya Gred N11 dikekalkan dan begitu juga Gred N9. Dalam Sistem Saraan Malaysia, Gred N11 kekal dengan N11 manakala Gred N9 akan menjadi Gred N17.

  2. Kembali ke atas

  3. Dalam lampiran B17, didapati bahawa mukasurat 2/2 tidak dilampirkan. Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi telah dimasukkan ke dalam senarai perkhidmatan krikital tetapi dalam lampiran B17 tidak terdapat kedua-dua jawatan ini dalam Sistem Saraan Malaysia.

    Untuk makluman tuan, perkhidmatan kritikal sememangnya disenaraikan dalam lampiran B17, Sehubungan itu skim perkhidmatan Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi, masing-masing tersenarai dalam bilangan 28 dan 30 di muka surat 2/2. Bahawa dengan ini disahkan kedua-dua Skim Perkhidmatan ini adalah tergolong sebagai Perkhidmatan Kritikal dan layak menerima elaun kritikal.

  4. Kembali ke atas

  5. Kedudukan Guru DG3?

    Berikut ialah di antara penambahbaikan yang dibuat bagi guru-guru DG3;

    1. kod gaji DG3 diubah kepada DG41
    2. Gred DG3 dibekalkan dengan “Time base” ke Gred DG44 setelah perkhidmatan lebih 10 tahun di atas Gred DG41 dan dari DG44 anggota boleh dinaikkan pangkat secara “Time base” ke DG48 apabila berkhidmat lebih 10 tahun di gred DG44. Selain syarat tempoh perkhidmtan 10 tahun masing-masing di Gred 41 dan 44. Syarat-syarat lain juga perlu dipenuhi (Rujuk Skim Perkhidmatan dalam Lampiran C kepada PP 4/2002.
    3. Anggota DG3 juga layak mendapat dua anjakan gaji daripada P1 ke P2 dan P2 ke P3 setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan (Sila rujuk perenggan 51 PP 4/2002).
    4. Peningkatan matagaji sebanyak RM65.00 diperuntukkan bagi setiap mata gaji Gred DG3.
    5. Satu matagaji tambahan diperuntukkan kepada matagaji maksimum iaitu P1 T27 (matagaji maksimumj sekarang ialah P1 T26)
  6. Kembali ke atas

  7. Bagi Perkhidmatan Pendidikan dalam Sistem Saraan Malaysia adalah sistem “time base” (kenaikan ke DG2 apabila mencapai tahap gaji tertentu) masih dikekalkan.

    Dalam Sistem Saraan Malaysia kenaikan pangkat secara time base masih dikekalkan dengan pengubahsuaian dibuat ke atas syarat-syarat berkaitan. Time base adalah daripada Gred DG41 ke DG44 (tempoh perkhidmatan ialah 10 tahun atas DG41) dan daripada DG44 ke DG48 (tempoh perkhidmatan ialah 10 tahun atas DG44).

  8. Kembali ke atas

Elaun & Kemudahan

  1. Definisi mengenai Imbuhan Tetap Keraian yang diberi kepada Pengurusan Atasan? Adakah imbuhan ini untuk perbelanjaan keraian penerima dan boleh di tuntut semula?

    Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pegurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan. Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggungjawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra.

  2. Kembali ke atas

  3. Adakah terdapat perubahan pada Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kakitangan?

    Tiada, disebabkan Sistem Saraan Malaysia bukan satu semakan gaji atau semakan kadar elaun.

  4. Kembali ke atas

  5. Adakah kadar elaun sewa hotel/lojing kakitangan sokongan akan dinaikkan?

    Tiada, disebabkan Sistem Saraan Malaysia bukan semakan gaji atau semakan kadar elaun

  6. Kembali ke atas

  7. Apakah struktur baru untuk elaun dan kemudahan dalam Sistem Saraan Malaysia?

    Pemberian elaun dan kemudahan mengikut kategori dan batasan gaji akan diubah mengikut gred. Misalan, pembayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam sebanyak RM 170 sebulan bagi pegawai dalam Kategori V di bawah Sistem Saraan Baru diubah kepada pegawai Gred 35 hingga Gred 40 dengan kadar yang sama.

  8. Kembali ke atas

  9. Adakah perubahan terhadap Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Imbuhan Tetap Perumahan bagi DG3 dan apakah faedah dan kemudahan terbaru bagi gred tersebut?

    Tiada perubahan terhadap kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Imbuhan Tetap Perumahan. Walau bagaimanapun, pembayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi pegawai Gred DG3 yang mengikut Kategori dan batasan gaji telahpun diubah kepada Gred DG41 dan mengikut tempoh perkhidmatan. Pegawai Gred DG41 yang berkhidmat dalam tempoh satu hingga sembilan tahun akan menerima kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam sebanyak RM 170 sebulan, manakala pegawai DG41 yang berkhidmat pada tahun ke sepuluh dan ke atas dalam gred yang sama, dibayar kadar RM300 sebulan.

  10. Kembali ke atas

  11. Adakah Imbuhan Tetap Perumahan berubah jika masuk DG3A untuk gaji guru?

    Tiada perubahan kepada kadar Imbuhan Tetap perumahan yang dibayar kepada pegawai Gred DG3A iaitu satu Gred baru di bawah Sistem Saraan Malaysia. Walau bagaimanapun, gred baru itu ialah Gred DG44 dan pegawai layak ImbuhanTetap Keraian sebanyak RM400 sebulan, tetapi tidak lagi layak Imbuhan Tetap Khidmat Awam.

