Sistem Saraan Malaysia Siri 5
Perkhidmatan: Urusan Pemangkuan
- Pegawai S2 yang sedang memangku untuk tujuan naik pangkat, apabila disahkan dalam jawatan selepas November 2002, apakah akan ditawarkan dalam gred 48?
- Jika ditawarkan dalam gred 48, apakah pegawai yang berkenaan perlu mengambil sebarang peperiksaan di bawah Sistem Saraan Malaysia sebagai syarat pengesahan jawatan dalam gred 48 itu?
- Sehingga bilakah pegawai dalam gred S2 dibenarkan terus memangku gred 48, sebab ada maklumat yang menyatakan pemangkuan dalam gred SSB dibenarkan sehingga bulan Mac 2003 sahaja, jika memilih Sistem Saraan Malaysia. Selepas itu pegawai yang berkenaan akan diletakkan dalam gred 41?
- Kedudukan status memangku saya serta elaun elaun yang dinikmati oleh saya selepas 1-11-2002 sekiranya saya menerima opsyen Sistem Saraan Malaysia yang ditawarkan.
- Adakah saya perlu mematuhi syarat meluluskan Penilaian Tahap Kecekapan yang ditentukan sebelum saya boleh disahkan dalam Gred Kenaikan Pangkat?
- Saya masih belum mengikuti kursus kenaikan pangkat. Gred Kenaikan Pangkat yang akan diberi apabila disahkan nanti - samada M44 atau M48?
Gaji dan Elaun
- Saya telah berkhidmat selama 16 tahun sebagai seorang guru: 9 tahun dalam gred DG6 dan 7 tahun dalam gred DG3. Bolehkah tempoh perkhidmatan saya diambil kira bagi kelayakan 10 tahun perkhidmatan?
- Mengikut surat tawaran opsyen saya pergerakan gaji baru adalah pada 1/1/2003. Saya telah berada tahap maksimum 8 tahun. Dalam jadual gaji Sistem Saraan Malaysia tiada penambahan satu mata gaji pada gaji maksimum. Dengan itu pada tahun 2003 tiada apa-apa pergerakan gaji. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2002, Sistem Saraan Malaysia muka surat 10, 34.2 dan 36 menunjukkan akan diberi tambahnan satu matagaji pada gaji maksimum untuk semua jadual gaji. Berdasarkan pada SSB jadual gaji DM1-1 adalah lebih tinggi dari DM1, tetapi dalam SSM DM1-1 di masukkan dibawah DM1. Jadi saya akan kehilangan seniority. DM1-1 diujudkan oleh sebab gaji saya pada skim lama DT1 telah sampai maksimum P2T8, dimana jadual gaji DM1 biasa tidak boleh menampung. Soalnya bagaimana pergerakan gaji saya pada 1/1/2003.
- Saya ingin penjelasan yang lebih jelas mengenai gaji khas untuk penyandang yang boleh ditampung dan yang tidak boleh ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia.
- Saya adalah pemegang jawatan gred F3 (dari F4 melalui KPSL) bermula dari 16/4/1999 dan kini di bawah SSB pada tangga gaji P1T17 (RM 2,970.55), tarikh kenaikan gaji saya ialah pada bulan April. Mengikut SSB kenaikan gaji yang akan datang iaitu 4/2003 pada tangga P1T18 (lebih kurang 6 bulan dari sekarang) saya adalah layak menerima ITKA sebanyak RM 300.00. Mengikut Sistem Saraan Malaysia “Kadar ITKA RM 300 diberi kepada anggota yang berkhidmat pada tahun ke 10 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji.” Dari pemahaman saya, saya adalah layak untuk menerima ITKA RM 300 tersebut kerana telah berada pada tangga T17 (tahun 17), apakah benar pemahaman saya ini?. Sekiranya saya menandatangani opsyen memilih Sistem Saraan Malaysia, adakah saya layak untuk menerima ITKA berjumlah RM300 tersebut?.
