Siri 6 RSS

Sistem Saraan Malaysia Siri 6

Penggredan Semula Jawatan / Skim Perkhidmatan

  1. Kenapa skim Pembantu Kesihatan Awam tidak diletakkan U13 sedangkan Pembantu Kesihatan Kanan U14.
  2. Mengikut Sistem Saraan Malaysia, skim jawatan J3 kini telah ditukar ke J41 - J44. Apakah kedudukan J3 sedia ada sekarang? Apakah di kedudukan J41? Adakah seseorang J3 yang sedia ada sekarang layak diupgrade secara automatik ke J42 atau J43 atau J44?. Apakah kriteria yang melayakkannya? Jika tidak, mengapa J2 sekarang boleh di”upgrade”kan secara automatik ke J48?
  3. Sekiranya seorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional (Peg.Latihan Vokasional dalam Skim Kejuruteraan) itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master atau Phd.digred manakah pegawai itu akan berada sekiranya pegawai tersebut memilih Sistem Saraan Malaysia?
  4. Saya dilantik sebagai Pegawai Pertanian tetapi menjalankan tugas seorang Jurutera Pertanian sejak tahun 1985. Adakah saya layak diberi Elaun Perkhidmatan Kritikal dalam Sistem Saraan Malaysia?
  5. Saya seorang guru berada di tangga gaji P1 T26 dan gaji saya telah maksimun lebih daripada setahun (kalau sistem SSB sudah berada dalam zon nak masuk DG2) ingin mengetahui samada saya berpeluang memasuki DG2 dan menerima keistimewaan sebelum ini?


Penggredan Semula Jawatan / Skim Perkhidmatan

  1. Kenapa skim Pembantu Kesihatan Awam tidak diletakkan U13 sedangkan Pembantu Kesihatan Kanan U14.

    Kaedah penggelaran semula gred-gred skim perkhidmatan bagi kesemua 274 skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia adalah berdasarkan kelayakan masuk, gred gaji serta kelayakan elaun dan kemudahan. Bagi skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk diperingkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran dan ke bawah gred baru Sistem Saraan Malaysia adalah dari angka 1-16. Berdasarkan penjelasan di atas, maka penggelaran baru bagi skim perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam yang mensyaratkan kelayakan di peringkat PMR/SRP diselaraskan ke Gred U11, U14 Sistem Saraan Malaysia.

  2. Kembali ke atas

  3. Mengikut Sistem Saraan Malaysia, skim jawatan J3 kini telah ditukar ke J41 - J44. Apakah kedudukan J3 sedia ada sekarang? Apakah di kedudukan J41? Adakah seseorang J3 yang sedia ada sekarang layak diupgrade secara automatik ke J42 atau J43 atau J44?. Apakah kriteria yang melayakkannya? Jika tidak, mengapa J2 sekarang boleh di”upgrade”kan secara automatik ke J48?

    Berdasarkan pertanyaan tuan, tidak dijelaskan dalam skim perkhidmatan mana tuan berada. Walau bagaimanapun, secara umumnya bawah penggelaran semula gred skim perkhidmatan dalam Sistem Saraan Malaysia, Gred J3 (SSB) telah diselaraskan kepada gred baru iaitu Gred J41. Sehubungan dengan itu, semua anggota yang berada di Gred J3 akan diberi opsyen untuk diselaraskan kepada Gred J41 (SSM). Manakala bagi Gred J2, J1 telah diberi penggelaran semula kepada Gred J48, J54. Oleh yang demikian, seperti juga anggota di Gred J3 (SSB), anggota yang berada di Gred J2 (SSB) akan diberi opsyen kepada gred baru SSM iaitu Gred J48. Sehubungan itu, sukacita dijelaskan anggota yang berada di Gred J2 tersebut bukanlah diupgrade secara automatik, sebaliknya diberi pelarasan berdasarkan gred baru SSM. Berhubung dengan soalan tuan, sama ada anggota yang berada di Gred J3 atau J41 layak dinaikkan ke Gred J44 atau J48 adalah berdasarkan syarat-syarat kenaikan pangkat seperti mana yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan di mana tuan berada. Untuk makluman juga, Gred J42 atau Gred J43 yang dimaksudkan oleh tuan hanyalah terpakai bagi anggota dalam skim perkhidmatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pegawai Latihan vokasional iaitu skim perkhidmatan bersepadu dalam Klasifikasi Perkhidmatan Kejuruteraan.

  4. Kembali ke atas

  5. Sekiranya seorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional (Peg.Latihan Vokasional dalam Skim Kejuruteraan) itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master atau Phd.digred manakah pegawai itu akan berada sekiranya pegawai tersebut memilih Sistem Saraan Malaysia?

    Skim perkhidmatan Pegawai Latihan Vokasional adalah skim perkhidmatan bersepadu dan seseorang calon boleh dilantik ke mana-mana gred lantikan(gred angka ganjil) mengikut kelayakan masuk akademik) yang ditetapkan. Bagaimanapun, seseorang pegawai sedang berkhidmat yang memperolehi kelayakan akademik yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana ataupun Phd. tidak secara otomatik akan ditukar lantik ke gred yang lebih tinggi. Peningkatan ke gred yang lebih tinggi adalah melalui proses kenaikan pangkat.

  6. Kembali ke atas

  7. Saya dilantik sebagai Pegawai Pertanian tetapi menjalankan tugas seorang Jurutera Pertanian sejak tahun 1985. Adakah saya layak diberi Elaun Perkhidmatan Kritikal dalam Sistem Saraan Malaysia?

    Sukacita dimaklumkan bahawa merujuk kepada keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam bertarikh 4 Jun 1996, telah memutuskan supaya Pegawai Pertanian (Jurutera Pertanian) yang menjalankan tugas kejuruteraan pertanian di Jabatan Pertanian dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) berkuat kuasa mulai 1 Januari 1992. Sehubungan dengan itu, tuan dinasihatkan supaya berhubung dengan Ketua Jabatan/Perkhidmatan tuan mengenai perkara ini. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tuan boleh berhubung dengan Cawangan Skim Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA.

  8. Kembali ke atas

  9. Saya seorang guru berada di tangga gaji P1 T26 dan gaji saya telah maksimun lebih daripada setahun (kalau sistem SSB sudah berada dalam zon nak masuk DG2) ingin mengetahui samada saya berpeluang memasuki DG2 dan menerima keistimewaan sebelum ini?

    Perbincangan dan pertimbangan telah pun dibuat oleh pihak atasan JPA mengenai kedudukan PPPS dan PPPLD yang sudah mencapai time-based. Keputusannya telah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan. Tuan bolehlah menghubungi Kementerian Pendidikan bagi mendapatkan perkembangan terkini.

  10. Kembali ke atas