Sistem Saraan Malaysia Siri 4
Prinsip Pemindahan Gaji
Kaedah Pemindahan Gaji
- Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji Sistem Saraan Baru ke Sistem Saraan Malaysia dilaksanakan?
- Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji anggota yang sedang memangku?
-
Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji anggota yang dipinjamkan?
(Perenggan 46 P.P Bil. 4 Tahun 2002) - Adakah tarikh pergerakan gaji anggota yang memilih Sistem Saraan Malaysia berubah?
- Bagaimanakah kedudukan gaji anggota yang berada di jadual gaji Khas Untuk Penyandang (KUP)?
- Apakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia?
- Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia diberi kepada anggota yang tidak memilih terima Sistem Saraan Malaysia tetapi apabila dinaikkan pangkat akan diselaraskan kepada gred Sistem Saraan Malaysia yang setaraf?
- Apakah kadar Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia bagi anggota yang memangku Jawatan Utama C?
- Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia dikenakan caruman KWSP?
- Apakah yang dimaksudkan dengan Peningkatan Matagaji?
- Bagaimanakah kedudukan gaji anggota Sistem Saraan Baru yang tidak memilih terima Sistem Saraan Malaysia?
- Bagaimanakah pemindahan gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 kepada Sistem Saraan Malysia dilaksanakan?
- Adakah tarikh pergerakan gaji anggota Jawatankuasa Kabinet 1976 yang memilih terima Sistem Saraan Baru akan berubah apabila memilih terima Sistem Saraan Malaysia?
- Adakah tarikh pergerakan gaji anggota Jawankuasa Kabinet 1976 yang berada di matagaji berubah apabila memilih terima Sistem Saraan Malaysia?
- Adakah anggota Jawankuasa Kabinet 1976 layak menerima Peningkatan Matagaji dan Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia seperti anggota Sistem Saraan Baru yang memilih terima Sistem Saraan Malaysia?
Prinsip Pemindahan Gaji
(Perenggan 40 P.P Bil.4 Tahun 2002)
-
Apakah prinsip yang digunakan dalam pemindahan gaji Sistem Saraan Baru ke gaji Sistem Saraan Malaysia?
Prinsip pemindahan gaji Sistem Saraan Baru ke gaji Sistem Saraan Malaysia adalah dari matagaji ke matagaji iaitu di tangga yang sama dengan mengekalkan Peringkat gaji sedia ada.
Kaedah Pemindahan Gaji
(Perenggan 39 & 41 P.P.Bil. 4 Tahun 2002)
-
Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji Sistem Saraan Baru ke Sistem Saraan Malaysia dilaksanakan?
Kaedah pelaksanaan pemindahan gaji Sistem Saraan Baru ke Sistem Saraan Malaysia adalah seperti berikut:
- bagi gred lantikan, gred Jawatan Utama dan Gred Khas:
- diberi pergerakan gaji Sistem Saraan Baru mengikut tarikh pergerakan gaji masing-masing iaitu 1 Januari, 1 April, 1 Julai atau 1 Oktober; dan
- dipindahkan daripada matagaji Sistem Saraan Baru pada 31 Oktober 2002 kepada matagaji Sistem Saraan Malaysia pada 1 November 2002.
- bagi gred kenaikan pangkat:
- diberi pergerakan gaji Sistem Saraan Baru mengikut tarikh pergerakan gaji masing-masing iaitu 1 Januari, 1 April, 1 Julai atau 1 Oktober 2002;
- dilaksanakan pengubahsuaian Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Baru daripada tiga Peringkat kepada dua peringkat; dan
- dipindahkan kepada matagaji Sistem Saraan Malaysia pada 1 November 2002.
- bagi gred lantikan, gred Jawatan Utama dan Gred Khas:
-
Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji anggota yang sedang memangku?
Pemindahan gaji anggota dibuat berdasarkan gred dan gaji hakiki anggota.
-
Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji anggota yang dipinjamkan?
(Perenggan 46 P.P Bil. 4 Tahun 2002)- Gaji anggota yang dipinjamkan hendaklah dipindahkan ke gaji Sistem Saraan Malaysia berdasarkan gred dan gaji hakikinya.
- Pemindahan gaji pinjamannya adalah seperti berikut:
- gred gaji hakiki dan gred pinjaman adalah sama. Contohnya, anggota di gred hakiki M2 dipinjamkan ke gred M2. Pemindahan gaji adalah seperti di (i) di atas.
- Gred gaji pinjaman adalah setaraf dengan gred gaji hakiki. Contohnya, anggota di gred hakiki M2 dipinjamkan ke gred N2. Pemindahan gaji gred hakiki adalah seperti di (i) di atas. Pemindahan gaji gred pinjaman adalah di atas gred N2 (N48 Sistem Saraan Malaysia).