- Merujuk kepada lampiran C8 m/s 1/13. Semasa SSB Pensyarah Gred DS2 dengan gaji RM 3905.88 keatas mendapat Imbuhan Tetap Keraian sebanyak RM 500, tetapi semasa Sistem Saraan Malaysia mereka digolongkan dalam dalam gred DS45 yang mana mendapat ITK RM 500 jika mereka berkhidmat pada tahun ke 10 dan keatas dalam gred yang sama. Masalahnya pensyarah ini baru dilantik pada tahun 1997 dan pada ketika itu beliau mendapat ITK sebanyak RM 500 dan kini semasa Sistem Saraan Malaysia hanya layak ITK sebanyak RM300 kerana berkhidmat kurang dari 10 tahun
- Dibawah SSB: Q7P1T11. Dapat cemerlang Q7P2T11 pada 1.4.2002. Kenaikan gaji yang akan datang ialah 1.4.2003. Dibawah Sistem Saraan Malaysia, P2 naik keP3 otomatik. Bolehkah saya mendapat tunggakan dari 1.4.2002 ke 31.10.2002? Dalam Sistem Saraan Malaysia 1.4.2003 sudah menjadi 1.7.2003. Kenapa tunggu 15 bulan bukan 12 bulan yang selalunya?
Perkhidmatan: Urusan Pemangkuan
-
Pegawai S2 yang sedang memangku untuk tujuan naik pangkat, apabila disahkan dalam jawatan selepas November 2002, apakah akan ditawarkan dalam gred 48?
Urusan pengesahan kenaikan pangkat sedang berjalan dan dibuat secara pentadbiran. Ianya berlanjutan hingga bulan Mac 2003 dan jika disahkan
kenaikan pangkat , anggota akan ditawarkan pada gred S48 kecuali dinyatakan sebaliknya oleh lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan. -
Jika ditawarkan dalam gred 48, apakah pegawai yang berkenaan perlu mengambil sebarang peperiksaan di bawah Sistem Saraan Malaysia sebagai syarat pengesahan jawatan dalam gred 48 itu?
Setakat ini, PTK bukanlah salah satu syarat pengesahan kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun anggota di gred 48 yang ingin mendapat anjakan gaji atau layak dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat ke gred seterusnya perlu lulus Penilaian Tahap Kecekapan.
-
Sehingga bilakah pegawai dalam gred S2 dibenarkan terus memangku gred 48, sebab ada maklumat yang menyatakan pemangkuan dalam gred SSB dibenarkan sehingga bulan Mac 2003 sahaja, jika memilih Sistem Saraan Malaysia. Selepas itu pegawai yang berkenaan akan diletakkan dalam gred 41?
Opsyen akan ditawarkan pada gred hakiki iaitu gred 41 dan pemangkuan berterusan sehingga disahkan kenaikan pangkat atau dinyatakan sebaliknya oleh Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan. Gred Kenaikan pangkat seterusnya ialah gred 44.
-
Kedudukan status memangku saya serta elaun elaun yang dinikmati oleh saya selepas 1-11-2002 sekiranya saya menerima opsyen Sistem Saraan Malaysia yang ditawarkan.
Pemangkuan dan elaun memangku tidak berubah kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan.
-
Adakah saya perlu mematuhi syarat meluluskan Penilaian Tahap Kecekapan yang ditentukan sebelum saya boleh disahkan dalam Gred Kenaikan Pangkat?
Setakat ini, PTK bukan merupakan salah satu syarat pengesahan kenaikan pangkat.
-
Saya masih belum mengikuti kursus kenaikan pangkat. Gred Kenaikan Pangkat yang akan diberi apabila disahkan nanti - samada M44 atau M48?
Gred M48 kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan.
Gaji dan Elaun
-
Saya telah berkhidmat selama 16 tahun sebagai seorang guru: 9 tahun dalam gred DG6 dan 7 tahun dalam gred DG3. Bolehkah tempoh perkhidmatan saya diambil kira bagi kelayakan 10 tahun perkhidmatan?