  12. Kembali ke atas

  13. Bagaimanakah struktur elaun bagi pegawai yang berkhidmat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Perkhidmatan Kewangan)?
    Kenaikan kadar Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam?
    Adakah semakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam?

    Tiada perubahan. Ini tiada perubahan terhadap kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)

  14. Kembali ke atas

  15. Penetapan gaji, elaun dan lain-lain kemudahan?

    Elaun dan kemudahan yang dibayar mengikut kategori dan batasan gaji di bawah Sistem Saraan Baru diubah kepada bayaran mengikut Gred di bawah Sistem Saraan Malaysia.

  16. Kembali ke atas

  17. Sila maklumkan kepada kami tentang kedudukan gaji/ elaun/ kemudahan yang diperolehi di bawah Sistem Saraan Malaysia bagi pegawai dan Penolong Pegawai Pertanian (G3 dan G5)?

    Tiada kemudahan dalam kadar elaun dan kemudahan. Elaun dan kemudahan yang dibayar mengikut Kategori dan batasan gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia diubah kepada bayaran mengikut Gred di bawah Sistem Saraan Malaysia. Walau bagaimanapun, pembayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi gred G3 diubah kepada Gred G41 dan mengikut tempoh perkhidmatan. Pegawai G41 yang berkhidmat dalam tempoh satu hingga sembilan tahun akan menerima kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam sebanyak RM170 sebulan, manakala pegawai G41 yang berkhidmat pada tahun ke 10 dan ke atas dalam gred yang sama, dibayar kadar RM300 sebulan.

  18. Kembali ke atas

  19. Peningkatan matagaji dan bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia dibayar pada setiap bulan atau bagaimana?

    Peningkatan matagaji merupakan peningkatan kepada matagaji yang disediakan untuk Sistem Saraan Malaysia akan dibayar secara bulanan, manakala Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia dibayar sekali sahaja kepada pegawai yang memilih terima Sistem Saraan Malaysia.

  20. Kembali ke atas

  21. Jika tidak memilih Sistem Saraan Malaysia, layakkah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia?

    Tidak, kerana bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia adalah bayaran
    khusus yang dibayar kepada anggota perkhidmatan awam yang memilih terima opsyen Sistem Saraan Malaysia.

  22. Kembali ke atas

  23. Bagaimanakah kadar elaun dan kemudahan diselaraskan menjadi satu kadar?

    Sejauhmana boleh berdasarkan keupayaan kerajaan, elaun yang mempunyai dua kadar bagi satu gred diselaraskan kepada kadar yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pembayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan profesional masih dikekalkan dengan dua kadar dan dibayar mengikut tempoh perkhidmatan pegawai berada dalam Gred yang sama.

  24. Kembali ke atas

  25. Perkiraan gaji, penetapan elaun-elaun dan kemudahan lain?
    Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia mengenai gaji dan penetapan elaun dan kemudahan?

    Elaun dan kemudahan yang dibayar mengikut kategori dan batasan gaji di bawah Sistem Saraan Baru diubah kepada pembayaran mengikut Gred. Misalannya, pembayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada pegawai dalam kategori V di bawah Sistem Saraan Baru iaitu, sebanyak RM170 sebulan diubah kepada pegawai Gred 35 hingga gred 40 dengan bayaran kadar yang sama. Begitu juga bagi kemudahan Cuti Rehat untuk pegawai dalam kategori V diubah kepada pagawai Gred 35 hingga Gred 40 dengan kelayakan cuti rehat yang sama.

  26. Kembali ke atas

  27. Sekiranya saya ada di DG3A, berapakah ITP, EKA dan elaun keraian?

    Tiada perubahan kepada kadar Imbuhan Tetap Perumahan yang dibayar kepada pegawai gred DG3A, iaitu satu Gred baru di bawah Sistem Saraan Malaysia. Walau bagaimanapun, gred baru itu ialah Gred DG44 dan pegawai layak Imbuhan Tetap Keraian sebanyak RM400 sebulan, tetapi tidak lagi layak Imbuhan Tetap Khitmat Awam.

  28. Kembali ke atas

  29. Adakah elaun perumahan dan khidmat awam akan dinaikkan dan berapakah jumlah kenaikannya?

    Tiada perubahan terhadap kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) disebabkan Sistem Saraan Malaysia bukan satu semakan gaji atau semakan kadar elaun.

  30. Kembali ke atas

  31. Apakah elaun-elaun yang dinyatakan dalam Sistem Saraan Malaysia?

    Elaun-elaun yang berada di Sistem Saraan Baru masih diteruskan di bawah Sistem Saraan Malaysia.

  32. Kembali ke atas

  33. Adakah Elaun Perkhidmatan Kritikal diberi hanya kepada 4 jawatan yang disebut sahaja. Sedangkan banyak jawatan lain juga sama keperluannya. Sebagai contoh Pembantu Makmal C7?

    Bagi membolehkan sesuatu skim perkhidmatan layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ianya perlu memenuhi kreteria yang telah ditetapkan. Daripada kajian penilaian, hasil kajian menunjukkan bahawa senarai skim perkhidmatan yang layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal semasa Sistem Saraan Malaysia masih diteruskan. Disamping itu, sebanyak empat skim perkhidmatan ditambah kepada senarai sedia ada.

  34. Kembali ke atas

  35. Apakah kadar Imbuhan Tetap Perumahan yang baru bagi pegawai awam gred 3 contohnya Gred DG3?

    Tiada perubahan kepada kadar Imbuhan Tetap Perumahan bagi pegawai awam Gred 3

  36. Kembali ke atas