- Gred gaji pinjaman adalah lebih tinggi daripada gred hakiki. Contohnya anggota di gred hakiki M2 dipinjamkan ke gred M1. Perpindahan gaji gred hakiki adalah seperti di (a) di atas. Pemindahan gaji gred pinjaman adalah di atas gred M1 (M54 Sistem Saraan Malaysia)
- Gaji pinjaman di atas jadual gaji Khas Untuk Penyandang. Contohnya, anggota di gred hakiki M2 dipinjamkan ke gred N2-2. Pemindahan gaji gred hakiki adalah seperti di (i) di atas. Ketua Jabatan hendaklah merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Gaji dan Elaun untuk mendapatkan jadual gaji Sistem Saraan Malaysia N2-2 KUP (N48-2 KUP Sistem Saraan Malaysia.
-
Adakah tarikh pergerakan gaji anggota yang memilih Sistem Saraan Malaysia berubah?
Tarikh pergerakan gaji anggota yang memilih Sistem Saraan Malaysia tidak berubah kecuali:
- Tarikh pergerakan gaji anggota yang berada di matagaji maksimum pada 31 Oktober 2002 berubah mengikut tempoh anggota berada di matagaji maksimum seperti yang dijelaskan di Jadual 5 P.P. Bil 4 Tahun 2002 (muka surat 11) iaitu seperti berikut:
Perubahan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Anggota Yang Berada Di Matagaji Maksimum Pada 31 Oktober 2002
Tempoh masa Di Matagaji Maksimum Pergerakan Gaji Pada Tahun 2003 Satu tahun dan ke atas 1 Januari Lapan bulan dan ke atas tetapi kurang daripada satu tahun 1 April Empat bulan dan ke atas tetapi kurang daripada lapan bulan 1 Julai Kurang daripada empat bulan 1 Oktober - tarikh pergerakan gaji anggota yang berada di peringkat 3 gred kenaikan pangkat (tidak termasuk anggota di Peringkat gaji P2 yang dipindahkan ke P3) diubah kepada 1 Januari mulai tahun 2003.
- Tarikh pergerakan gaji anggota yang berada di matagaji maksimum pada 31 Oktober 2002 berubah mengikut tempoh anggota berada di matagaji maksimum seperti yang dijelaskan di Jadual 5 P.P. Bil 4 Tahun 2002 (muka surat 11) iaitu seperti berikut:
-
Bagaimanakah kedudukan gaji anggota yang berada di jadual gaji Khas Untuk Penyandang (KUP)?
- Sekiranya gaji anggota boleh ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia, anggota berkenaan tidak lagi berada di jadual gaji KUP.
- Jika tidak dapat ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia:
- pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan jadual gaji KUP SSM; dan
- sekiranya masih tidak dapat ditampung oleh jadual gaji KUP Sistem Saraan Malaysia, Ketua Jabatan hendaklah merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Gaji dan Elaun.
-
Apakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia?
Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia adalah bayaran yang diberi sekali sahaja pada 1 November 2002 apabila anggota tetap membuat opsyen memilih terima Sisten Saraan Malaysia.
-
Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia diberi kepada anggota yang tidak memilih terima Sistem Saraan Malaysia tetapi apabila dinaikkan pangkat akan diselaraskan kepada gred Sistem Saraan Malaysia yang setaraf?
Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia tidak diberi kepada anggota yang tidak memilih terima Sistem Saraan Malaysia apabila memasuki Sistem Saraan Malaysia melalui kenaikan pangkat.
-
Apakah kadar Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia bagi anggota yang memangku Jawatan Utama C?
Anggota layak dibayar kadar mengikut jawatan yang dipangku iaitu RM650.00 (kadar bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi)
-
Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia dikenakan caruman KWSP?
Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia yang diberikan kepada anggota yang memilih terima Sistem Saraan Malaysia bukan merupakan upah seperti yang ditakrifkan di bawah akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dan dengan itu ianya tidak wajib dicarumkan ke KWSP.
-
Apakah yang dimaksudkan dengan Peningkatan Matagaji?
Peningkatan matagaji ialah tambahan kepada matagaji yang diberi berasaskan Kumpulan Perkhidmatan iaitu Kumpulan Pengurusan Tertinggi RM110.00, kumpulan Pengurusan dan Profesional RM65.00 dan Kumpulan sokongan RM15.00. Contoh Peningkatan Matagaji adalah seperti di jadual berikut:
Contoh Peningkatan Matagaji
Skim Perkhidmatan Sistem Saraan Baru Sistem Saraan Malaysia Catatan Pegawai Pertanian RM1408.44(P1TI) RM 1473.44(PITI) Peningkatan Matagaji RM65.00 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional -
Bagaimanakah kedudukan gaji anggota Sistem Saraan Baru yang tidak memilih terima Sistem Saraan Malaysia?