Kadar ITKA RM 300 sebulan diterima oleh anggota yang telah masuk tahun ke10 dan ke atas berkhidmat dalam gred atau jawatan yang setaraf. Bagi kes tuan, tempoh perkhidmatan selama 9 tahun di dalam DG6 tidak boleh dikira dalam 10 tahun perkhidmatan dalam DG3 kerana ia berada dalam gred yang berlainan.
-
Mengikut surat tawaran opsyen saya pergerakan gaji baru adalah pada 1/1/2003. Saya telah berada tahap maksimum 8 tahun. Dalam jadual gaji Sistem Saraan Malaysia tiada penambahan satu mata gaji pada gaji maksimum. Dengan itu pada tahun 2003 tiada apa-apa pergerakan gaji. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2002, Sistem Saraan Malaysia muka surat 10, 34.2 dan 36 menunjukkan akan diberi tambahnan satu matagaji pada gaji maksimum untuk semua jadual gaji. Berdasarkan pada SSB jadual gaji DM1-1 adalah lebih tinggi dari DM1, tetapi dalam SSM DM1-1 di masukkan dibawah DM1. Jadi saya akan kehilangan seniority. DM1-1 diujudkan oleh sebab gaji saya pada skim lama DT1 telah sampai maksimum P2T8, dimana jadual gaji DM1 biasa tidak boleh menampung. Soalnya bagaimana pergerakan gaji saya pada 1/1/2003.
Jadual Gaji DM1 SSB hanyalah sehingga T9. Dalam hal ini tuan telah diberi Jadual Gaji KUP DM1-1 SSB untuk membolehkan tuan menerima Jadual Gaji sehingga T10. Walau bagaimanapun, di bawah Sistem Saraan Malaysia, Kerajaan telah memberikan tambahan satu matagaji kepada matagaji maksimum bagi semua jadual gaji termasuk jadual gaji DM1 yang kini mengandungi T10 di bawah DM54 Sistem Saraan Malaysia. Dalam hal ini kedudukan gaji tuan yang tidak boleh ditampung oleh jadual gaji DM1, kini boleh ditampung di bawah jadual gaji DM54 Sistem Saraan Malaysia. Dengan ini tuan tidak lagi berada di jadual gaji Khas Untuk Penyandang. Memandangkan tuan telah berada di matagaji maksimum, tidak ada lagi pergerakan gaji biasa tetapi masih berpeluang untuk anjakan gaji.
-
Saya ingin penjelasan yang lebih jelas mengenai gaji khas untuk penyandang yang boleh ditampung dan yang tidak boleh ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia.
Bagi anggota yang berada di jadual gaji SSB Khas Untuk Penyandang (KUP) dan gajinya boleh ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan jadual gaji Lampiran C3. Ini bermaksud anggota berkenaan tidak lagi berada di jadual gaji Khas Untuk Penyandang. Bagi anggota yang berada di jadual gaji SSB Khas Untuk Penyandang dan gajinya tidak dapat ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia seperti di Lampiran C3, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan menggunakan jadual gaji Lampiran C4. Sekiranya pemindahan gaji anggota yang berada di jadual gaji KUP masih tidak dapat ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia, Ketua Jabatan hendaklah merujuk kepada Jabatan perkhidmatan Awam (Bahagian Gaji dan Elaun).
-
Saya adalah pemegang jawatan gred F3 (dari F4 melalui KPSL) bermula dari 16/4/1999 dan kini di bawah SSB pada tangga gaji P1T17 (RM 2,970.55), tarikh kenaikan gaji saya ialah pada bulan April. Mengikut SSB kenaikan gaji yang akan datang iaitu 4/2003 pada tangga P1T18 (lebih kurang 6 bulan dari sekarang) saya adalah layak menerima ITKA sebanyak RM 300.00. Mengikut Sistem Saraan Malaysia “Kadar ITKA RM 300 diberi kepada anggota yang berkhidmat pada tahun ke 10 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji.” Dari pemahaman saya, saya adalah layak untuk menerima ITKA RM 300 tersebut kerana telah berada pada tangga T17 (tahun 17), apakah benar pemahaman saya ini?. Sekiranya saya menandatangani opsyen memilih Sistem Saraan Malaysia, adakah saya layak untuk menerima ITKA berjumlah RM300 tersebut?.