Gaji anggota Sistem Saraan Baru yang tidak memilih terima Sistem Saraan Malaysia akan kekal atas gaji sedia ada dan tidak layak menerima Peningkatan Matagaji, tambahan satu matagaji maksimum dan pengubahsuaian Jadual Gaji Matriks gred kenaikan pangkat.
-
Bagaimanakah pemindahan gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 kepada Sistem Saraan Malysia dilaksanakan?
Pemindahan gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 kepada Sistem Saraan Malaysia dilaksanakan berdasarkan kepada gaji yang diselaraskan, sebelum dipindahkan kepada matagaji yang sama atau tertinggi berhampiran di jadual gaji Sistem Saraan Malaysia mengikut klasifikasi dan gred jawatan yang berkaitan. Gaji yang diselaraskan merangkumi gaji pokok hakiki Jawatankuasa kabinet 1976, pemberian Pendahuluan Kenaikan Gaji 8%, peningkatan gaji 10% pada tahun 2000 dan 2002. Contoh pemindahan gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 kepada Sistem Saraan Malaysia adalah seperti di jadual berikut:
Contoh Pemindahan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 Kepada Gaji Sistem Saraan Malaysia
Skim Perkhidmatan Gaji Pokok Hakiki Jawatankuasa Kabinet A19 Gaji Yang Diselaraskan Pada 31.10.2002 Matagaji Sistem Saraan Malaysia Gred G41 Pegawai Pertanian RM2050.00 RM2678.94 2731.84 (P1T17) -
Adakah tarikh pergerakan gaji anggota Jawatankuasa Kabinet 1976 yang memilih terima Sistem Saraan Baru akan berubah apabila memilih terima Sistem Saraan Malaysia?
Tarikh pergerakan gaji anggota Jawatankuasa Kabinet 1976 yang memilih terima Sistem Saraan Malaysia akan berubah kepada salah satu daripada empat tarikh dalam setahun iaitu 1 Januari, 1 April, 1 Julai atau 1 Oktober. Penetapan tarikh pergerakan gaji bagi anggota Jawatankuasa Kabinet 1976 yang berpindah ke Sistem Saraan Malaysia adalah seperti di Jadual berikut:
Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Di bawah Sistem Saraan Malaysia
Tarikh Kenaikan Gaji Jawankuasa Kabinet 1976 Tarikh Pergerakan gaji Sistem Saraan Malaysia 1 Jan, 1 Feb dan 1 Mac 2002 1 Januari 2003 1 April, 1 Mei dan 1 Jun 2002 1 April 2003 1 Julai, 1 Ogos dan 1 Sept.2002 1 Julai 2003 1 Okt, 1 Nov dan 1 Dis 2002 1 Oktober 2003 -
Adakah tarikh pergerakan gaji anggota Jawankuasa Kabinet 1976 yang berada di matagaji berubah apabila memilih terima Sistem Saraan Malaysia?
Tarikh pergerakan gaji anggota Jawankuasa kabinet 1976 yang berada di matagaji maksimum pada 31 Oktober 2002 dan memilih terima Sistem Saraan Malaysia akan berubah seperti di jadual berikut:
Tarikh Pergerakan Gaji Anggota Yang Berada Di Matagaji Maksimum Pada 31 Oktober 2002.
Tempoh masa Di Matagaji Maksimum Tarikh Pergerakan Gaji Sistem Saraan Malaysia Mulai Tahun 2003 Satu tahun dan ke atas 1 Januari Lapan bulan dan ke atas tetapi kurang daripada satu tahun 1 April Empat bulan dan ke atas tetapi kurang daripada lapan bulan 1 Julai Kurang daripada empat bulan 1 Oktober -
Adakah anggota Jawankuasa Kabinet 1976 layak menerima Peningkatan Matagaji dan Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia seperti anggota Sistem Saraan Baru yang memilih terima Sistem Saraan Malaysia?
Anggota Jawatankuasa Kabinet 1976 yang memilih Sistem Saraan Malaysia layak menerima semua faedah di bawah Sistem Saraan Malaysia termasuk Peningkatan Matagaji dan Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia. Bagi mereka yang kekal dalam Jawatankuasa Kabinet 1976 tidak layak menerima sebarang faedah Sistem Saraan Malaysia.