Mengikut Sistem Saraan Malaysia, kadar ITKA sebanyak RM300 diberi kepada anggota yang berkhidmat pada tahun ke-10 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Kiraan 10 tahun perkhidmatan adalah mulai tarikh perlantikan pegawai tersebut. Perlantikan melalui KPSL dikira sebagai perlantikan baru. Oleh yang demikian, tempoh perkhidmatan sebagai F4 sebelum ini tidak boleh dikira kerana ia tidak dikira sebagai ’satu gred yang sama’ seperti tafsiran di dalam Lampiran C8, Pekeliling Perkhidmatan bilangan 4/2002.
Untuk makluman pihak tuan, melalui pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia, kaedah penetapan kelayakan serta kadar elaun dan kemudahan berdasarkan Kategori dan batasan gaji telah diganti berdasarkan gred. Ini bermaksud kelayakan kadar elaun dan kemudahan yang diterima adalah berdasarkan gred pegawai tersebut.
-
Merujuk kepada lampiran C8 m/s 1/13. Semasa SSB Pensyarah Gred DS2 dengan gaji RM 3905.88 keatas mendapat Imbuhan Tetap Keraian sebanyak RM 500, tetapi semasa Sistem Saraan Malaysia mereka digolongkan dalam dalam gred DS45 yang mana mendapat ITK RM 500 jika mereka berkhidmat pada tahun ke 10 dan keatas dalam gred yang sama. Masalahnya pensyarah ini baru dilantik pada tahun 1997 dan pada ketika itu beliau mendapat ITK sebanyak RM 500 dan kini semasa Sistem Saraan Malaysia hanya layak ITK sebanyak RM300 kerana berkhidmat kurang dari 10 tahun
Sistem Saraan Malaysia merupakan satu penambahbaikan secara keseluruhan. Oleh yang demikian, sekiranya semasa SSB pegawai telah menerima ITK sebanyak RM500, maka dalam Sistem Saraan Malaysia, ia akan tetap diteruskan. Dalam kes yang dirujuk, pegawai akan menerima ITK sebanyak RM500 walaupun berkhidmat kurang dari 10 tahun, dan bukan ITKA RM300
-
Dibawah SSB: Q7P1T11. Dapat cemerlang Q7P2T11 pada 1.4.2002. Kenaikan gaji yang akan datang ialah 1.4.2003. Dibawah Sistem Saraan Malaysia, P2 naik keP3 otomatik. Bolehkah saya mendapat tunggakan dari 1.4.2002 ke 31.10.2002? Dalam Sistem Saraan Malaysia 1.4.2003 sudah menjadi 1.7.2003. Kenapa tunggu 15 bulan bukan 12 bulan yang selalunya?
Dijelaskan bahawa bagi anggota yang berada di tanggagaji maksimum di bawah Sistem Saraan Baru akan diberi satu tambahan matagaji di bawah Sistem Saraan Malaysia. Sekiranya tuan memilih terima Sistem Saraan Malaysia, pada 1 November 2002 gaji P2T11 (SSB) akan dipindahkan kepada P2T11 (Sistem Saraan Malaysia). Bagi tahun 2003, tarikh pergerakan gaji tuan akan berubah kepada 1 Julai 2003. Penentuan tarikh pergerakan gaji ini adalah berdasarkan kepada tempoh anggota berada di matagaji maksimum pada 31 Oktober 2002. Dijelaskan juga perubahan tanggagaji di bawah Sistem Saraan Malaysia ini hanya berkuatkuasa pada 1 November 2002, dan ianya tidak boleh dikebelakangkan tarikhnya.







